Bab 24

81 15 3
                                    

Kakashi berbaring di padang latihan sambil merenung langit cerah. Dia baru saya kalah menentang Gai dalam cabaran mereka. Dia langsung tidak fokus untuk menentang Gai apabila fikirannya terus melayang pada tempat yang tidak sepatutnya.

"Jika saya musuh awak, mungkin awak sudah mati sekarang" Satu suara tenang tetapi mengejutkannya. Kakashi terus melompat dalam mod pertempuran sambil memegang kunai.

"Iruka sensei!" Kakashi terkedu. Bila guru itu berada disana. Iruka tersenyum lalu menepuk lembut rumput di tepinya memberi Isyarat untuk Copy Ninja itu duduk.

"Saya bersama awak sepuluh minit yang lalu. Awak terus merenung langit." Kata Iruka memberi isyarat ke atas mereka sebaik saja Kakashi mengambil tempat disisinya. Kakashi membutang matanya. Adakah naluri ninjanya semakin melemah? Dia tertanya-tanya.

"Saya minta maaf"

"Awak tak perlu minta maaf" Iruka tersenyum mesra. "Mungkin yang patut minta maaf adalah saya. Maaf kerana kejutkan awak" Iruka menoleh memandang Kakashi. Kakashi tersenyum gugup.

"Nah, awak hilang fokus apa yang berlaku?" Iruka menyoal perihatin. Dia kebetulan baru pulang dari akademi dan melihat Kakashi dan Gai sedang berlawan. Dia perasan Kakashi seolah kehilangan dirinya.

"Saya tertanya-tanya, walaupun sekeras apa saya fikirkan saya tidak mendapat jawapan" Kakashi bersuara lemah. Iruka geli riak Kakashi sekarang seperti anak muridnya setelah melakukan kesalahan tetapi tidak tahu bagaimana untuk meminta maaf.

"Apa yang awak fikirkan?" Iruka ingin tahu.

Kakashi memusingkan seluruh tubuhnya untuk bertentangan dengan Iruka. Iruka sedikit berdebar dengan tindakannya yang tiba-tiba. Dia merenung guru itu dalam-dalam. Perlukah dia bertanya siapa sebenarnya lelaki itu.

Guru itu semakin berpeluh dan gugup dengan renungan itu.

"Adakah ganjil jika Sharingan no Kakashi jatuh cinta kepada seseorang?" Nah! Kakashi ingin memukul mukutnya sendiri. Sepatutnya bukan itu yang keluar dari mulut.

Iruka nampaknya terkejut. Sebelum dia melepaskan tawa keras. Kakashi tersenyum dia sanggup lakukan apa saja untuk melihat guru itu ketawa.

"Awak manusia Kakashi-san, bukan boneka awak ada hati dan perasaan" kata Iruka apabila dia kembali tenang.

"Tapi mereka selalu berkata, saya berhati dingin. Saya hanya senjata perang Konoha. Saya pembunuh kawan. Saya rasa saya tidak layak untuk.."

"Kakashi-san.." suara lembut Iruka mematahkan kata-kata Kakashi. Dia mengalihkan seluruh tubuhnya menghadap jonin itu. Lutut mereka hampir saja bersentuhan.

"Awak bukan senjata. Awak manusia. Di mata saya, awak hanya Hatake Kakashi tiada yang lain. Bukan senjata bukan juga pembunuh kawan." Iruka bicara selembut mungkin. Memberi perasaan rama-rama kepada perut Kakashi yang meragam.

Iruka melihat pandangan Kakashi menjadi cerah seketika. Tiba-tiba dia merasa terkilan. Kakashi seorang yang hebat. Tapi apabila semua terus merujuknya sebagai senjata itu agak menyakitkan hatinya.

"Awak manusia, awak berhak bahagia. Awak memiliki perasaan. Awak memiliki hati sama seperti saya, sama seperti manusia yang lain" Apabila Iruka menekan lembut dada Kakashi tempat dimana terletaknya jantungnya. Kakashi tahu jantungnya mungkin akan meletup kegembiraan.

Behind the MaskWhere stories live. Discover now