B A B 7

14.3K 1.6K 467
                                    

LUTHFAN akhirnya mampu tarik nafas lega. Setelah hampir satu jam Emiir 'cuci' dia habis-habisan tanpa beri peluang untuk dia mencelah walau sekali. Hanya mampu tadah telinga, cekalkan hati dengar Emiir membebel seperti mama di rumah. Jaranglah Emiir akan buka hikayat sabdu panjang-panjang, baru dia sedar sedap juga suara lelaki itu. Senang rupanya buat Emiir banyak cakap. Tips nombor satu, buat lelaki itu marah. Tips nombor dua, break the rules. Hahaha. 

"Okey, dah habis?" Luthfan yang tadinya dalam posisi menompang tangan di bawah dagu, kini tegakkan tubuh. Menggeliat sedikit, betulkan tulang. Rasa macam dah tua pula.

Emiir renung Luthfan tajam. Terjungkit kening apabila dengar soalan lelaki itu. Tangan naik berpeluk tubuh. Luthfan seperti mahu buka mukadimah panjang. Siap berdehem-dehem betulkan suara. Gayanya seperti pengetua sekolah yang menabur janji 'saya ingin beri sepatah dua kata'. Emiir mendengus kasar. Bercakap dengan Luthfan memang takkan jadi apa. Sejenis keras kepala. Kental sangat hati walau hampir dipecat sebentar lagi.

"Sekarang ni kau dengar pula..." Luthfan berdehem. 

"Bismillah...hei mamat ais batu! Kau sedar tak Eshaq tu anak kau. Bukan anak kucing, njirr! Kau sayang dia ke tak ha sebenarnya? For god's sake, he is just five! Kau layan dia macam umur dia dah 50 tahun. Kau pernah tanya tak apa yang dia suka, apa yang dia tak suka? Tak, kan? Selama ni Eshaq ikut semua kehendak kau sebab dia takut. Dia takut kau marah dia. Dia takut kau tak sayang dia lagi. Emiir...Eshaq cuma ada kau je, kau bapak dia, orang yang jaga dia sejak kecil. But you know what? Kau gagal Emiir. Kau yang selama ni tak pernah gagal dalam sesuatu perkara, kali ni dah gagal..."

Luthfan tarik dan hembus nafas panjang. Menjeda untuk beberapa detik, melihat reaksi Emiir. Namun, wajah lelaki itu masih kekal stoic. Tak ada sesiapa dapat jangka apa yang ada di sebalik reaksi wajah itu. Sedihkah? Gembirakah? 

"He needs you. He needs his daddy. Tapi kau dengan perangai beku tak boleh bawa bincang tu...kau yang buka jurang hubungan kau orang anak-beranak. Dia perlukan perhatian kau. Eshaq tak ada mak, dia hanya ada kau. Satu-satunya orang yang dia paling harapkan. Kau tahu tak, dekat sekolah dia tak mahu bercakap dengan orang, tak mahu bergaul dengan kawan-kawan. Sebab dia tak tahu macam mana. Kau yang besarkan dia macam itu. Kau nak budak lima tahun tu membesar jadi matang sebelum usia."

"But she changed him. Dia layan Eshaq selayaknya, dia beri perhatian kepada Eshaq. Yang mana selama ni kau tak berikan pun. Eshaq selesa dengan dia, Emiir. Terlalu selesa. Aku nampak macam mana perempuan tu sayangkan anak kau. Kalau aku tak kenal kau, mungkin aku akan anggap yang kau tak pernah sayang anak kau pun. Tapi sebab aku kenal kau, aku tahu Emiir. Jauh di sudut hati kau, kau rasa terkilan dengan semua ni. Kau rasa bersalah setiap kali kau terpaksa tinggalkan Eshaq waktu dia perlukan kau. Aku harap sebelum kau pecat aku, fikir apa yang cakap ni baik-baik. Aku tahu kau mampu buat keputusan yang terbaik untuk kau dan Eshaq."

Emiir diam. Sedari tadi, tiada sebarang suara dia bunyikan. Hanya pasang telinga, dengar setiap bait kata Luthfan menghentam-hentam telinga. Diam-diam juga memikirkan ada betulnya kata-kata Luthfan. Tetapi masih ego mahu mengaku. Lantaran itu, Emiir ambil keputusan untuk senyap. Rahang bergerak-gerak, memincing mata dengan renungan kosong terhadap teman rapatnya itu. 

"Eshaq perlukan kasih sayang seorang ibu. Sekeras mana pun kau tolak hakikat tu, Eshaq tetap perlukan seorang ibu. Kau ada duit banyak mana atau harta bergelimpangan sekalipun, kau takkan mampu beri budak tu kasih sayang ibu. Kau tak mampu, Raja Emiir Farran." Apabila nama penuh Emiir disebut, tanda Luthfan memang benar-benar serius dengan kata-katanya. 

"Jadi apa aku perlu buat?" Lama mendiamkan diri, barulah Emiir bersuara kembali. 

"Kau pergilah jumpa perempuan tu."

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now