B A B 31

14.2K 1.6K 172
                                    

MALAS-malas pun, Jelita tetap ikutkan permintaan encik suami. Ikutkan hati, dia memang tak mahu jejakkan kaki ke bangunan syarikat milik Emiir. Dengan diusungnya sekali Eshaq ni. Kalau pekerja-pekerja Emiir tanya siapa dia, terketar-ketar nak jawab. Kalau bukan kerana perkahwinan rahsia mereka, memang Jelita selamba je mengaku sebagai isteri CEO. Kahkahkah!

Datang sini pun, Eshaq yang tunjukkan jalan. Dia mana tahu apa-apa mengenai Emiir. Lagi-lagi pekerjaan lelaki itu. Dia cuma tahu suaminya merupakan pemilik syarikat ini saja. Hal-hal lain, dia memang tak ambil tahu langsung. Belum masanya lagi.

"Mummy, jom masuk sana!" Eshaq pula yang terlebih teruja. Ditariknya tangan Jelita ke arah lif. Mata-mata yang memandang, budak itu biarkan. Dah biasa. Kalau dia datang pejabat daddy, macam itulah suasana. Tak pernah tengok budak kacak agaknya.

"Tapi ni lif untuk CEO..." Jelita garu kepala.

CEO & HIS RELATIVES.

'Memanglah ikutkan aku ada hak untuk naik lif ni. Tapi kalau orang tanya, takkan aku nak cakap yang aku ni sepupu Emiir? Sepupu belah mana? Sepupu jauh, sudah berbelas-belas tahun tak jumpa? Pfffft! Macam tak logik saja.' desis hati Jelita.

"Mummy kan isteri CEO. Jomlah masuk!"

Jelita terpaksa ikutkan saja. Nampaknya Eshaq memang mahir dah di kawasan pejabat Emiir ni. Mana taknya, budak tu memang dari kecil dah selalu ikut daddy dia. Jelita tersengih-sengih sendiri. Untung betul Eshaq, hidup macam dalam novel.

Sampai di tingkat empat puluh tujuh, bunyi dentingan lif sedikit mengejutkan Jelita yang hampir termenung. Dia mengejar langkah Eshaq yang sudah terlebih dahulu keluar. Takut sesat pula. Dan-dan waktu sedang menuju ke sebuah bilik, mereka terserempak dengan Luthfan yang sedang memegang fail-fail kerja. Mungkin ingin dihantar kepada 'bos' kut.

"Eh, buat apa datang sini?" Nampaknya Luthfan pun agak terkejut setelah menyedari kehadiran Eshaq dan Jelita.

Jelita ukir senyum nipis. "Emiir suruh datang."

"Untuk apa? Ada hal penting ke sampai tak boleh jumpa dekat rumah?"

Bukan nak menyibuk, tapi lebih kepada hairan. Jarang-jarang Emiir mencampur adukkan hal kerja dan hal privasi. Lagi-lagi Emiir dan Jelita menyimpan status suami isteri mereka sebagai rahsia. Itu yang pelik sangat tu.

"Entahlah. Saya mesej tanya untuk apa. Tapi dia tak balas." Jelita angkat kedua-dua belah bahu. Dia pun tak tahu apa sebenarnya tujuan dia datang ke mari. Dah Emiir suruh datang, dia datang ajelah.

Luthfan angguk. Senyum dilempar kepada Eshaq yang setia menunggu di sebelah Jelita. Kemudian, wajah Jelita kembali dicari. Diam seketika untuk beberapa detik. Sedang memikirkan sesuatu. Tapi Emiir ada suruh dia... ah! Mana boleh bagitahu. Itu rahsia antara dia dengan Emiir. Mana boleh bagitahu Jelita.

"Kalau macam tu jomlah. Saya pun nak bagi Emiir fail ni." Dua buah fail di tangan, diangkat supaya Jelita nampak.

"Okey."

Hanya beberapa langkah ke depan, Jelita nyaris berlanggar dengan Luthfan. Kurang peka sebenarnya, leka sangat melilaukan mata ke sekeliling. Dekorasi ruang kerja di sini memang menarik. Refleks, Jelita berundur dua tapak ke belakang apabila Luthfan memusingkan tubuh.

"Are you okay?" Luthfan kerut kening.

"Okey, okey... hehehe." Tersengih-sengih Jelita. Melihat Luthfan memusingkan kembali tubuh, dia lepaskan nafas lega.

Sekali-sekala tangan mengusap lembut kepala Eshaq. Menunggu dan terus menunggu. Dia ikut saja langkah Luthfan. Apabila lelaki itu masuk ke dalam, dia juga ikut masuk tanpa suara. Berdiri di belakang Luthfan, memang tubuhnya langsung tidak kelihatan. Eshaq pula berselindung di belakang Jelita.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now