B A B 36

20.8K 1.8K 238
                                    

"LAMANYA kau ke toilet. Sesat ke apa?" Tegur Rania setelah Jelita kembali ke tempat duduknya. Jelita hanya tersengih kambing.

"Haah... sesat kejap tadi. Besar sangat tempat ni. Hahaha..." Jelita mengiyakan sahaja. Tak tahu alasan lain yang boleh direka. Dia garu kening yang tidak gatal.

"Apa yang bising-bising dekat sana tu?" soal Jelita pula. Matanya lurus pada satu arah. Ada beberapa kumpulan manusia sedang berkumpul dan berbual-bual. Dah macam ada artis datang pula.

"Alah biasalah tu. Fasal kes Arash dengan tunang dia tu. Kalau tak gempak, bukan dia oranglah namanya," balas Rania yang turut memandang ke arah sama. Tangan ditompang ke bawah dagu.

Jelita menjuih bibir. Dia betul-betul menyampah dengar nama Arash. Lagi-lagi perihal lelaki itu meniti dari bibir Rania. Menyesal pula dia tanya. Dalam melayan perasaan, Jelita tersentak apabila matanya bersabung dengan seseorang. Dia terbatuk-batuk kecil. Cepat-cepat dia menyedut minumannya. Dada yang terasa pedih diurut perlahan. Refleks, kepalanya menunduk, mata menekur jemarinya yang terasa dingin.

Apa barusan yang dia nampak tadi tu? Be... betul ke apa yang dia pandang tu? Ke khayalan dia aje?

"Jelita tengok sana! Tu..." Dan-dan Rania menjuih bibir ke satu arah lain. Sama-sama nampak apa yang menjadi perhatian mata-mata di sekitar sekarang ini.

"Tengoklah sana cepat!" gesa Rania sambil menarik wajah Jelita agar memandang ke arah sana. Jelita dipaksa untuk menurut.

"Ya, ya aku nampak..." kata Jelita tidak bersemangat. Tangan Rania ditepis lembut. Nak tak nak, dia terpaksa pandang juga.

"Aku tak sangka pula Raja Emiir ada malam ni." Rania tersenyum-senyum sambil menatap jejaka yang memakai kot berwarna koko muda. Warna senada dengan gaun Jelita.

Diam-diam Jelita menjeling Rania. 'Laki aku tu! Janganlah pandang macam tu.' Desis hatinya. Dia baru perasan yang sebenarnya gaun dia dan kot Emiir memang sepadan. Macam dah berjanji. Patutlah Emiir beria-ia suruh dia pakai juga gaun ni. Dah merancang rupanya!

"Kenapa dia ada malam ni?" soal Jelita tertanya-tanya. Dia pandang kembali suaminya yang sedang berdiri di sudut sana bersama beberapa lagi jejaka bersut hitam. Antara yang berdiri di samping Emiir ialah Luthfan dan Fadlan...? Dia dah mula berfikir. Fadlan tu ada kena mengena dengan Emiir ke?

"Dengar cerita dia akan rasmikan majlis malam ni. Memandangkan dia pemilik hotel ni. Aku pun tak tahu sangat. Dengar macam tu aje. Rasanya untuk pelancaran hotel baru ni kut."

"Hotel ni... Emiir punya?" Jelita bagaikan tidak percaya. Dia terngadah. Emiir tak pernah cakap pun fasal ni kepada dia! Tak aci betul! Rania yang hanya fanatik luar pun boleh tahu. Dia sebagai isteri pun tak tahu menahu sangat fasal suami dia sendiri. Itulah tak mahu ambil tahu sangat. Kan semua benda ketinggalan.

Rania angguk. "Yalah! Keluarga Farran memang banyak cawangan hotel dan restoran tau."

"Kan hari tu kecoh fasal Raja Emiir tu dah kahwin lagi. Tapi sampai sekarang dia tak reveal identiti isteri dia. Ramai yang tertanya-tanya. Manalah tahu kut-kut dia bawak isteri dia hari ni datang sekali. Nak juga aku tengok. Agak-agak isteri dia tu dari kerabat mana?"

Jelita terbatuk-batuk lagi. Aduh, mulut Rania ni pun boleh tahan macam Aliah juga. Kalau tersilap cakap sikit, naya oi. Boleh dia tanya isteri Emiir tu kerabat mana? Ni kerabat Jusoh! Kahkahkah!

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now