P11 𝐒𝐚𝐤𝐢𝐭

Start from the beginning
                                    

Danny dah cuak. Dia tahu dia bakal mendengar berita buruk selepas ini.

"Kenapa bang?"
"Sebab, aku dan kawan-kawan aku adalah team paranormal."

Danny terkedu.

"......."

Tak tunggu lama dia terus buka langkah seribu. Kereta didapatkan. Amsyar nak tak nak kena ikut lari jugak. Dah macam biawak terkejar mangsa dia terlepas.

"Korang dah salah pilih hantu ni, aduh." Danny panik. Stereng kereta dipusing buat u-turn.

"Kau jangan cakap hantu tu susah di handle Danny." Amsyar pula risau. Tengok reaksi Danny yang gelabah, dia risaukan kawan-kawannya yang kini mencerobohi rumah Danny dengan kunci pendua. Kunci lama milik Reza.

"Benda yang tak usik korang, jangan usik bang." Ujar Danny dalam bengang. Bukan dia tidak tahu, Aliya ni pantang dicabar.

Amsyar memaparkan riak serba salahnya.

......

Di rumah Danny pula, Aliya berada di hadapan pintu. Dia jelas sedang marah dengan beberapa ketul manusia yang cuba membuka pintu rumahnya. Bergerak-gerak tombol di pintu utama.

'Aku dah agak, mereka ni ada niat lain.' Aliya terbang ke meja. Tidak peduli dengan mereka dan lebih tertarik dengan laptop yang memaparkan cerita anime.

"Klak." Pintu terbuka. Aliya menoleh dan melihat ada tiga susuk manusia sedang berjalan masuk ke dalam rumahnya.

"Akhirnya dapat masuk juga, kunci tu berkarat lama dah." Ucap Reza mendahului yang lain lalu berhenti tepat di sebelah Aliya. Dia tidak menyedari Aliya berada disitu.

"Laptop pun dia tinggal macam tu je." Ucap Hariz dengan selambanya menekan pause tanpa sedar Aliya sedang menonton itu terganggu.

Aliya tak tunggu lama, terus menekan butang play. Melihat kejadian itu, Reza, Syarul dan Hariz terperanjat dan terus berkumpul bersama-sama. Syarul dilindungi.

Dengan berbekalkan ayat suci Al-Quran, Syarul terus membacakan kalimah tersebut sehinggakan terasa kepanasannya.

"ArghhhhhhHhhhHhh!"

Melilau pandangan dan kepala mereka mendengar jeritan tersebut. Masing-masing membawa senjata seperti garam dan air yang telah dibacakan surah tertentu.

"Dia ada dekat sini." Dimana-mana Reza menghala botol air itu kesemua arah. Tak semena-mena, lampu ruang tamu itu berkelip-kelip dan keadaan rumah menjadi tunggang langgang dengan angin yang entah dari mana.

"Hentikannya manusia keparat!"

Jerit Aliya menyebabkan mereka terhinjut bahu dek terkejut. Dari Syarul yang membaca, kini dibantu Reza dan Hariz.

"Tidak!"

Aliya yang kesakitan tidak menunggu lama terus membaling semua benda ke arah mereka. Tidak peduli lagi asalkan dia boleh selamat dari semua ayat-ayat suci yang dilemparkan ke arahnya. Tidak lupa laptop Danny kini mula diterbangkan ke arah mereka dan akhirnya kepala Hariz terkena dampaknya.

Bucu laptop itu akhirnya melukakan kepala Hariz. Aliya menggilai kegembiraan. Siapa yang mencari pasal dengannya, akan menerima kesakitan yang sama!

"Tak guna kau syaitan!" Marah Reza sebaik menyedari Hariz sudahpun pengsan tidak sedarkan diri. Dia terus membaca surah-surah yang paling digeruni semua syaitan dan iblis.

"ArghhhhhhHhhhHhh! Tak guna! Hentikannya!"

Aliya menggeletis kesakitan di tengah ruang tamu itu. Dan ketika itulah, Syarul dan Reza nampak kelibat Aliya di tengah-tengah ruang tamu itu.

Aliya tak mahu mengalah, segala pisau dapur cuba diterbangkan dan terus menyerang penganggu tersebut.

Pisau-pisau itu akhirnya berjaya mendarat tubuh dua manusia tersebut sehingga salah satu dari bacaan mereka terhenti.

"ArghhhhhhHhhhHhh, sial kau setan!" Marah Reza sambil memegang bahunya yang tertusuk. Syarul pula di bahagian perut. Darah membuak-buak keluar, namun masih tidak menghentikan bacaannya. Menyebabkan Aliya meramas rambutnya macam orang gila. Kesakitan dirasakan sangat menggila.

"KENAPA KAU TAK MATI HAH!?" Aliya mengamuk. Semua sofa dan segala perabot akhirnya diterbangkan. Tidak peduli dengan keadaan rumah. Sakit yang dirasakan sungguh membuatnya merana.
"Sebab Allah masih mengkehendakinya." Balas Syarul sinis lantas muntah darah. Reza terus menarik Hariz yang pengsan ke luar dari rumah. Selepas itu, Syarul pula ditarik ya. Namun Syarul tidak mahu.

"Aku akan hapuskannya." Ujar Syarul tidak berputus asa.
"Kita sudah menggunakan kesemua surah Syarul, hantu ni cuma menggila dan hangus-hangus! Fikirkannya Rul! Keadaan kau sekarang sangat parah!" Marah Reza.

Aliya dengan mata merahnya merenung Syarul yang mula menapak keluar. Rambutnya menggerbang itu menyerlahkan lagi wajah hodohnya.
"Aku tak akan lepaskan kau!"

"Bam!"

Pintu rumah tertutup dari dalam, menyebabkan Reza dan Syarul terkurung.

"Tak guna!" Reza bengang. Tiada pilihan lain dia terus membaca surah pelindung. Syarul pula membalas dengan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Bang! Bang! Bang! Bang!" Pintu ditendang dari luar. Tidak mungkin itu kerja Hariz, kerana dia pengsan.

"Aliya! Buka pintu ni! Aku ni Danny!"

"Kau tinggalkan aku! Dan mereka cuba menghapuskan aku! Ini ke cara kau menghalau aku Danny!" Marah Aliya sampai menuduh yang bukan-bukan.

"Tak Aliya! Aku tak tipu kau!" Balas Danny dari luar.

"BANG!" Pintu akhirnya berjaya dibuka. Rosak pintu tersebut dan tercabutnya tetulang besi dek kerja Danny.

Danny tak tunggu lama terus mendapatkan Reza dan Syarul. Kedua-dua ditarik dengan amarahnya.

"Kau dah kenapa!?" Marah Reza cuba melepaskan diri dari Danny yang seakan dirasuk. Kekuatan Danny seakan dua kali ganda.

"Korang yang dah kenapa!?" Marah Danny. Syarul yang sudah kelemahan hanya akur sahaja ditarik keluar.

Amsyar tiba. Riaknya berubah melihat kawan-kawannya sudah cedera parah yang amat.
"Kita pergi hospital sekarang! Lekas!" Jerit Danny merisaukan Syarul kini tidak sedarkan diri.

Aliya diam statik. Bengang dan sedih bercampur baur. Tidak disangka Danny akan berpihak kepada manusia dari dirinya.

Dia tidak salah. Itu bukan salahnya! Manusia yang mencari pasal dengannya!

"Danny.."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now