Bab 7

123 15 3
                                    

Iruka merenung langit malam. Dia telah menumpang di kompleks Uchiha untuk seketika dan akhirnya dia mendapat sebuah pangsapuri sederhana untuk dia tinggal. Berterima kasih kepada Shisui dan Itachi kerana banyak membantunya mencari tempat tinggal walaupun Shisui telah meminta Iruka terus tinggal bersamanya.

Iruka terpaksa menolak, dia sudah berusia enam belas tahun dan dia mahu berdikari dan mulakan hidup sebagai chuunin dan dalam masa yang sama sebagai ANBU. Tetapi mula-mula dia perlukan Hiruzen untuk memasukkannya ke mana-mana kumpulan gennin untuk peperiksaan chuunin akan datang.

Hiruzen telah membenarkan mereka rehat sebelum mendaftar sebagai anbu dibawahnya. Mereka berlima dipanggil dan berkumpul di pejabat T&I.

"Kenalkan saya Ibiki ketua unit T&I" Ibiki memperkenalkan dirinya kepada shinobi muda itu. Mereka saling membalas anggukan.

"Saya Shikaku. Komander Jounin." Shikaku pula memperkenalkan diri.

"Kami telah diberitahu bahawa satu unit ANBU telah ditubuhkan dan hanya dianggotai oleh kelima kamu bekas Root ANBU" Ibiki berkata. Kelima pemuda itu hanya membisu.

"Ini pakaian kamu semua dan topeng identiti kamu." Kata Shikaku lalu menyerahkan seragam itu kepada mereka. "Identiti kamu berdasarkan topeng. Shisui kamu adalah Hawk dan kamu juga merupakan Oshira" Shikaku berkata kepada Shisui. Shisui secara tidak langsung dilantik sebagai ketua. Dia hanya menerima dalam diam.

"Iruka kamu adalah Owl. Hide, kamu Crow. Haru, kamu ialah Parrot dan Yuu, kamu Falcon." Kata Shikaku lagi

"Sila ikut saya, ada misi menanti awak berlima" Ibiki berkata kemudian melangkah pergi sambil diikuti mereka berlima. Kemudian masing-masing menerima satu misi solo pertama mereka sebagai ANBU rasmi Konoha.

Misi pertama adalah mudah. Hanya memburu beberapa ninja peringkat rendah atau merisik beberapa maklumat di beberapa kawasan peninggalan Orochimaru.

Mereka sudah tidak terlalu terikat dengan Danzo sedikit sebanyak itu melegakan mereka. Iruka juga bebas untuk bertugas sebagai gennin yang bakal mengambil ujian chuunin. Tidak seperti Iruka, empat yang lain sepenuhnya adalah ANBU tidak memiliki identiti lain. Mereka sepenuhnya menerima misi ANBU.

Sekarang Iruka sedang menumpukan perhatian pada ujian chuuninnya bersama Izumo dan Mizuki. Mereka ketika ini sedang dalam peperiksaan chuunin.

"Iruka awak tahu berapa lama saya tunggu awak! Setelah awak pindah masuk ke perkarangan Sarutobi, awak seolah-olah hilang ditelan bumi. Apa yang berlaku? Kita tidak pernah berjumpa langsung. Cuma kadangkala saya melihat awak bersama Uchiha tetapi saya tidak sempat menegur awak. Awak hilang terlalu cepat!" Izumo berkata geram.

Mereka berteman baik di akademi tetapi Semuanya berubah apabila mereka tamat belajar. Iruka pergi seolah ditelan bumi.

"Saya cuma berlatih dan terus berlatih tiada apa yang menarik" jawab Iruka. Dia tidak berbohong untuk itu.

"Awak menjadi murid peribadi Sandaime?" Mizuki bersuara tidak percaya. Iruka mengetap bibir. Kemudian dia tersenyum.

"Awak boleh menganggap begitu jika mahu" Iruka menggaru parutnya. Dia mungkin harus berbohong untuk itu.

"Awak akan menjadi shinobi yang hebat suatu hari nanti, Iruka!" Izumo teruja. Iruka tersengih manakala Mizuki merenung tajam.

"Adakah kita akan terus berbual?" Mizuki sedikit membentak. "Saya tak mahu gagal untuk kali ini" kata Mizuki lagi. Lalu mereka kembali kepada ujian itu. Dalam diam Iruka bernafas lega untuk itu.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now