B A B 2

14.8K 1.5K 266
                                    

MEMANDANG penuh rasa takjub. Tak henti-henti bibir melafazkan kata pujian. Jelita rasa tak percaya hari ini dia dapat mengisi perut kosong di sebuah Restoran Lima Bintang Kaisa. Sebuah restoran ternama yang baru saja dibuka dan dirasmikan oleh pemilik restoran ini awal tahun hari itu. Jika tidak kerana Aliah, bangun tidur semula pun belum tentu dia dapat jejak kaki ke restoran ini. 

Kata Aliah pemilik restoran ini sangat misteri orangnya. Tak ada sesiapa tahu identiti sebenar dia kecuali pengurus besar restoran ini. Ketika hari perasmian tempoh hari pun, pemilik restoran ini datang dengan memakai topeng muka ala-ala Encik Mimpi tu! Bajet retislah tu! Sempat Jelita buat andaian sendiri.

Sekali lagi mulut Jelita terbuka kagum apabila beberapa orang lelaki lengkap dengan pakaian ala chef, siap pakai topi warna putih yang tinggi tu, keluar seorang demi seorang dari ruang masak dengan menolak troli makanan. Hampir berair mulut Jelita tatkala aroma masakan tersebut menusuk ke rongga hidung ketika mereka berjalan melepasi meja yang didudukinya.

"Weh! Itu...itu bukan ke..." 

"Apa? Siapa? dah macam jumpa anak raja je gaya kau ni," ucap Jelita kehairanan. 

"Memang anak raja pun!"

"Raja mana? Raja Kapor?" Jelita ketawa-ketawa. Namun, sejenak tawanya mati apabila melihat wajah serius Aliah. 

Lantaran rasa tertanya-tanya yang begitu tinggi, Jelita pusingkan tubuh menghadap belakang. Kening nipisnya bertaut apabila melihat dua orang lelaki korporat sedang duduk di satu sudut meja sana. Tapi yang Jelita pandang bukan lelaki-lelaki  itu tetapi seorang kanak-kanak lelaki yang duduk bersama mereka. 

"Itu Eshaq kan? Apa dia buat kat sana?" soal Jelita kepada Aliah yang tidak pudar-pudar senyumannya. 

Merasa diabaikan, Jelita cubit paha kanan Aliah. Sakit hati apabila soalannya dibiarkan tanpa jawapan. Wajah mencerut Aliah dibalas dengan jelingan manja. Mata dibulatkan biar nampak garang. Tak mahu Aliah abaikan dia. Jelita benar-benar terdesak inginkan penjelasan. 

Aliah pula, apabila melihat wajah tertanya-tanya Jelita terus hamburkan tawa lepas. Sibuk pula nak ambil tahu pasal orang. Sebelum ini berlagak sangat kan! 

Telefon pintar dikeluarkan dari beg tangan berjenama Bonia. Aliah memang menyokong kempen beli barangan tempatan. Itu sebab dia memilih beg tangan jenama tempatan ketika ulang tahunnya yang ke-21 tahun lalu. Jelita mengerling Aliah tanpa suara. Melihatkan temannya itu sibuk mengetik sesuatu pada skrin telefon, dia mengeluh. 

Takpe! Takpe! Tak nak bagitahu takpe! Kata kawan.

"Ni tengok!" Aliah menyua telefonnya kepada Jelita. Gadis itu ambil tanpa suara. Meneliti laman berita atas talian yang terpapar di skrin telefon itu. Ada gambar seorang lelaki yang begitu mirip dengan salah seorang lelaki di sebelah Eshaq tadi.

"Raja Emiir Farran?" soal Jelita meminta kepastian. 

"Yes! Itulah Raja Emiir Farran, bapak si Eshaq tu."

Jelita mengangguk faham. Telefon pintar Aliah dipulangkan semula lalu memusingkan kembali wajah ke belakang. Tatkala itu, Jelita terpana saat anak matanya bertembung dengan anak mata hitam pekat itu. Liur ditelan payau. Demi Tuhan, Jelita nak tengok Eshaq je!

Cepat-cepat Jelita kalihkan tubuh. Berdehem-dehem perlahan ingin menenangkan kembali degup jantungnya yang laju. Adrenalin yang mengalir laju ke pembuluh darah wajah membuatkan pipi Jelita berona merah. Tak perlu pakai pemerah pipi pun tak apa.

"Yang kau blushing tiba-tiba ni kenapa?" Jelas Aliah dilanda kehairanan. 

"Hah?" Jelita tarik sengih tidak bersalah. "Mana ada aku blushing! Pa...panaslah. Aku panas ni ha. Eh kau tak panas ke?" Tangan mengibas diri sendiri, seolah-olah dia benar-benar kepanasan.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now