B A B 18

12.3K 1.3K 123
                                    

"KAU biar betul? Bila kau nak kahwin dengan Raja Emiir?!"

Terhinggut bahu Jelita dek tempias suara tinggi dan nyaring milik Aliah. Refleks, tangannya menampar bahu gadis itu. Kuat bunyinya. Meringis Aliah dibuatnya. Tangan je kecil, sekali lagi penampar boleh melayang orang.

"Sakitlah sengal!" ujar Aliah dengan suara tertahan-tahan. Bahunya diusap-usap. Pedih. Berbisa.

Harap bertabahlah Emiir melayan Jelita nanti.

"Kau tu cakap kuat-kuat kenapa? Nak orang lain dengar ke?!" Jelita pun tahan suara.

Kalau diikutkan hati memang nak cili-cili saja mulut Aliah. Suara tu sudahlah macam tertelan speaker sekolah. Daripada bernikah ala-ala rahsia, terus semua orang dapat tahu nanti. Tak rahsia pula.

Padahal dia yang beria-ia suruh Emiir merahsiakannya.

"Biarlah kalau orang dengar pun. Biar orang tahu Raja Emiir Farran tu milik seorang Jelita Elnara. Awhhh! Mesti sweet. Emiir dan Jelita. Wedding kau nanti mesti grand kan? Ala-ala royal gitu. Ahh, it's my dream Jelita, not you!"

Besar kecil, besar kecil saja Jelita renung Aliah. Tangan mengepal penumbuk di bawah meja. Kalau kesabaran Jelita hilang, mungkin lepas ini akan ada adegan Aliah dipukul sehingga masuk hospital.

"Your dream sangat kan? Kau ajelah kahwin dengan dia. Ingat aku nak sangat ke? Kalau bukan sebab Eshaq, aku pun tak hingin la!"

"Itulah masalahnya! Anak dia nak kau, bukan aku. Bukan setakat anak dia, dengan dia-dia sekali nak kau. Haa, kalaulah aku dekat tempat kau, mungkin tidur aku tak lena tau. Terfikir macam manalah dapat kahwin dengan anak 'raja'. Eish, tu cita-cita aku dulu waktu kecik tau!" Tambah Aliah sambil ketawa-ketawa.

Tak sangka pula mulut dia masin! Padahal selama ini dia selalu usik Jelita dapat bernikah dengan Emiir. Jadi kenyataan rupanya. Untung betul Jelita.

Diam-diam Aliah menyimpan rasa cemburu. Bagi dia, Jelita sudah cukup serba-serbi. Cantik pun cantik. Jelita pun Jelita. Baik pun baik. Pandai buat kerja rumah lagi. Ada ciri-ciri perempuan Melayu terakhir... lah sangat.

Kalau keluar perangai tak betul Jelita, ha itu sudah tidak boleh diubat. Jelita dengan lawak bodoh dia sukar dibendung. Harap Emiir tahanlah dengan sikap Jelita yang satu itu. Tapi bukan semua orang Jelita mampu 'bermanja'.

"Sudahlah kau ni. Kau fikir dia nak kahwin dengan aku sebab cinta ke? Dia nak kahwin pun sebab Eshaq juga. Sayang sangat anak dia. Entah-entah Emiir tu masih sayangkan bekas bini dia. Aku ni jadi sandaran je untuk anak dia," cetus Jelita selamba.

Suara dah makin perlahan apabila melihatkan meja kosong di sebelah meja mereka sudah diduduki orang. Sementara fikiran merewang jauh, bibir setia menyedut jus tembikainya. Cakap banyak dengan Aliah buat dia haus.

"Kau ada bukti ke dia masih sayangkan bekas bini dia?" soal Aliah pula. Nak juga tahu.

"Memanglah sekarang takda. Tapi aku yakin. Kau tunggu ajelah nanti aku cari bukti."

Aliah kerut kening. Pandang Jelita lama-lama. Dalam nada bicara Jelita, terselit sedikit getaran. Tapi wajah gadis itu masih kekal kosong. Tiada perasaan. Cuma berubah mendung sikit.

Tangan disangga ke bawah dagu. Kekal merenung Jelita. Cuba memahamkan air muka gadis itu. Ada maksud tersirat. Tapi dia tidak tahu apa. Jelita ni pun boleh tahan perahsia orangnya.

"Kau tak terima lamaran Emiir mentah-mentah je kan?" tanya Aliah lagi. Cuba korek seberapa banyak rahsia.

"Memanglah tak. Aku dah buat solat istikharah. Walaupun tak dapat jawapannya, tapi aku yakin dengan keputusan aku. Sebenarnya hati aku masih berbelah bahagi. Rasa was-was. Aku takut. Takut dijadikan pilihan kedua... macam dulu," luah Jelita perlahan.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now