B A B 34

16.1K 1.6K 146
                                    

USAI makan malam bersama, Jelita sengaja mengajak Emiir menemaninya menonton televisyen. Memang Emiir menolak dengan alasan ingin menyiapkan kerja di atas. Tapi Jelita pula bersungguh-sungguh mendesak membuatkan lelaki itu mati akal untuk menolak lagi. 'Tadi siang cakap lain, sekarang lain pula. Bukan main dah janji tak akan ganggu aku buat kerja konon!' Besar kecil, besar kecil aje Emiir merenung Jelita di sebelahnya.

"Tengok movie nak?" soal Jelita dengan riak teruja.

Di tangannya sudah memegang plastik keropok kegemarannya. Fasal hal ini... Sebelum makan tadi, Jelita siap tambah satu lagi syarat iaitu Emiir tidak boleh halang dia makan makanan ringan, snek dan makanan segera lagi. Disebabkan malas bertekak punya fasal, Emiir ikutkan saja. Yang penting Jelita tepati janji. Dia amat-amat mengharapkan itu.

"Haih... panjangnya keluh tu. Yalah-yalah, saya tahulah awak terpaksa teman saya. Pergilah hadap kerja awak tu. Saya tengok sorang pun okey je. Macam tak biasa. Selama ni saya sorang-sorang juga tengok TV sambil tunggu suami balik." Sengaja Jelita mengarang ayat-ayat menyedihkan. Wajahnya dibuat-buat sayu. Siap mengelap air mata khayalannya.

"Apalah nasib dapat suami gila kerja. Isteri ada dekat sebelah pun masih juga ingat kerja... kalau pungguk rindukan bulan. Jelita pula rindukan suami. Haih, nasib kaulah Jelita..." Bukan main kuat lagi Jelita melepas keluhan. Suaranya dikuatkan, kalau boleh biar satu rumah dengar.

Emiir pejam mata seketika. Alat kawalan jauh televisyen diambil dari tangan isterinya tanpa banyak bicara. Dia bersandar bagi menyelesakan lagi kedudukan. Sebelah tangan diletakkan ke atas sofa, tepat di belakang Jelita. Kemudian, dia menekan-nekan saja nombor remote secara rawak. Nak tengok apa? Dia bukannya selalu layan benda-benda macam ini. Selalu waktu macam ini, Emiir memang akan berkurung dalam bilik kerjanya saja.

"Cepatlah. Tadi kata nak tengok. Tengok apa ni?" soal Emiir dengan wajah datar. Tangannya masih memegang alat kawalan jauh televisyen.

"Hehehe..." Jelita tersengih. "Tengok movie jom! Saya buka Netflix kejap."

"Nak tengok movie apa?" Jelita pusing kepala memandang Emiir. Dari tadi dia asyik senyum saja. Dia tahu Emiir separuh rela terpaksa melayan dia sepanjang hari ini. Tapi dia kesah apa. Ini Jelitalah! Emiir kan suami dia. Rasanya tak salah pun kalau dia nak bermanja sekali-sekala.

"Buka ajelah apa-apa pun. Aku tak tahu."

"Aku?" Terus mencerlung mata Jelita.

"Ya, ya. Saya tak tahu movie apa yang best. Kau... awak carilah, kita tengok sama-sama." Emiir masih tersasul-sasul menggunakan awak-saya bersama Jelita.

Jelita ketawa apabila melihat Emiir pasrah melayannya. Bahu Emiir ditepuk-tepuk lembut. Mujurlah awal-awal lagi suaminya suruh Eshaq terus naik atas selepas makan. Kalau tak, rasanya makin parah Emiir terpaksa tebalkan muka. Buatnya Eshaq cerita fasal ini kepada Luthfan. Tujuh hari, tujuh malam tak sudah-sudah lelaki itu membahan.

Keadaan menyepi setelah Jelita memasang filem yang ingin ditontonnya. Dia memang suka filem-filem seram. Apatah lagi Emiir pun sanggup menemaninya malam ini, memang dia nak tengoklah. Kalau tiba-tiba ada jumpscare, dia boleh peluk Emiir. Sambil menyelam minum air, tak begitu? Jelita tersengih-sengih membayangkan aksi-aksi manis yang Emiir akan tunjukkan nanti.

"Saya pro tau dengan filem-filem seram! Awak jangan takut pula nanti!" ujar Jelita seakan ingin menakutkan suaminya yang berhati batu itu.

Emiir pula tergaru-garu kening apabila melihat Jelita tersengih-sengih. Mereka tengah tengok filem kelakar ke seram ni? Tergeleng kepalanya. Tidak lama selepas itu, Emiir turut memandang skrin televisyen. Dia melayan saja filem yang sudah separuh ditayangkan tanpa sebarang suara. Ada sesekali terdengar suara Jelita menjerit kecil. Kemudian, dia nampak gadis itu menutup mata apabila muncul wajah manusia hodoh dan menyeramkan di skrin televisyen.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now