B A B 4

14.3K 1.6K 387
                                    

KERETA Perodua Axianya diparkir ke satu kawasan petak kuning. Memandangkan hari ini ialah hari Sabtu, Aliah mengajak Jelita untuk menonton wayang. Katanya ada movie baru keluar. Kalau Aliah yang ajak, Jelita terpaksa relakan hati untuk menonton filem seram. Aliah memang suka benda-benda paranormal.

Selesai memarkir kereta, Jelita angkat beg tangan dari tempat duduk sebelah. Beg tangannya tiada jenama. Jelita beli di pasar minggu dengan Aliah dua minggu lepas. Asal nampak cantik dan boleh mengisi barang keperluan, sudah memadai bagi Jelita. Pakai mahal-mahal pun, bukan Jelita nak ke mana. Pergi tadika, balik tidur. 

Memang Jelita jarang keluar. Jika hari cuti, kalau tidak disebabkan Aliah mendesak, rasanya Jelita masih terbongkang di atas katil. Hendak belanja mewah-mewah, makan angin, bercuti dan melancong sana sini atau memakai barangan mahal, memang terlalu sukar untuk Jelita gapai. Beg tangan paling mahal yang pernah Jelita miliki pun harganya hanya sekitar RM50. Itu pun separuh semput, terketar-ketar jemari keluarkan duit. 

Bukan kerana tidak mampu tetapi setiap bulan Jelita perlu mengirimkan wang juga ke kampung. Hanya Jelita yang menyara satu keluarga, dengan mak yang selalu meminta macam-macam. Lelah rasa. Abah pula sekadar dapat upah menoreh getah, berapalah sangat. Memang selalu saja tidak cukup. 

Kadang-kadang itu belum sampai hujung bulan, mak sudah menelefon Jelita. Meminta wang untuk beli itu dan ini. Barang dapur habislah, apalah. Bukan Jelita tidak faham perangai mak, tetapi dia sudah lali. Sudah masak benar dengan mak yang suka menunjuk-nunjuk kepada para tetangga. 

Sepenggal senyuman mengukir di bibir tatkala terpandangkan Aliah yang sedang melambai dari jauh. Terlepas tawa halus. Tiba di hadapan Aliah, gadis itu terus merangkul lengannya erat-erat. Jelita sampai kerutkan kening, hairan melihat Aliah manja tiba-tiba. 

"Kenapa kau senyum-senyum macam itu? Kejap...jangan cakap yang kau bawa..."

Aliah kembali melontar sengih ketika ditanya soalan lipat maut itu. Belum pun Jelita habiskan soalan, dia terlebih dahulu angguk laju. Mengiyakan. Lengan Jelita digosok lembut, pujuk. Tolonglah jangan Jelita tiba-tiba ubah fikiran untuk pulang pula.

"Eish...cakap kita berdua je. Kenapa kena ada minah sengal senget tu?!" soal Jelita dengan wajah cemberut. Tercebir-cebir bibir ke depan. Aliah sudah garu kening. 

"Errr, dia nampak aku nak keluar tadi, terus dia bersiap cepat-cepat. Aku pun tak sedar bila dia masuk dalam kereta. Takkan nak tolak dia keluar macam tolak kerbau pulak kan?" 

Usah kata Jelita, Aliah lagi perlu tanggung derita kerana terpaksa tinggal serumah, sebumbung dengan minah sengal macam tak cukup zat protein itu. Dini, gadis berusia 21 tahun merupakan housemate Aliah. Senang cerita, Dini ini sejenis pantang nampak jantan poket tebal dan berwajah tampan, tanpa segan-silu gadis itu akan terkinja-kinja seperti beruk Mat Yeh. 

Itu yang Jelita anti sedikit dengan Dini. Buat malu kaum dia saja nanti jika keluar dengan gadis itu. 

"Hissh!" dengus Jelita. 

"Apa-apa jelah. Yang penting kau dah janji nak belanja aku, kan?" 

"Ya, ya! Kau tu kalau aku tak janji macam itu, memang sampai kiamat tak mahu keluar, kan?" Aliah pulangkan paku buah keras. Hampir dua hari juga Aliah buat sesi tawar-menawar dengan Jelita. Bila sebut perkataan 'belanja', terus bersinar-sinar mata gadis itu. Siap ada bulan dan bintang, hiperbola.

"Hahaha..." Jelita balas dengan ketawa. Tidak menafikan, memang macam itu pun. 

"So, mana minah tu...?"

"Hi girls!"

Panjang umur, pendek akal. Baru saja seru, tiba-tiba muncul seperti pelesit. 

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now