B A B 35

13.9K 1.5K 61
                                    

HARI yang dinanti-nantikan telah tiba. Tarikh keramat yang paling ingin dielak oleh Jelita Elnara. Saat ini, kosong fikiran Jelita. Tak mampu berfikir apa-apa. Apa yang berlegar di dalam kepala, dia hanya ingin cepat-cepat pulang ke hotel. Malam ini Jelita hanya mengenakan gaun paras buku lali berwarna koko. Rambut dibiar lepas ke belakang bahu. Solekan tipis sebagai penghias wajah juga dia tepek ke muka.

"Are you okay, Jelita?" soal Rania, teman baik Jelita ketika di bangku sekolah menengah. Mereka memang jarang jumpa memandangkan Rania sudah bernikah dengan warga tempatan Thailand setahun yang lalu. Rania pun tidak menetap di Malaysia. Sebaliknya, dia ikut suaminya tinggal di Thailand.

"Okey je. Jomlah masuk." Mereka beriringan ke pintu masuk. Majlis malam ini diadakan di Island Hotel & Suites Sabah.

"Lupa nak cakap, kau nampak berseri-seri malam ni. Cantik dress kau. Nampak limited edition tau!" ujar Rania sungguh-sungguh.

Tubuh Jelita dipusing-pusingkan ke kiri dan ke kanan. Menelek tubuh gadis itu dari atas ke bawah dengan senyum yang tidak dibuat-buat. Dia puji jujur dan ikhlas dari lubuk hati. Gaun yang dikenakan oleh Jelita memang nampak eksklusif sangat! Seperti telah ditempah khas.

"Oh, dress ni... biasalah laki aku..."

"Laki kau? Sejak bila kau berlaki?" soal Rania tertanya-tanya. Keningnya bertaut rapat.

"Erm maksud aku... laki... laki kawan aku. Haa! Aku tempah dekat dia." Sampai terbata-bata Jelita dibuatnya nak menjawab soalan cepumas Rania itu. Macam manalah dia boleh terlepas kata tadi.

Yang sebetulnya, gaun ini memang Emiir yang berikan kepada dia. Sehari sebelum dia ke sini, Emiir menyuruhnya agar memakai gaun ini. Walhal, dia memang sudah beli baju siap-siap. Tak sangka pula Emiir dah rancang awal dulu. Saiznya pula betul-betul ikut ukuran badannya. Tepat dan terperinci! Mungkin Emiir main agak aje rasanya.

"Mesti mahal kan? Tengoklah manik-manik ni, eksklusif gila! Nanti kau bagilah location butik dia. Boleh aku pergi jenguk," balas Rania yang sepertinya tidak mengesyaki apa-apa setakat ini.

Jelita angguk dan melepaskan keluhan panjang. Lega rasanya. Mujur Rania tidak seperti Aliah yang cepat menangkap hal-hal 'panas' seperti ini.  Kemudian, mereka meneruskan langkah sambil berbual kosong. Soalan biasa kalau sudah lama tidak berjumpa. 'Kau bila nak kahwin?', 'bila nak tambah anak?', 'kerja okey ke sekarang?'. Soalan asas yang harus dihadap.

Hari ini Rania tidak membawa anak dan suaminya datang bersama. Kata Rania, 'aku nak feeling-feeling bujang malam ni.'

Mereka melangkah ke arah sekumpulan gadis dan sekumpulan jejaka yang sedang berbual sakan di meja sana. Lengan Rania, Jelita cuit-cuit sedikit. Berat benar kaki dia nak terus melangkah. Tapi apabila melihat Rania hanya senyum, Jelita terpaksa akur. Fahamlah maksud wanita muda itu. Tandanya, mereka sudah sampai pun. Nak berpatah balik pun tak ada guna dah. Hendak tidak hendak, hadap ajelah apa yang akan jadi nanti. Rania senyum dan membalas lambaian kecil mereka di meja sana.

"Eh Rania! Lama gila tak jumpa!"

Jelita hanya berdiri tegak di belakang Rania. Kalau boleh, dia ingin mengecilkan diri dan ghaib saja dari majlis ini. Ikut rasa hati, memang dia nak lari aje. Tapi benda pun dah jadi. Dia pun dah sampai sini. Nak bagi alasan apa pula kalau tiba-tiba dia ingin pamit awal. Sehinggalah salah seorang daripada mereka memandang Jelita, barulah dia ukir senyum nipis. Itu pun nampak sangat dipaksa-paksa. Bukan kerana Jelita tidak suka berkawan dengan mereka lagi, tapi ada sebab kenapa dia jadi macam ini. Ada sebab dah rahsia kenapa Jelita tidak mahu terlibat dalam 'circle' yang macam ini.

"Jelita kan...? Eh betullah Jelita! Jelita Elnara. Cantik betul kau sekarang." Kuat pula suara yang sedang bercakap itu. Sampaikan mampu menarik perhatian orang di meja sebelah. Jelita garu kening yang tidak gatal. Senyum sajalah.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now