𝐏3 𝐀𝐥𝐢𝐲𝐚

Start from the beginning
                                    

"Ah nikmat~" Bunyi Danny sengaja. Dia yang berbaring di katil king itu hendak mula lena tanpa sedar mata merah itu merenung tajam di cermin luar bilik itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Tak guna kau Aliya!"

Danny terkocoh-kocoh. Pagi-pagi sudah lewat hendak ke sekolah. Aliya yang sememangnya bersalah akan satu hal sekadar menerawang sana-sini di rumah itu.

Hanya satu sahaja dia tidak dapat masuk sekarang. Iaitu bilik Danny.

Danny membebel saat memakai baju seragamnya. Semua ini salah hantu Aliya.

Sebab pagi-pagi subuh dia dah buat kerja memenatkan dimana dia terpaksa kemas kotak-kotak yang berselerakan di ruang tamu.

Habis barangnya disepahkan oleh hantu tersebut. Bukan satu kotak, kotaknya berpuluh-puluh itu jugak dia pergi tibai. Nak balas dendam lah tu.

Disebabkan kepenatan, dia sambung tidur selepas subuh. Ingatkan boleh tersedar, rupanya terlajak.

"Mampus! Mampus! Mampus!"

Danny menyarungkan kasut sekolahnya. Pintu rumah dibuka.
"Aliya! Kau selerakkan lagi barang-barang aku siap kau nanti! Aku pagar semua kawasan supaya kau stay satu tempat je! Faham!?"

"........."

Boom! Pintu ditutup kasar. Si hantu Aliya muncul disebalik dinding. Sejak Danny boleh nampak dia, dia lebih suka bermain sorok.

Bukan apa, nampak sahaja kelibat dia, Danny tak berhenti membebel. Kalah mak nenek.

"Dasar manusia."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sekolah Danny.

"Yo Dani! Asal pagi-pagi muka kau dah macam biawak hidup ni."

"Aku ni serupa biawak ke?"
"Bongok lah, aku buat perumpamaan je."

"Aku baru pindah."
"Oh kat mana tu?"
"Area taman Tun Dr Ismail ni je."
"Wah bapak dekat, tapi kenapa kau boleh lewat pagi tadi?"

"Tulah pasal, hantu rumah tu pergi sepahkan barang kat rumah tu. Aku apalagi, kemaslah. Sebab dialah aku terlajak. Tak guna punya hantu Aliya."

"Hm, Aliya. Cantik nama. Cantik tak hantu tu?"

Danny toleh. Menjeling membernya yang tersengih macam muka kuda.
"Kalau kau nak test, bermalamlah satu hari kat rumah aku. Sambil-sambil tu tolong aku kemas rumah. Nanti malam aku order grab food. Kita main PS4 kalau bosan."

"Aku stranger ke?"
Danny tersengih.
"Buatlah macam rumah kau sendiri, macam tak biasa."
"Macam tu lah."
"Tapi Is, aku tak nak buka hijab kau lagi. Hantu ni mungkin lagi bahaya." Bisik Danny.

Is, atau nama sebenarnya Iskandar mengerut. Dia yang sudah tahu kebolehan Danny melihat makhluk halus dan membolehkan seseorang membuka hijab dengan izin Danny itu menggaru belakang lehernya.

"Lagi lawa, lagilah aku nak."
"Buduh, hantu mana yang lawa. Spesies hodoh je aku jumpa." Kutuk Danny. Is yang mendengar terhambur gelak.

"Petang ni, aku nak ko bukak hijab aku selepas asar."
"Kau ni, hm."
"Kau dah azan ke rumah tu?" Tanya Is. Danny menggeleng.
"Aku tak nak jadi lebih teruk."

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Asalamualaikum..." Is melangkah masuk. Pandangannya diliar ke seluruh ruang. Waktu itulah matanya menangkap sesusuk tubuh membelakangi mereka dan menghadap dinding rumah tamu.

"Kita kemas bilik kau dulu. Nanti, kalau kau nak datang tumpang tidur sini bolehlah stay kat situ. Bilik sini banyak."

"Weh Dani, tengok dari belakang tubuh dia lawa, Siot." Bisik Is. Tak lepas matanya memandang Aliya.
"Buduh, dengan hantu pun ko nak 'main', ke? Giler." Danny tumbuk bahu Is geram.

Is tergelak-gelak. Mereka menuju ke bilik yang sudah Danny bersihkan sedikit. Tinggal nak sapu je lagi sebenarnya.

"Wah, luas gila bilik ni." Is menghenjut-henjut katil yang didudukinya. Lebar senyuman dia.

"Itulah, sebab tu aku suka rumah ni. Tak pernah lagi aku desperate dho."

"Weh, aku jadi housemate kau boleh?" Dengan mata penuh harapan itu. Danny mengeluh.
"Tak, kau stay suka hati ikut kepala kau, aku izinkan, tapi jadi housemate aku memang aku tak nak."

"Tak lawak sial, masih lagi dengan impian bodoh ko tu." Kecewa Is keluar dari situ. Danny tergelak-gelak.

Adalah sebab kenapa dia tak nak duduk serumah dengan orang luar even dengan member rapat sekalipun.
"Weh Dani! Dapur ko banjir! Kau tak tutup paip ke sial!?"

Mendengar Is menjerit, tahulah Danny siapa punya angkara.
"Hmph, kalau hari-hari macam ni en, penatlah gini. 我什至不想休息,該死的。 Bil air aku naik shial."

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Menyesal buat waktu malam. Sampai tak kesudah muke hodoh je aku bayangkan sekarang. ༎ຶ‿༎ຶ


HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES CWhere stories live. Discover now