B A B 1

16K 1.6K 205
                                    

DERINGAN panjang loceng sekolah, menandakan tiba waktu rehat. Tersenyum sendiri dia apabila melihat kanak-kanak dalam lingkungan usia lima tahun itu makan penuh berselera. Satu pengalaman yang takkan terlupakan. Dia amat menyukai pekerjaannya sekarang. Menjadi seorang guru di sebuah tadika swasta, cukup menyeronokkan.

"Teacher!" Tersentak, anak mata mencari punca suara yang memanggil. Lebar bibir tersenyum kepada seorang kanak-kanak perempuan, berambut tocang dua.

"Yes, Leila?"

"Teacher, tengok budak lelaki tu. Dari tadi Leila ajak dia makan sama-sama tapi dia tak mahu. Asyik duduk sorang je. Dia tak mahu kawan dengan Leila ke, teacher?" Bibir halus Leila berceloteh, bercerita tentang seorang kanak-kanak lelaki yang hanya berseorangan di satu sudut. Jelita turut ikut pandang. Kening dikerutkan.

Itu macam murid baru. Patutlah tak ada kawan.

"Takpa. Leila pergi makan dulu. Biar teacher cakap dengan dia, okey?" Terangguk-angguk kepala, Leila meneruskan kembali langkah. Duduk bersama rakan-rakannya yang lain untuk makan.

Setelah memastikan Leila pergi, barulah Jelita buat keputusan untuk mendekati kanak-kanak lelaki tersebut. Memang sah murid baru. Patutlah dia kurang kenal. Setelah bercuti selama satu minggu, baru hari ini Jelita dapat berkhidmat semula. Ada urusan kecemasan di kampung. Kakak sulung dia terlibat dalam kemalangan jalan raya, patah sebelah kaki.

"Hey little boy..." Sapa Jelita ramah.

Namun, kanak-kanak lelaki itu tidak beri reaksi apa-apa melainkan sekadar tunduk kepala. Ada kalanya dia curi-curi pandang teman-teman yang lain. Jelita senyum saja. Sedikit pun tidak terasa dengan tingkah kanak-kanak itu.

"Kenapa tak duduk dengan kawan-kawan lain?" Ruang kosong di sebelah kanak-kanak itu menjadi tempat Jelita melabuhkan punggung. Sesekali dia kerling pelajar yang lain. Seketika kemudian, Jelita kerutkan kening apabila langsung tidak dengar suara kanak-kanak itu. Aik, bisu ke?

"Nama awak apa?"

"Shaq."

"Shaq?" Jelita meminta kepastian.

"Eshaq."

Angguk kepala, Jelita tarik dan hembus nafas perlahan. Mungkin budak seketul ni memang jenis kurang bersosial agaknya. Bercakap pun sepatah-sepatah. Dari cara pemakaian, boleh katakan juga datang dari keluarga senang. Anak orang kaya. Tapi murid di sini pun memang semua datang dari keluarga berada. Cuma yang budak seorang ini, nampak lain sikit.

"Teacher nampak awak belum makan. Awak tak lapar ke?"

Jelas Jelita nampak beria ingin membuatkan budak itu bercakap. Tapi hampa. Eshaq hanya geleng kepala sebagai jawapan. Menggaru kening yang tidak gatal, Jelita kalih pandangan ke arah rakan sekerja dia, Aliah.

"Betul ni tak mau makan?" soalnya sekali lagi bagi meminta kepastian.

Dan respon Eshaq masih sama. Mengeluh panjang Jelita. Tak sangka ada budak perangai macam ini. Selalunya yang dia jumpa terlampau ramah, sampai tak kering gusilah dia ketawa. Tapi kali ini, menakjubkan. Lain maciem.

"Kalau macam tu, teacher pergi sana dulu. Kalau nak apa-apa, Eshaq panggil je teacher, okey?" Rambut Eshaq dielus lembut. Kanak-kanak lelaki itu cuma mengangguk tanpa suara. Kembali menunduk, bermain dengan jemari sendiri. Untuk sekian kalinya, Jelita mengeluh.

Berlalu dari situ, Jelita mencuit kuat bahu Aliah. Tersengih seperti kambing busuk tatkala Aliah hampir tersedak air melow.

"Hang pasaipa dok cuit cuit aku lagutu?" Aliah menjeling Jelita. Kembali menyedut minuman miliknya, sambil itu mata memerhatikan kanak-kanak lain. Risau kot ada yang jatuh ke. Nanti dia juga perlu menjawab dekat orang atasan. Buat naya.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now