"Duduk. Aku tak suruh pergi, kan?" Tegas nada Emiir.

"Awak nak saya buat apa tunggu dekat sini? Bukan saya boleh buat apa pun. Tahu tak saya letih baru habis kerja? Nak kena melanguk tunggu awak lagi."

Emiir diam. Mendengar bebelan isterinya yang mungkin tak kunjung sudah nanti, dia terus bangkit dari kerusi. Kaki dihayun ke arah sebuah pintu lain di dalam bilik pejabat ini. Pintu itu dibuka luas, lalu mata memanah wajah kehairanan isterinya.

"Masuk dalam ni. Rehat. Tidurlah dulu kalau nak. Nanti aku dah siap kerja, aku kejut."

Bulat mata Jelita. "Wah! Ada katil? Awak tidur dekat office ke apa sampai perlu simpan katil dalam ni?" Teruja pula Jelita setelah masuk ke ruangan itu.

Tidaklah besar mana. Tapi cukup menempatkan sebuah katil bujang dan sebuah sofa panjang. Ruang dalaman pun terlihat cantik dan unik. Boleh relaks-relaks dalam ni. Jelita senyum apabila melihat Eshaq sudah berlari masuk dan memanjat naik ke atas katil.

"Waktu Eshaq kecil aku selalu bawa dia ke sini. Tu tempat dia. Kadang, aku jarang balik rumah," jelas Emiir kepada pertanyaan isterinya.

Jelita angguk. Patutlah pun.

"Pergi masuk. Aku ada kerja lagi ni."

"Kejap." Lengan Emiir dipegang. Menghalang lelaki itu daripada melangkah ke arah meja kerjanya semula. Sengih kambing diberikan kepada encik suami.

"Saya masih tak faham. Kenapa awak suruh kami datang sini sedangkan awak pun ada banyak kerja."

Agak lama Emiir renung ke dalam anak mata Jelita. Tangan gadis itu ditepis perlahan.

"To boost my energy." Perlahan sangat suara Emiir. Lebih kepada bergumam dan berbisik kepada diri sendiri. Terkerut-kerut kening Jelita cuba mendengar. Tapi memang tak dengar langsung.













SKRIN laptop ditutup. Merasa sedikit lenguh pada wilayah leher dan bahu, jemari memicit-micit lembut di situ. Mata dipejam sebentar sambil bersandar. Jarum jam sudah bergerak hampir ke pukul lima setengah petang. Tidak menunggu lama, punggung dijauhkan dari kerusi. Kaki dibawa melangkah ke arah ruang rehat di dalam bilik pejabatnya ini.

Buka pintu saja, figura anak dan isterinya yang sedang lena sambil berpelukan di atas katil itu menyapa pandangan. Tanpa sedar, Emiir ukir senyum yang teramat nipis. Kaki maju masuk lebih dalam. Berdiri di sisi katil, jemarinya terus mengusap kepala Eshaq.

Daripada Eshaq, lalu mata berkalih pada Jelita. Anak rambut yang menutupi dahi gadis itu diselak ke belakang telinga. Kepala isterinya juga diusap lembut. Tidak lama kemudian, bahu Jelita digoyang-goyangkan perlahan. Sedap pula tidur sampai tak mahu bangun-bangun ni.

"Wake up, Elnara." Suara serak-serak basahnya tidak mengejutkan Jelita. Malah, Eshaq yang terjaga. Terpisat-pisat budak itu menggosok mata.

"Kejutkan mummy. Daddy tunggu di luar."

Tidak menunggu lebih lama, Emiir terus berlalu keluar. Eshaq pandang sebelah. Pipi mummy disentuh sebelum bibirnya berlabuh di situ untuk beberapa saat. Lengan mummy digoyang perlahan.

"Mummy bangun. Daddy nak balik dah tu..." Pipi Jelita dicium sekali lagi. Sampailah kelopak mata Jelita bergerak-gerak, barulah Eshaq berhenti. Budak itu tersenyum lebar apabila mummy bangkit dari pembaringan.

"Nak balik dah ke?" tanya Jelita masih sedikit mamai. Rambut yang kusut, dia betul-betulkan. Diikat satu tocang ekor kuda.

Eshaq angguk. "Daddy tunggu dekat luar."

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora