B A B 11

12.9K 1.6K 281
                                    

NISSAN GTR R35 itu berhenti di hadapan pagar. Sejak lima belas minit yang lepas, Aliah tidak henti-henti menghantar pesanan mesej kepada Jelita. Ditanya keberadaan dan bila Jelita akan pulang. Satu pun Jelita tak balas. Biarkan Aliah lemas dengan tanda tanya. Sibuk sangat jadi makcik bawang kan!

Kenderaan mewah mencecah harga ratusan ribu ringgit itu sudah tidak bergerak. Barulah Jelita pusing wajah menghadap lelaki tampan di sebelahnya. Nampak gayanya Emiir memang tak mahu cakap apa-apa lagi kut. Mengeluh, Jelita buat keputusan untuk keluar saja tanpa pamitan.

Tapi bila dia ingin buka pintu kereta, berkunci pula. Jelita garu kening. Emiir nak bagi dia keluar atau tidak ni? Dipandang kembali Emiir yang masih meluruskan pandangan ke depan. Langsung tidak ditoleh ke arahnya.

"Saya nak keluar."

Mendengarkan itu, Emiir langsung menoleh. Membalas tatapan indera polos milik si Jelita. Renungannya tiada perasaan. Kosong bagai tiada emosi. Sukakah, tidak sukakah, susah untuk diteka. Jemari yang memegang stereng kereta kini beralih ke atas paha.

"One week." Rendah suaranya.

Jelita naik hairan. Apa yang satu minggu? Tiba-tiba saja.

"I give you a week to decide. About my request, I hope you can consider it."

Oh, tentang itu rupanya. Jelita hanya angguk. Sebenarnya Jelita tidak dapat berfikir dengan baik saat ini. Andai dia terima, berapa lama pernikahan mereka boleh bertahan? Jelita cuma risaukan itu saja. Mampukah Emiir belajar untuk 'bercinta'?

"Tak ada apa-apa lagi kan? Saya keluar dululah."

"Sabtu pagi aku nak kau bersiap. Aku ambil kau nanti."

"Eh, nak pergi mana?" Kalut-kalut Jelita jadinya. Tak jadi ingin buka pintu. Dipandang kembali Emiir dengan penuh tanda tanya. Mata dikedipkan berkali-kali. Beg tangan dipegang erat.

"Tolong tengokkan Eshaq. Aku outstation dua hari," jawab Emiir mudah.

Jelita tepuk dahi. Ewah-ewah, menyenang betul hidup kau! Raja Emiir Farran memang sejenis yang macam ini ke? Sesuka hati mengarah orang itu ini. Sudahlah tidak berbincang apa-apa pun. Tak tanya pula itu dia sibuk ke tidak.

"Maaf, tapi weekend ni saya kena balik kampung. Mak saya call suruh balik."

Bukannya tidak mahu tetapi memang tak boleh. Semalam mak ada hubungi Jelita. Suruh dia pulang hujung minggu ini. Katanya rindu...lah sangat. Sebenarnya Jelita tahu perangai mak macam mana. Kalau tak ada sebab, tak adanya mak suruh Jelita pulang. Hendak tidak hendak, memang tak boleh cakap apa. Jelita terpaksa akur. Tak mahu dilabel anak derhaka pula.

Emiir diam pula selepas itu. Berfikir sejenak. Sepuluh saat berlalu, Emiir kembali memandang Jelita. "Kampung kau dekat Perak, kan?"

Jelita angguk.

"Kenapa tanya?"

Geleng pula. Aik? Yang pelik-pelik sajalah Emiir ni. Jelita jungkit kening. Tidak mendengar suara Emiir lagi selepas itu. Emiir pun sudah tekan butang kunci. Jelita terus buka pintu kereta. Kali ini ditutup penuh berhati-hati. Tak ada protes dah. Tanpa kerling ke belakang, Jelita terus berlarian anak ke arah Aliah yang setia menunggu di depan sana.

"Pasaipa lama sangat dalam kereta?" soal Aliah penuh curiga. Lengan Jelita disenggol.

"Sibuk jelah kau! Tepilah."

Panjang muncung Aliah. Sempat dikerling pacuan empat roda mewah milik Emiir yang sudah meluncur pergi membelah jalan raya. Langkah Jelita dikejar. Selagi tak dapat jawapan, selagi itulah dia akan kejar Jelita sampai dapat. Hubungan apa yang sedang Jelita jalinkan bersama Raja Emiir Farran sebenarnya? Aliah tertanya-tanya sendiri.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now