B A B 33

16.1K 1.8K 213
                                    

JELITA hanya senyum tidak bersalah. Melihat Emiir sedang bercakap-cakap sesuatu dengan Faliq di sudut sana, dia dan Eshaq hanya menunggu. Diam-diam cuba curi dengar perbualan kaum lelaki itu. Entah apalah Emiir cakap dengan Faliq sampaikan wajah mamat itu berubah keruh. Tak lama selepas itu, Faliq terus masuk ke dalam kereta bersama Leila. Sikit pun tidak menegur, bahkan nak kerling Jelita sekilas pun tidak.

Sejurus kereta Faliq memecut laju keluar dari kawasan tadika, Emiir mula melangkah ke arah isteri dan anaknya. Wajah datarnya sedikit pun tidak menggerunkan Jelita. Malah, gadis itu siap tersengih tidak bersalah. Macam kambing. Sengih-sengih kambing. Beg galas Eshaq diambil daripada Jelita tanpa banyak kata. Nak berbahas tentang tadi pun, rasa tak ada mood sekarang ini.

"See you at home." Hanya itu katanya. Cukup membuatkan Jelita tak jadi nak usik lebih-lebih.

"Saya nak minta izin balik lambat sikit boleh? Lepas ni Aliah ajak lepak sekejap. Tak adalah lambat sangat. Sebelum maghrib saya balik. I promised that!" Jelita bersungguh-sungguh angkat tangan gaya orang sedang berikrar.

"No. Aku nak kau balik awal hari ni. Sebelum aku balik, aku nak tengok muka kau ada di rumah. Cakap dengan Aliah, lain kalilah nak lepak ke apa. Suami kau tak izinkan hari ni. Faham?" Kata Emiir tegas. Tubuh Jelita ditolak perlahan dan terus melangkah ke arah kereta.

Jelita kerutkan kening. 'Dah kenapa dengan suami aku ni?'. Dia usap kepala Eshaq dan mengarahkan budak itu agar masuk ke dalam kereta bersama Emiir. Tak lama pun. Sekejap lagi dia pulanglah. Sekarang ni dia tak faham dengan Emiir. Yang muka ketat sangat dah kenapa? Bukan dia ada buat salah apa-apa pun. Bukan tu je, Emiir terus memandu tanpa beritahu kesalahannya. Manalah dia nak tahu yang dia ada buat salah!

Nafas dihela panjang. Jelita masuk kembali ke dalam dan mencari kelibat Aliah. Masih ada beberapa orang murid yang belum pulang. Terpaksalah dia tunggu lama sedikit. Nampaknya Aliah sudah siap mengemas di belakang. Jelita segera mendapatkan tubuh gadis itu. Bahu Aliah ditepuk dari belakang.

"Ohmakkau!" Terkejut Aliah.

Tawa Jelita terhambur melihat wajah terkejut beruk Aliah. Itu pun nak terkejut.

"Tak reti bagi salam ke?" soal Aliah dalam nada menyindir. Kotak air mineral diletakkan ke atas meja. Itu adalah kotak terakhir untuk hari ini.

"Alaaa. Sorry..."

"Sorry apa sorry? Tak payah sorry sorry lah!" Jelita ketawa lagi. Bahu Aliah dirangkul dari sisi. Lalu dia menarik tubuh gadis itu ke arah sudut yang jauh sedikit dari orang.

"Weh, sorry aku tak boleh balik lambat hari ni. Emiir suruh aku balik terus lepas ni. Lain kalilah eh kita membawang," beritahu Jelita dengan suara perlahan. Berbisik-bisik takut orang dengar.

Aliah mencebik bibir. "Haih, susahnya nak keluar dengan member yang dah jadi isteri orang ni!"

Jelita tepuk bahu Aliah. Bulat matanya memandang gadis itu. Kemudian, dia melilaukan mata ke arah sekeliling. Kuat pula suara Aliah tadi. Kalau orang lain dengar, kan susah. Satu hal nak menjawab. Tak ada angin, tak ada ribut, tup-tup dah menikah. Jangan katakan jemputan, majlis sanding besar-besaran pun tak ada.

"Sebelum nak cakap, boleh tak turn off dulu mikrofon dalam tekak kau dulu. Kalau orang dengar, susah aku nanti!"

Aliah angkat bahu. Ekspresinya seolah-olah mengatakan 'ada nampak muka aku kesah?'. Kadang-kadang, Aliah sendiri tidak faham dengan cara Jelita. Elok-elok dah dapat suami sesempurna Emiir pun, masih nak berahsia. Untuk apa? Nak buka jalan untuk perempuan-perempuan di luar tu terus mengharapkan Emiir? Macam tu? Jadi apa-apa nanti, baru nak menyesal di kemudian hari.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now