B A B 16

12.6K 1.4K 240
                                    

KEMBALI bekerja seperti biasa. Jelita ketawa lepas melihat Aliah hampir tersadung akibat berkejaran dengan Leila. Budak perempuan itu turut ketawa riang. Sukalah bila Aliah melayan kerenahnya.

Tidak lama selepas itu, Jelita terpandang ke satu arah. Dia yang tadinya meletak kepala ke atas meja, tahan mengantuk, terus tercelik. Duduknya jadi tegak. Terus berdiri di sisi meja itu.

"Good morning teacher!"  Sapa Eshaq ceria.

Mana tak cerianya. Budak ni angkut sekali bapak dia masuk dalam. Jarang sangatlah nampak Emiir hantar Eshaq ke tadika. Memang jarang. Atau lebih tepatnya, macam tak pernah ada.

Eshaq melambai. Pandangan masih melurus kepada Jelita yang kekal statik di sisi meja. Keningnya berkerut. Dipandang dua orang dewasa yang saling berpandangan itu bersilih ganti. Kelopak mata terkedip-kedip.

Kejap tengok daddy. Kejap tengok mummy— emm maksud dia cikgu cantik.

"Teacher tak mau balas good morning juga ke? Penat Shaq tunggu tapi teacher pandang daddy je."

Hampir tersedak liur Jelita dibuatnya. Amboi, tak bertapis langsung kata-kata Eshaq. Bebola mata meliar ke sekeliling. Sebelum matanya bertentang dengan Aliah di sudut sana, dia sedut nafas puas-puas dulu.

Boleh bayangkan tak cara Aliah pandang dia dengan jegil mata, cekak pinggang. Macam dia buat masalah besar. Pandangan curiga. Ini mesti sebab Aliah dengar apa yang Eshaq cakap tadi.

Botol air mineral 500 mL diambil. Diteguk perlahan-lahan bagi melegakan tekak.

"Teacher suka daddy ehh?"

"Uhukk! Uhukk!"

Kali ini betul-betul terbatuk. Tidak dapat dibendung lagi rasa malu. Wajah Jelita terus merah bila disoal begitu. Sementelahan yang menyoal itu ialah Eshaq. Anak Emiir ni kan, pandai-pandai aje.

Eshaq ketawa-ketawa. Tangan Jelita dipegang lalu kepala disengetkan. Mencuri-curi pandang Jelita yang tertunduk sambil tahan sisa batuk. Dia tarik sengih bila gadis itu cuba larikan mata. Tidak mahu bertentang mata.

"Ermm, Shaq pergilah letak beg dulu," arah Jelita perlahan.

Sejak bila kau jadi perempuan melayu terakhir ni Jelita? Ni semua sebab Emiir! Pandang aku macam nak telan. Getus hati kecilnya. Sempat menggerutu mengatakan yang salahnya ialah Emiir.

Perempuan tak salah!

Berlarian anak Eshaq ke arah Aliah yang sudah menunggu. Ada Leila di sebelahnya. Budak perempuan itu melambai Eshaq malu-malu. Terkedip-kedip kelopak mata bila Eshaq terus jalan melepasinya tanpa balasan.

Sesudah figura Eshaq hilang dari pandangan, mata diseret kembali memandang Emiir. Rasa kekok pula berdepan dengan lelaki itu sejak insiden di kampung dua hari lepas.

Sengih janggal.

"Saya masuk dalam dululah," pamitnya laju-laju.

Berura-ura ingin pusingkan tubuh, namun pergerakannya mati apabila dengar suara serak-serak basah Emiir. Tak jadi berpusing. Kembali menghadap lelaki itu dengan kening terangkat sebelah.

"Jelita."

Uish, kenapa macam seksi ya bunyi nama dia bila disebut oleh Emiir?

"Ya?"

"Tolong tengokkan Eshaq untuk aku." Emiir titipkan pesan. Benar-benar memaksudkannya. Jujur dan ikhlas dari lubuk hati.

Sepenggal senyuman terbit di hujung bibir. Anak mata polosnya menikam lembut anak mata orang yang jauh lebih tinggi itu. Terpaksa melangut. Barisan gigi putihnya dipaparkan kepada Emiir. Senyumnya juga ikhlas.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now