"Puan, tak apa ke ni? Kalau tuan marah saya macam mana?"

"Lahhhh... kenapa pulak dia nak marah? Ini kan memang tanggungjawab saya. Mak cik jangan risaulah. Lagipun, saya dah maklumkan awal-awal dekat Emiir yang mulai pagi ni saya akan masak. Mak cik duduk je diam-diam dekat depan, okey?" ujar Jelita sambil senyum lebar kepada Mak cik Yah. Bahu wanita separuh usia itu ditepuk perlahan.

"Kalau puan dah cakap macam tu... baiklah. Tapi kalau ada apa-apa puan nak mak cik tolong, panggil aje tau."

Jelita angguk saja. Setelah Mak cik Yah berlalu ke ruang tamu, dia terus memakai apron. Pagi ini dia nak masak yang ringkas-ringkas saja dulu. Nasi goreng kampung dan bihun goreng. Makanan kegemaran dia juga tu. Kalau Emiir, dia tak tahu menahu sangat pagi-pagi lelaki itu suka makan apa. Masak ajelah. Nak tak nak, Emiir perlu makan juga kan? Jam sudah hampir menginjak pukul 7.40 pagi.

Satu mangkuk sederhana besar nasi goreng kampung dan bihun goreng dihidangkan ke atas meja. Tidak lupa juga, seteko kopi dan susu coklat khas untuk Eshaq. Semuanya sudah dihidangkan kemas-kemas. Usai itu, Jelita kembali ke dapur sambil mencuri-curi pandang ke arah tangga. Nampaknya masih tiada Emiir atau Eshaq yang sudah turun. Dia membuka satu laci dan mengambil sesuatu dari dalam itu. Kemudian, Jelita mengambil segelas air masak.

Tidak lama selepas itu, Emiir turun bersama Eshaq ke ruang makan. Apabila melihat isterinya masih berada di dapur, Emiir tidak terus duduk. Hanya Eshaq yang sudah mengambil tempatnya. Emiir melangkah ke arah Jelita yang sedang membelakanginya. Keningnya bertaut apabila Jelita seakan-akan terkejut benar apabila dia menyentuh bahu isterinya itu. Jelita tersentak. Dia cepat-cepat memasukkan benda di tangannya itu ke dalam poket seluar.

"Eh awak! Terkejut saya tau..." ujar Jelita sambil mengurut dadanya. Muka memang nampak terkejut habis.

"Buat apa tu?" soal Emiir dengan riak tertanya-tanya. Kenapa Jelita nampak seperti sedang menyembunyikan sesuatu?

"Tak ada apalah. Ahh! Jomlah makan. Nanti lewat pula awak masuk office. Eshaq pun dah tunggu tu. Saya masak sendiri tau breakfast hari ni!" kata Jelita penuh teruja.

Jelita menarik tangan Emiir ke meja makan. Tubuh suaminya ditolak supaya duduk di sebelah Eshaq. Kemudian, dia berdiri di sisi meja dengan senyum yang tidak lekang. Emiir sedikit hairan dengan tingkah isterinya. Tapi tak mahu pula dia bertanya lebih lanjut. Dia membiarkan Jelita menuangkan secawan kopi kepadanya. Apabila anak mata mereka bertentang, Emiir hampir terbatuk kerana Jelita selamba mengenyitkan mata. Siap dengan pakej senyum-senyum nakal mengusik lagi.

"Awak nak nasi atau bihun?" soal Jelita apabila melihat suaminya mengalih pandangan ke arah Eshaq pula. Dia diam-diam menahan tawa yang ingin meletus. Lucu betul reaksi suaminya tadi. Alahai, itu baru dia kenyit mata. Belum buat apa-apa pun lagi. Takkan dah bergegar iman? Kahkahkah!

"Apa-apa ajelah. Ni, boleh tak kau stop senyum macam tu? Gatal sangat rupanya. Macam kucing nak mengawan."

"Kau...? Again my hubby. Jangan cari fasal pagi-pagi ni."

Emiir mengeluh setelah tersedar ketersasulannya. Dia tahu Jelita memang sengaja. Tengok dari senyum penuh makna gadis itu pun, dia sudah dapat agak. Saja nak buat dia hilang kesabaran di depan Eshaq. Kalau tidak difikirkan perjanjian remeh mereka semalam, memang rasa nak sumbat Jelita dalam guni beras. Tak boleh behave langsung. Ada saja kerenah isterinya itu. Sehari kalau tak buat sesuatu yang aneh-aneh, bukan Jelitalah namanya.

"Cepatlah cedok bihun tu. Kejap lagi lambat pula masuk office. Takut jammed lagi." Emiir beralasan.

Jelita ketawa mendengar kata-kata suaminya. Eleh, takut jatuh air muka depan anaklah tu! Ke takut kantoi dengan Luthfan? Kahkahkah! Dia mencedok bihun goreng ke dalam pinggan Emiir. Diikuti dengan Eshaq. Usai itu, dia melabuhkan punggung berhadapan Emiir.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now