B A B 32

13.9K 1.6K 143
                                    

TEPAT jam sepuluh malam, Jelita berdiri terpacak di depan pintu sambil cekak pinggang. Nafas ditarik dan dihembus banyak kali. Sampai terpejam-pejam mata. Selepas menguruskan Eshaq tadi, dia terus turun semula ke ruang tamu. Tak betah menunggu Emiir yang tidak kunjung pulang.

Petang tadi cakap nak jumpa orang sekejap aje. Kenapa sampai dan lewat malam macam ini pun masih belum pulang? Penipu betul. Lelaki semua sama! Kata-kata biasa seorang perempuan.

Tatkala telinga menangkap bunyi enjin kereta dari luar, Jelita terus berdeham kuat-kuat. Tangan naik memeluk tubuh. Gayanya seperti seorang bapa sedang menunggu anak gadisnya yang suka pulang lewat malam. Cuma yang sekarang ini, Jelita sedang tunggu suami. Amnesia agaknya sampai tak ingat jalan pulang!

"Awak pergi mana malam-malam macam ni baru balik?" Buka-buka pintu saja, Emiir telah ditembak dengan soalan maut Jelita.

Lelaki itu tidak hiraukan. Tubuh Jelita ditolak perlahan agar tidak menghalang laluannya. Tali leher dilonggarkan. Letih sebenarnya. Fikir nak membersihkan diri dan menghempaskan tubuh ke atas katil je ni.

Belum pun Emiir melangkah lebih jauh, Jelita terlebih dahulu menarik lengan lelaki itu. Emiir yang berada dalam keadaan tidak bersedia, terus tersandar ke dinding apabila Jelita menolaknya. Gadis itu melekapkan kedua-dua belah tangan ke dinding. Tidak beri ruang untuk dia bergerak.

"Baik awak cakap betul-betul Emiir. Awak jumpa perempuan kan, tadi?" Dalam masa yang sama, Jelita rapatkan hidung ke dada Emiir. Cuba ambil bau tubuh lelaki itu. Tak ada bau yang aneh-aneh. Kemudian, kolar kemeja Emiir diselak-selak. Manalah tahu ada kesan lipstick!

Kan selalu dalam drama macam itu.

"Apa benda kau merepek ni, Jelita Elnara? Aku letih ni, tepilah."

Emiir mengeluh panjang apabila Jelita sengaja mengeraskan tubuh. Gadis itu pandang dia tidak puas hati.

"Saya bagitahu awak ni, Emiir. Jangan main-main dengan saya. Kalau saya dapat tahu awak simpan perempuan lain belakang saya, siap awak! Mandul awak saya kerjakan!" Turun naik dada Jelita.

Kening Emiir terjongket mendengar 'amaran' isterinya. Rasa nak ketawa tapi tak boleh. Kalau tadi Jelita yang mendominasi, sekarang ini, tubuh gadis itu pula yang dikepungnya. Tubuh Jelita dipusingkan sekelip mata saja. Tak sempat Jelita nak memproses apa-apa. Buntang mata gadis itu.

"Kenapa kalau aku simpan perempuan lain pun?" Soalan Emiir seakan-akan mahu mencabar Jelita.

"Awak tu saya punya. Hak saya! Milik saya!"

Tanpa sedar, Jelita terjujur sendiri. Ingatkan nak jerit dalam hati aje. Setelah tersedar keterlanjuran sendiri, dia terus kemam bibir. Mata melilau-lilau memandang benda lain. Asal tidak perlu bertatap dengan Emiir, itu sudah memadai.

"Dahlah, saya nak tengok Eshaq." Tangan diletak ke dada Emiir. Percubaan untuk menolak tubuh suaminya agar 'terbuka' laluan dia melarikan diri. Tak betah direnung sedekat itu oleh encik suami. Nak gugur rasa jantung.

"Kau cemburu?"

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula! Jelita geleng laju-laju. Bersungguh-sungguh cuba menafikan apa yang sudah jelas. Tapi normallah untuk dia rasa cemburu. Emiir ni kan suami dia! Isteri mana yang tak cemburu kalau suami simpan perempuan lain.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now