"Can you knock the door first, Mr. Luthfan Haris?"

Jemari Emiir yang sedang menekan-nekan papan kekunci laptop terhenti. Tapi kepala masih tidak diangkat untuk memandang gerangan yang sedang berdiri di muka pintu itu. Kalau yang masuk jenis senyap-senyap macam ini, sah Luthfan seorang je. Orang lain mana berani.

Luthfan ketawa kecil. Berjalan lagi ke depan. Jelita dan Eshaq mengekor saja dari belakang. Fail hitam yang diminta oleh Emiir awal tadi, dia letak ke atas meja, di depan Emiir. Tetapi lelaki itu sikit pun tidak memandangnya. Masih setia merenung skrin laptop yang sedang menayangkan graf profit turun dan naik syarikat untuk bulan ini.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, kau dipersilakan keluar." Beku nada Emiir.

Sesekali, bingkai cermin mata yang sedikit melorot ke batang hidung, ditolak dengan jari telunjuk. Jelita tak pernah tahu Emiir rabun. Patutlah tak nampak isteri dia yang cantik jelita ni, buta rupanya... eh! Rabun, ya rabun.

"Ya, nak keluarlah ni. Ni, aku tinggalkan kesayangan-kesayangan kau. Bye!" Sejurus itu, Luthfan terus melangkah keluar dan menutup pintu rapat-rapat. Dia sempat mengenyit mata kepada Jelita yang kelihatan terpinga-pinga.

"Berapa lama saya perlu berdiri macam ni, encik?"

Kejap. Suara macam kenal. Jemari Emiir sekali lagi terhenti. Kali ini dia terus mendongak. Cermin mata dibuka apabila melihat Jelita yang sedang menjongket-jongket kening. Lalu, matanya jatuh pula pada Eshaq yang sedang melambai tangan kecilnya tanpa suara dari balik tubuh isterinya.

"Sejak bila kau ada dekat situ?" soalnya agak terkejut. Tapi Emiir pandai kawal ekspresi. Tak nampak terkejut pun. Reaksi biasa saja. Beku dan stoic.

"Sejak saya ada dekat sinilah," jawab Jelita bodoh.

"Duduklah. Berdiri buat apa?"

"Dia yang tak suruh orang duduk." Jelita lempar jelingan maut kepada Emiir. Tapi lelaki itu tidak layan. Kembali merenung skrin laptopnya tanpa suara.

"Dah suruh kan?"

Terdengar bunyi keluhan panjang Emiir.

"Awak ni menyakitkan hatilah. Rasa nak cubit-cubit je..."

"Diam." Cukup itu, kata-kata Jelita terhenti.

Punggung dihempas kasar ke atas kerusi berhadapan dengan Emiir. Tangan memeluk tubuh. Pandang Emiir tajam-tajam. Besar kecil, besar kecil aje dia tengok suaminya sekarang ini. Panas pula hati tidak semena-mena. Dia yang suruh orang datang sini, disuruhnya orang diam pula.

'Habis tu sekarang ni aku nak buat apa? Nak kena tenung je muka Emiir ke macam mana ni?' Berperang dengan di dalam hati.

"Ada hal apa awak suruh saya datang ni?" soal Jelita setelah mendiamkan diri selama lima minit. Emiir pun diam aje. Dah macam tugu negara dia tunggu ni. Tapi sepatah haram pun Emiir tak cakap apa-apa.

"Takda apa. Saja."

Saja?! Emiir cakap saja-saja? Wah, rasa nak meletus-letus gunung berapi di hati ni.

Dengan hati berbahang, Jelita terus bangkit dari kerusi. Diikuti Eshaq yang langsung tidak mengerti. Buat-buat tak faham jelah. Tangan mummy dipegang lembut. Tak nak mummy marah-marah. Syerammm perempuan marah ni. Apabila melihat daddy pandang mummy dengan kerutan di dahi, Eshaq peluk kaki mummy. Alahai, manja sangat ni.

"Nak ke mana?" Emiir hilang fokus daripada terus menaip. Tatap kembali Jelita yang sedang berdiri tegak di sisi meja kerjanya dengan wajah masam. Apa masalah pula perempuan ni?

"Balik!" jawab Jelita sambil merengus.

Sejurus itu, dia berpusing membelakangi Emiir untuk menuju ke arah pintu. Tapi belum sempat buat apa-apa, suara tegas Emiir menyapa telinga. Terus hilang rasa marah. Sekarang rasa nak menjerit-jerit kegeraman. Geram sangat-sangat dengan perangai mengada-ada Emiir ni!

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now