Bab 12

104 15 6
                                    

Iruka terjaga setelah empat hari tidak sedarkan diri. Kepalanya berdengung sakit. Matanya silau dek terangnya cahaya matahari yang menyinari melalui celah jendela.

Bau ubat-ubatan dan bahan kimia membelai indera penciumannya. Dia tahu dia berada di rumah sakit. Persoalannya siapa yang membawanya.

Dia cuba menggerakkan kedua belah tangannya hanya tangan kanan yang mampu diangkat. Tangan kirinya mati rasa. Dia sedar tangan itu patah kerana pergaduhannya.

Anbu itu cuba bangun tetapi satu tangan lembut menekan  bahunya supaya dia terus berbaring.

"Yuu" Iruka menegur lembut saat melihat pemilik tangan tersebut. Yuu tersenyum sayu.

"Selamat kembali, Ruka" Ucap Yuu dan Iruka perasan lelaki itu seperti baru lepas menangis kerana sedaya-upaya cuba menutup jejak air matanya.

"Kenapa?" Soal Iruka. Mengangkat tangan kanannya menyentuh wajah lelaki itu. Yuu menggelengkan kepalanya lalu melarikan pandangan apabila air mata mula mengkhianatinya. "Yuu-" panggil Iruka lagi suaranya kedengaran serak.

"Awak takutkan kami Ruka" Yuu bersuara sedih. Menggengam tangan Iruka dan dia dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh lelaki itu.

"Saya terpaksa pergi, saya ada misi. Kemungkinan Hide akan kembali hari ini dan Haru saya tak pasti bila" Kata Yuu. Hampir saja dia ingin menyebutkan nama Shisui.

Suasana terdiam seketika.

"Shisui, bagaimana dengan Shisui?" Soal Iruka tiba-tiba. Yuu mengetap gigi lalu menarik tangannya tidak membalas pandangan Iruka.

"Saya perlu pergi. Jaga diri saya akan kembali nanti" dia langsung tak menoleh melihat Iruka yang terbaring sedaya upaya untuk bangun.

"Yuu! Shisui mana? Apa yang berlaku? Yuu-" Iruka berusaha untuk berbicara malah Yuu mengabaikannya dan terus keluar dari ruangan itu.

Sebaik sahaja dia keluar dia menumbuk dinding bercat putih itu. Kebetulan Hide muncul ketika itu langsung menarik tangannya untuk duduk bersamanya.

"Iruka sudah sedar?" Soal Hide. Yuu mengangguk "Adakah ini Shisui?" Lagi sekali Yuu mengangguk. Mereka tahu perkara pertama Iruka akan tanya adalah tentang Shisui jika dia tidak melihat lelaki itu.

"Melihat keadaan Iruka seperti itu. Saya tak sampai hati ingin memberi tahunya. Tentang perbuatan gila Itachi. Sejujurnya apa yang berlaku kepada Shisui? Kita semua tahu Shisui mampu tewaskan Itachi. Kenapa kematian Shisui tidak tercatat dalam laporan kematian beramai-ramai Uchiha." Yuu merengus tidak faham

"Apa yang Itachi lakukan?" Soal Iruka di pintu bilik rawatannya. Suaranya dingin sambil bersandar pada bingkai pintu. "Apa yang Itachi lakukan!" Iruka semakin tegang. Yuu dan Hide tahu itu adalah nada yang digunakan Shiroi.

"Iruka, awak tak patut tinggalkan katil" Yuu risau. Cuba membawa guru itu kembali ke Katil tetapi pantas ditolak.

"Sial! beritahu saya apa yang berlaku? Apa yang Itachi lakukan? Dimana Shisui? Ke mana mereka?!" Iruka membentak tidak peduli dengan ninja perubatan yang menjeling dan rasa nyeri di seluruh tubuhnya.

"Itachi membunuh seluruh keluarga Uchiha hanya Sasuke saja yang selamat dan Shisui juga dilaporkan hilang mungkin mati, tapi dia tidak dilaporkan mati bersama Klannya dan Itachi meninggalkan Konoha. Hokage mengisytiharkan Itachi sebagai seorang pengkhianat" Hide memberitahu perkara sebenar.

Behind the MaskTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang