B A B 13

12.3K 1.5K 258
                                    

DULANG ditatang bersama satu teko kopi O ke ruang tamu. Beberapa pasang mata mengalihkan pandangan termasuk sepasang mata helang itu. Dari dapur lagi boleh dengar suara abah ketawa-ketawa. Suka betul orang tua itu melayan Emiir.

Mak juga tidak ketinggalan. Gayanya mahu meminang Emiir. Tergeleng kepala Jelita. Mana dia nak letak muka Taylor Swift dia ini nanti? Tidak sangka pula pertemuan mereka kali ini menjadi seperti ini.

Jelita rasa sebal. Menyampah pula bila lihat wajah selamba tidak berperasaan Emiir. Nafas digali sedalam-dalamnya. Dengan lagak perempuan Melayu terakhir, dulang minuman diletakkan perlahan-lahan ke atas meja kopi. Menggigil-gigil tangannya. Seperti terkena sawan parkinson.

Bukan tidak perasan sejak dia tiba di ruang tamu tadi, mata helang Emiir tidak henti-henti menikamnya. Rasa sukar pula mahu bernafas. Tersekat di skala enam. Berdehem-dehem perlahan. Cuba buang butir debar.

"Tuangkanlah sekali, Jelita."

Hendak tidak hendak, Jelita akur. Dia menuang kopi tersebut ke dalam tiga buah cawan lalu diletakkan di depan abah, mak dan berakhir dengan Emiir. Mata tidak diangkat. Lebih rela renung teko kopi.

"Minumlah Emiir. Ni ada kek pandan, Jelita buat petang tadi. Jelita ni kalau buat sesuatu tak pernah mengecewakan. Apa tu orang muda-muda cakap, purrfect."

Pandai-pandai je abah jual saham aku!

"Terima kasih, pakcik."

Terherot-herot bibir Jelita mengutuk Emiir senyap-senyap. Tak percaya langsung bila tengok Emiir versi sopan santun anak Melayu macam ini. Dengan dia, layan acuh tak acuh je. Senyum pun tak nak. Berlagak! Sombong ya amat.

Muka tu kalau tidak, mesti tegang seperti tengah tahan cirit. Suka mengarah orang pulak tu. Dasar Mr. Cold Dictator! Bagus. Jelita sudah ada gelaran baru buat Emiir.

"Sedap, Emiir?"

Emiir diam seketika. Kerling Jelita yang menjeling.

"Sedap pakcik."

'Ye ye je tu. Macam tak ikhlas aje bunyinya.' Getus Jelita di dalam hati. Bila mata mereka bertentang, dia berikan jelingan tajam penuh maut. Emiir seperti biasa tidak melayan. Kembali pandang Pak Jusoh. Lelaki pertengahan usia ini memang peramah orangnya.

"Emiir lama ke dekat kampung ni?"

"Tak kut. Selesai urusan, saya balik semula ke KL. Mungkin dalam dua hari aje," jawab Emiir jujur. Sekali-sekala kerling Jelita. Kemudian, Pak Jusoh kembali.

Abah angguk saja. Fahamlah urusan jejaka muda ini. Dari gaya Emiir, lelaki itu nampaknya bukanlah calang-calang orang. Memang sah dari bandar. Kereta yang dibawa Emiir pun bukan biasa-biasa. Berkilat-kilat dari jauh. Boleh agak lelaki itu datang dari keluarga senang. Harapnya Emiir tak kesah bermalam di rumah serba sederhana mereka malam ini.

Jaizara juga baru menyertai mereka di ruang tamu. Terpegun jugalah dia beberapa saat ketika wajah tampan Emiir menyapa pandangan. Sekejap. Macam kenal. Mata dikelipkan beberapa kali.

"Kamu tercegat apa dekat situ, Zara. Duduklah," tegur abah.

Jelita pandang kakak hairan. Kemudian, pandang Emiir yang dipandang oleh kakak. Sudah kenapa pulak? Jangan cakap kakak terkena sindrom cinta pandang pertama sudahlah. Emiir lamar dia dulu tahu! Ehh...

"Ni...ni Raja Emiir Farran, kan?" Jaizara masih tidak percaya.

Lelaki yang dia pernah lihat dalam majalah hiburan Bintang Global beberapa hari lalu, kini ditatap dengan mata kepala sendiri. Demi Tuhan, Jaizara terasa mahu rebah. Emiir ni sudah boleh dikatakan antara bintang global Malaysia. Lelaki itu sering menjalani penggambaran Men Fashion di luar negara.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now