B A B 28

15.2K 1.7K 259
                                    

JUMAAT. Selepas menunaikan solat asar, Jelita terus bersiap-siap ingin keluar. Semalam dia sudah meminta izin daripada Emiir untuk pulang ke rumah sewa lamanya. Masih ada beberapa barang penting yang tertinggal di sana. Itu yang dia mahu pergi ambil. Tapi tanpa Emiir atau sesiapa. Hanya Jelita seorang.

Kerana hakikatnya, pernikahan dia dan Emiir masih tidak diketahui umum. Jelita tidak mahu hebohkan dulu kepada teman lain tentang pernikahan dia baru-baru ini. Lebih-lebih lagi kepada Nisa. Gadis itu sudahlah tidak reti tutup mulut.

Silap-silap hari bulan, dicanangnya kepada jiran-jiran pasal pernikahan dia dengan Emiir.

"Mummy nak ke mana?"

Langkah Jelita terhenti. Tubuh dipusing menghadap Eshaq yang sedang berpeluk tubuh di ruang tamu. Kaca televisyen sudah tidak menarik minat budak itu lagi. Melihat penampilan Jelita, Eshaq tahu mummy mahu keluar. Pergi ke mana, dia pun tidak tahu.

"Mummy nak keluar kejap. Shaq tunggu kat rumah kejap ya?" Jelita hayun kaki ke arah Eshaq.

"Nak ikut..."

Jelita sudah garu kening. Kalau dia bawa Eshaq, kantoilah nanti. Tapi untuk meninggalkan budak itu seorang diri di rumah, hati memang tidak sanggup. Bukanlah seorang pun. Ainun dan pekerja-pekerja yang lain ada je di rumah. Tapi Eshaq ni asyik mahu berkepit dengan dia.

"Shaq nak ikut, boleh kan?" Eshaq kedip-kedipkan kelopak mata. Tangan Jelita dipeluk erat-erat.

"Boleh. Tapi Shaq janji akan behave, ya? Tunggu dalam kereta diam-diam. Mummy nak balik ke rumah sewa mummy."

"Okey! Shaq janji akan jadi budak baik."

Kata-kata Eshaq berjaya undang senyum di bibir Jelita. Kepala anak tirinya itu diusap lembut. Apabila nampak Ainun baru keluar dari ruang dapur, Jelita terus menggamit wanita itu datang ke mari. Nak bawa Eshaq keluar, penghuni rumah ini perlu tahu juga.

"Kak, saya nak bawa Eshaq keluar kejap. Nanti kalau Emiir balik, tolong cakap dekat dia, ya? Saya dah maklumkan dekat Emiir yang saya nak keluar. Tapi tak sure sampai pukul berapa. Kalau saya lewat, akak tolong beritahu Emiir saya lewat sikit."

Ainun angguk saja. Senyum dilempar kepada isteri dan anak majikannya. Hampir seminggu Jelita tinggal di banglo tiga tingkat ini, seronok rasanya dapat berkenalan dengan gadis itu. Mujur Jelita sejenis yang mudah mesra alam. Tak adalah kekok sangat nak bergaul dengan gadis itu.

Jelita pun bukanlah jenis yang suka guna 'kuasa'. Walau pada zahirnya, Jelita ialah isteri kepada Raja Emiir Farran, sikit pun gadis itu tidak meninggi diri. Malah, Jelita lebih selesa kalau pekerja-pekerja Emiir menganggap dia sebagai teman. Bukan menghormatinya hanya kerana gelaran isteri yang dia pegang.

"Saya bawa Eshaq sekali ya. Kami pergi dulu kak."

"Hati-hati."

Jelita dan Eshaq melangkah keluar sambil berpegangan tangan. Sesekali budak itu pandang wajah Jelita. Tapi apabila Jelita menyambut pandangannya, Eshaq cepat-cepat meluruskan mata ke depan kembali. Pura-pura tidak buat apa-apa.

"Kenapa curi tengok mummy macam gitu?" soal Jelita sambil ketawa kecil. Tercuit hati kecilnya dengan tingkah Eshaq.

"Mummy cantik."

Dan tawa Jelita makin meledak-ledak. Tergeleng kepala mendengar kata pujian budak itu. Bukan main lagi pujinya. Kecil-kecil sudah pandai buat orang jatuh hati. Harap-harap dah besar nanti jangan jadi buaya darat sudah.

"Kenapa ketawa? Shaq serius tau. Mummy cantikkkkk sangat!"

"Iya? Cantik banyak mana?" Sekadar melayan. Jelita gosok kepala Eshaq.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now