Bab 23

87 17 2
                                    

Kakashi mendengus geram apabila dia tidak mendapat apa-apa jenis maklumat tentang Iruka. Dia hanya menemui fail yang sangat nipis tentang data peribadi Iruka. Laporannya lebih tebal dari fail itu.

Kakashi mengimbas sekali lagi maklumat itu jika dia tertinggal sesuatu. Segalanya tidak berubah sejak pertama kali dia membaca maklumat itu.

Nama: Umino Iruka
Jantina: lelaki
Umur: 22 tahun
Ketinggian: 178 cm
Berat badan : 66.2 kg
Jenis darah: O
Pekerjaan: Guru Akademi
Peringkat Ninja: Chunin
No. Pendaftaran Ninja: 011850
Keluarga: Umino Ikkaku(Ayah), Umino Kohari(Ibu)
Jenis Alam: Pelepasan Api, Pelepasan Air, Pelepasan Yin

Kakashi mengeluh dan meletakkan kembali data itu ditempatnya. "Buku data peribadinya lebih nipis dari laporan saya" Kakashi menggosok belakang lehernya kemudian mengacak-ngacak surai peraknya.

Adakah gila jika mencerobohi markas anbu hanya kerana dia mahu mengetahui tentang Owl. Kakashi menggelengkan kepalanya laju. Arkib mungkin mudah untuk memecah masuk. Tapi tidak untuk pecah markas anbu. Itu benar-benar gila.

"Awak hanya perlu bertanya kepada guru itu" Pakkun berkata. Kakashi menjeling. Ia tidak semudah kata-kata.

Tanpa mereka sedar ada sepasang mata sedang memerhati. Dia juga melihat data peribadi Iruka ditangan pemilik sharingan itu. Dia hanya tersenyum. Dia sangat kenal dengan sikap Hatake muda yang penuh rasa ingin tahu yang kuat.

_____________________

Naruto menjerit kegirangan apabila dia benar-benar lulus dalam ujian loceng Kakashi. Iruka yang sedang memasak makan malam untuk mereka tersenyum sendiri. Anak itu tidak putus-putus menceritakan bagaimana dia bergaduh dengan Kakashi dan diikat sebagainya.

"Baiklah, shinobi muda kebanggaan Konoha, berhenti bercakap dan makan. Kemudian awak perlu mandi dan tidur kerana misi pertama menanti awak esok" Iruka mencuit hidung anak itu membuatkan dia berseri-seri.

"Saya sangat tak sabar. Saya akan melakukan misi sebenar sebagai shinobi dengan pasukan saya. Bukan lagi bersembunyi saat melihat awak bergaduh" Naruto bernada riang. Iruka hanya tersenyum. Setidaknya Naruto tidak terikat lagi dengan akademi dan dia dapat mengejar cita-citanya menjadi hokage suatu hari nanti.

________________

Iruka ketika itu sedang berjalan pulang. Dia baru selesai mengajar dan dia tidak dijadualkan untuk bertugas di meja misi. Dia terfikirkan Naruto, Sasuke dan Sakura. Bagaimana misi mereka, adakah berjalan dengan lancar?. Bila mengenangkan Kakashi bersama mereka mungkin dia boleh tersenyum lega. Jonin itu tidak akan membiarkan anak-anak dalam masalah.

Iruka tidak menafikan Sasuke dan Sakura mereka lebih tenang berbanding Naruto. Anak itu selalu bertindak ceroboh. Dia sangat berharap Kakashi tidak berputus asa dengan Naruto.

"Iruka sensei!" Panggilan dari Naruto menariknya kembali dari lamunan. Iruka tersenyum saat anak itu merempuh tubuhnya dan memeluk erat. Jika saja dia tidak bersedia. Mereka tentu akan bercium dengan tanah.

"Adakah misi berjalan dengan lancar?" Soal Iruka, sambil mengusap lembut rambut Naruto. Anak itu tersenyum bangga.

"Hebat! Saya lakukan yang terbaik. Tapi awak tahu Iruka sensei. Sasuke kacaukan segalanya. Dia sentiasa berlagak hebat!" Naruto sedikit mengadu.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now