B A B 29

14.8K 1.5K 122
                                    

SUASANA yang begitu senyap di meja makan buatkan Jelita tidak senang duduk. Tidak betah senyap seperti duduk di tanah perkuburan. Setidaknya, bunyi kentut pun jadilah. Tapi memang tiada. Yang ada hanyalah bunyi lagaan sudu dengan pinggan.

Sesekali mata mengerling Eshaq di sebelah. Budak itu pun masih diam juga. Jelita buat muka. Walaupun sudah seminggu tinggal di dalam rumah ini, Jelita masih belum terbiasa dengan keadaan begini. Makan pun penuh beradab. Sampaikan dia nak minta lauk di sebelah tangan Emiir pun tak berani.

Lagi-lagi setelah kejadian waktu maghrib tadi. Jelita rasa lain macam pula. Kata Eshaq, kalau Emiir marah, memang menggerunkan gila. Tapi tadi tu, dia tak rasa sangat bahang kemarahan Emiir. Yang dia rasa, wajah dia berbahang kerana setiap perlakuan suaminya penuh dengan makna-makna tersirat.

"Jelita Elnara."

"Ha?" Terus tegak kepala Jelita.

"Berapa umur kau?" soal Emiir tiba-tiba.

Jelita kerutkan kening. Aik, takkan umur isteri sendiri pun tak ingat? Emiir ada tersadung di mana-mana ke tadi sampai dah hilang ingatan? Ke hilang kewarasan? Kahkahkah!

"Saya 24 lah! Awak ni umur isteri pun tak ingat. Payahlah macam ni."

"Sedar pun umur dah 24.Yang main makanan macam tu, dah kenapa?"

Oh, Emiir sarkastiklah tadi tu?

Jelita berdeham perlahan. Sempat melempar jeling sekilas kepada suaminya sebelum tunduk memandang nasi di dalam pinggan. Ada beberapa butir nasi bertaburan di sisi pinggan kaca itu. Sengih ditarik dengan rasa malu yang tidak terucap.

Kemudian, dia pandang Eshaq yang masih senyap. Ketika mereka bertentang mata, budak itu senyum sembunyi-sembunyi. Seperti ingin mentertawakan dia pun ada. Mungkin kelakar kerana Emiir tegur dia macam budak kecil dimarahi oleh bapa.

"Makan cepat, Elnara. Nak menung, lepas ni pun boleh."

"Yang awak tiba-tiba banyak mulut ni dah kenapa? Selalu dalam mulut tu simpan emas. Sibuk je tegur orang!" Yang akhir-akhir tu, dia berbisik saja. Kecut juga sebenarnya kalau tiba-tiba Emiir naik angin. Tak pasal-pasal dia kena lenyek dengan tangan sasa suaminya itu.

"Aku dengar."

"Good for you. Memang nak awak dengar pun." Wah, beraninya kau. Karang kalau Emiir murka, kut disumpahnya dia jadi katak puru. Ha, sudah!

Emiir diam selepas itu. Malas bertengkar mulut dengan Jelita. Lebih tepatnya, tiada kuasa dia nak melayan. Mulut masih mengunyah makanan. Sesekali manik hitam pekatnya mengerling sipi-sipi Eshaq di sisi sang isteri. Bukan main berselera budak itu makan.

Selalu payah sangat nak menelan sayuran hijau itu. Mentang-mentang ada Jelita, diberi batu dan kayu pun sanggup telan.

"Emiir..."

Berkalih kembali mencari wajah Jelita. Kening diangkat sebelah.

"Awak tak marah kan? Ermm, hal petang tadi..."

Dan-dan, Eshaq pun hilang fokus untuk makan. Turut mencari-cari wajah daddy. Dari bias pandangan daddy, dia memang tak nampak sebarang bara amarah. Tenang seperti angin bayu yang membuai. Tapi Eshaq tahu, di sebalik ketenangan itu, ada makna tersirat.

Dia kenal daddy macam mana.

Tatkala melihat sudut bibir daddy naik tanpa sedar, Eshaq terus kerling mummy. Nak pastikan mummy nampak ke tidak reaksi daddy sebentar tadi. Reaksi yang bertahan selama 0.001 saat itu dia dapat tangkap walaupun hanya sebentar.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now