B A B 27

14.1K 1.5K 121
                                    

BERHENTI di pekarangan sebuah banglo tiga tingkat itu, mata Jelita melopong sebesar-besarnya. Kalau waktu tengok rumah keluarga Emiir waktu pertama kali pun, Jelita sudah mahu pengsan. Tengok rumah Emiir sendiri pula, macam tidak percaya rasanya.

Banglo tiga tingkat ini akan menjadi kediamannya sepanjang bergelar isteri Emiir? Fuh... Ni boleh buat modal nak riak dengan Aliah ni. Kahkahkah! Tapi keluarga Aliah pun memang sudah cukup senang. Dia ajela baru nak merasa semua ini.

"Mummy cepatlah turun." Mendengar seruan yang tidak asing itu, Jelita cepat-cepat membuka tali pinggang keledar. Sejurus itu, dia keluar dari perut kereta dengan mata berkedip-kedip banyak kali.

"Ni rumah awak?"

Emiir pandang Jelita. Pandangannya seolah-olah mengatakan 'Taklah, ni rumah mak cik jiran sebelah. Soalan bodoh apa kau tanya ni?'. Seumpana itulah ekspresi Emiir. Dengan kerut-kerut keningnya.

"Jom mummy! Shaq nak tunjuk bilik Shaq."

Belum apa-apa lagi, Eshaq sudah menarik baju Jelita agar ikut langkahnya masuk ke dalam rumah. Jelita sempat menentang mata Emiir, seolah-olah sedang meminta izin. Apabila lelaki itu angguk membenarkan, Jelita senyum. Kaki terus maju setapak demi setapak ke dalam banglo tersebut.

Tak perlu buka pintu sendiri. Ada beberapa orang pembantu rumah sudah sedia menunggu di depan sana untuk membukakan pintu. Jelita melempar senyuman kepada mereka-mereka yang menunduk hormat kepadanya. Kekok pula rasa apabila mereka panggil dia puan.

Puan Jelita. Ewww. Macam tak kena.

"Welcome to the family, puan." Amboi, siap speaking kau Jah. Jelita kekal senyum. Ketika mereka menunduk, dia juga menunduk. Bukan kaleng-kaleng pembantu rumahnya pun.

Lagi masuk ke dalam, lagi mulut Jelita tidak mampu ditutup. Cantik. Hias dalaman rumah Emiir terlihat kemas dan elegan dengan hiasan ala-ala Barat. Siap ada lampu chandelier berjuntai-juntai. Lantainya pun guna lantai granit bercorak marble. Berkilat. Boleh telek wajah sendiri.

Eshaq tarik tangan Jelita masuk ke dalam lif. Mak ai, dalam rumah pun ada lif! Ini betul-betul macam mimpi. Kalau mimpi, Jelita harap dia tak akan dikejutkan secepat yang mungkin. Di rumah ayahanda memang tak ada lif, tapi lebih lebar dan besar design rumah itu.

"Kita pergi bilik Eshaq tau." Eshaq pesan awal-awal.

Jelita angguk saja, akur. Sesekali mata mengerling dinding sekeliling. Sampai di bilik tidur Eshaq, budak itu terus buka pintu. Menarik Jelita supaya masuk lebih dalam. Tubuh Jelita ditolak lembut supaya duduk ke birai katil. Eshaq senyum-senyum.

"Nilah bilik Shaq. Cantik tak?" Tangan didepa.

"Cantik. Mestilah cantik. Takkan tak cantik..." Meleret-leret nada Jelita.

Eshaq panjat ke atas katil. Melabuhkan punggung ke ruang kosong bersebelahan Jelita. Kaki dibiar melunjur ke bawah. Jelita pandang Eshaq dari sisi. Dari ekor mata, dia boleh nampak senyum lebar budak itu. Perlahan, kepala Eshaq diusap.

"Eshaq suka mummy jadi mummy Eshaq?"

Eshaq angguk sungguh-sungguh. Tapi pandangan Jelita tidak dibalas pun. Dia hanya meluruskan pandangan ke dinding. Kaki digoyang-goyangkan. Sambil itu, senyum di bibir semakin melebar.

"Suka. Mestilah suka. Ada mummy... Satu-satunya impian Shaq. Shaq selalu sedih bila tengok orang lain ada ibu. Tapi sekarang Shaq dah ada mummy, so tak sedih lagi." Petah Eshaq bercakap.

Jelita cuba membayangkan apa yang dilalui oleh anak tirinya itu. Kanak-kanak seawal usia Eshaq seharusnya mendapat kasih sayang dan perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Jelita tidak nafikan, Emiir sudah cukup baik menjaga Eshaq. Tapi sebaik-baik bapa, budak ini perlukan kasih sayang seorang ibu.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now