B A B 5

14K 1.6K 279
                                    

Pulang dari airport, Emiir terus bergegas ke rumah. Setelah dua hari berada di Singapura, Luthfan ada menghubunginya. Memberitahunya Eshaq demam panas. Belum habis Luthfan bercakap, Emiir terus matikan talian. Tergesa-gesa menyelesaikan urusan di sana secepat yang boleh, yang termampu. Emiir memilih tempahan penerbangan paling awal. Agak mengejutkannya kerana Eshaq jarang jatuh sakit.

Runsing memikirkan keadaan anak tunggalnya, Emiir tidak jadi untuk ke pejabat dulu. Urusan bisnes sanggup diketepikan demi Eshaq. Kenapa? Nampak macam dia tidak sayang anak ke?Eshaq itu satu-satunya anak dia. Sudah tentu Emiir risau. Meskipun bibir tidak selalu berkasih tetapi setiap tindakannya tidak pernah mengecewakan. Well, action speaks louder than word.

Masih berbaki kira-kira setengah jam lagi untuk sampai ke rumah. Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, pandangan Emiir tersasar pada seorang perempuan di dalam sebuah Perodua Axia. Berada tepat-tepat di sebelah Range Rovernya. Untuk beberapa saat, hatinya hanyut dalam kebisuan. Pandangan berkalih ke depan seketika kemudian. Geleng kepala melihat tingkah pemilik kereta tersebut.

Mulanya gadis itu angkat kamera telefon, hala ke wajah. Fikir Emiir, normal sajalah. Perempuan jika tak selfie, mana sah. Bukan perempuanlah itu. Tapi yang Emiir agak terkejut apabila gadis itu tiba-tiba pandang ke arahnya dengan menyengih. Emiir baru sedar, tingkap keretanya gelap. Tidak nampak apa-apa dari luar. Berkalih lagi sekali ke sebelah kiri. Kali ini gadis itu gulungkan lidah di depan kamera. Sekejap senyum. Sekejap muncung bibir. Yang tak tahan tu, gambar kereta dia pun gadis itu tangkap sekali.

Perempuan memang suka tangkap gambar yang aneh-aneh ke?

Ponnn!

Bunyi nyaring itu mengejutkan Emiir. Rupanya lampu isyarat sudah bertukar hijau beberapa saat lepas. Perodua Axia merah di sebelahnya tadi pun sudah bergerak. Geleng kepala lagi lalu buang keluh panjang. Berat sangat bunyinya. Keletihan pun ada. Jam di dashboard menunjukkan tepat jam empat petang. Kereta kembali bergerak menuju ke destinasi.

Setengah jam perjalanan, kereta yang tadinya membelah laju mula bergerak perlahan. Pintu pagar besar di depan terbuka sendiri. Tidak buang masa walau sedetik, Emiir keluar dari kereta. Sempat jugalah bertegur dengan pengawal di pagar depan tadi. Kaki memijak lantai ruang tamu, perlu mencari Luthfan dulu. Kebetulan pula Luthfan keluar dari ruang makan. Laju mata Emiir menangkap kelibat lelaki itu.

"Eshaq mana?"

Eh. Luthfhan terus pusingkan tubuh.

"Bila kau balik?" Kerut kening.

"Tahun lepas."

Luthfan gulingkan bebola mata ke atas, tangan ke bahu. Menyampah! Tak boleh jawab betul-betul agaknya. Asyik bersarkastik saja dengan dia. Gerak langkah Emiir cepat, terburu-buru ingin melihat Eshaq. Sepenggal senyuman nipis terukir di hujung bibir Luthfan. Meski wajah maintain beku, Luthfan tahu di sebalik wajah itu ada perasaan risau yang maha tinggi.

"Jangan risaulah. Tadi Yan dah datang untuk check Eshaq. Eshaq dah okey sikit, tadi Yan dah bagi ubat. Yan kata Eshaq terkena air hujan, itu yang demam mengejut. Salah aku juga bawa Eshaq keluar semalam. Budak tu dahlah tak boleh kena hujan sikit." Daryan atau lebih mesra dengan panggilan Yan merupakan doktor peribadi Emiir.

Antibodi Eshaq memang lemah sejak kecil. Sebab itulah Emiir sentiasa menjaga pemakanan Eshaq. Bagi Emiir, dia cuma mahu Eshaq sentiasa sihat. Emiir tahu dia tidak boleh ada dengan budak itu selama 24 jam. Takut jadi macam inilah. Sepanjang Eshaq di bawah jagaan Emiir, budak itu memang jarang jatuh sakit.

Langkah Emiir terhenti tetapi tubuh tidak berkalih. "Hujan? Kau bawa anak aku ke mana semalam?"

Erk...

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now