Jelita menjeling lagi. Emiir pula memandang kosong tanpa ekspresi. Kalau boleh kelat, secawan kopi tanpa gula pun boleh dijadikan contoh muka Jelita saat ini. Sakit hati pun ada. Selamba sangat suami dia.

Melayang semua rasa takut awal tadi. Sekarang rasa nak meletus-letus kegeraman terhadap suaminya. Tanpa topeng gentar, Jelita menghadapkan tubuh tegak di hadapan encik suami. Siap silang tangan ke dada. Wajah didongak. Menentang manik hitam sepekat kegelapan malam yang kini menikam wajahnya.

Perlahan, bebola mata Emiir menatap tubuh isterinya atas dan bawah. Tidak dapat diteka apa yang sedang bermain di fikiran lelaki itu. Kosong.

"Kenapa pandang saya macam tu?" Jelita bawa diri menuju ke katil. Tak betah pula membiarkan Emiir menatap dia macam itu. Boleh meletup jantung dia kalau dibiarkan lama-lama.

Tidak lama selepas itu, Emiir juga hayunkan kaki ke arah katil. Melabuhkan punggung di ruang kosong di sebelah isterinya tanpa kata. Melihat Jelita mengesotkan tubuh ke tepi, dia terus tahan tangan gadis itu. Menariknya lebih rapat dan rapat.

"Awak nak apa ni, Emiir?" soal Jelita perlahan seraya mengalihkan pandangan ke arah lain.

Terdengar Emiir mengeluh. Mungkin berat menanggung. Mungkin ada sesuatu yang harus dikongsi? Entah. Jelita tidak pasti. Yang pasti, telinganya sudi terbuka mendengar kalau Emiir rela untuk bercerita.

Tunggu punya tunggu, lelaki itu diam saja. Mungkin tak sudi agaknya berkongsi kisah. Dia tak mahu paksa. Kalau Emiir dah sedia, pasti lelaki itu akan buka mulut juga. Satu hari nanti, mungkin.

"Ada sesuatu aku nak cakap."

"Nak cakap apa... cakaplah. I'm listening." Jelita kalih sedikit mata menghadap sisi wajah suaminya. Menunggu lagi.

"Pasal aku..."

Trut... trut... trut

Bunyi mesej masuk menghentikan percakapan. Emiir membiarkan Jelita menghidupkan kuasa telefon bimbit. Melihat garis-garis kerut di dahi isterinya, buat dia tertanya-tanya pula. Tidak lama selepas itu, Jelita menekan-nekan papan kekunci telefon. Menekan butang hantar dan menyimpan telefon bimbitnya kembali.

"Siapa mesej?" tanya Emiir ingin mengetahui.

"Oh, tak penting pun. Cuma kawan sekolah lama saya. Dia orang nak buat reunion batch akhir kita orang. Saya malas sebenarnya nak pergi tapi dah tak ada alasan untuk tolak. Semuanya saya dah guna tahun-tahun sebelumnya."

"So, kau pergi?"

"Saya kena minta izin awak dululah. Boleh ke saya pergi?" Jelita jongket kening.

Emiir sekadar angkat bahu. Tiada kepastian.

"Kalau nak pergi, pergi ajelah. Venue dekat mana?"

"Kejap. Entah apa nama tempat dia tadi." Geledek telefon bimbit semula. Selepas itu, Jelita halakan skrin telefonnya ke depan wajah Emiir.

"Island Hotel & Suites Sabah?" sebut Emiir sambil mata melurus pada skrin telefon isterinya.

Jelita mengiyakan. Angguk dengan sengih. Wajah tidak berekspresi lelaki itu sikit pun tidak membantu. Tak pasti jawapannya Emiir bagi ke tidak.

"Tak jauh pun. Sabah aje."

Emiir angguk membenarkan. Mengundang senyum di bibir Jelita. Sebenarnya, dia pun tak suka sangat apabila mengingatkan dia perlu bertemu dengan manusia-manusia paling menyakitkan hati di sana nanti. Tapi untuk menolak, dia memang sudah kekeringan idea. Alasan yang dia beri semua sudah basi.

"Awak nak cakap pasal apa awal tadi? Sambunglah. Saya dengar." Baru Jelita teringat topik yang belum sempat habis tadi.

"Nevermind. Tak penting."

Pulak dah! Jelita garu kening.

"Kalau macam tu, pasal petang tadi... awak tak marah kan? Tak payahlah marah-marah. Nanti cepat tua. Hehehe... Saya nak ke bilik air kejap. Bye!"

"Aku tak suruh kau pergi lagi." Ditarik kembali Jelita supaya duduk di sebelahnya. Wajah cemberut gadis itu sekadar dipandang tanpa perasaan. Lengan Jelita dipegang erat-erat. Tak bagi lari.

"Kau nak pergi honeymoon ke?"

Terbatuk-batuk Jelita mendengar soalan Emiir. Apesal tiber sangat soalan tu? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba tanya pasal bulan madu. Cuti kahwin pun nak habis. Insya-Allah, lusa dia akan masuk kerja semula. Baru nak tanya pasal bulan madu? Pigidah!

"Bonda yang suruh." Sambung Emiir lagi. Menjelaskan lebih terperinci.

"Tapi cuti saya dah nak habis. Awak pun sibuk. Tak payahlah honeymoon bagai. Nak honeymoon dekat rumah pun boleh. Sekarang pun boleh, tahu?"

"Sekarang?" Laju kepala Emiir tegak dengar kata-kata isterinya.

Jelita baru tersedar. Tangan Emiir di lengannya, dia tolak perlahan-lahan. Punggung mengesot jauh sedikit. Rasa semacam pula. Dia berdeham sekali lalu bermain dengan rambut yang menjuntai di bahu.

Getah rambut ditarik dari pergelangan tangan. Nak tocang rambut. Gementar pula rasa. Bukan selalu dia rasa macam ini dengan Emiir. Ceh, padahal selalu. Tapi muka tenang Emiir buat dia tidak jadi tunjuk butir kegelisahan. Nanti Emiir tuduh dia fikir bukan-bukan lagi.

"Haaa..."

"Betul, sekarang?" Menginginkan kepastian. Emiir sentuh bahu Jelita.

Senyum miring terukir di bibir. Tengok muka yang hampir pucat itu pun, Emiir sudah dapat agak. Bukan dia betul-betul serius pun. Punggung dijauhkan dari birai katil. Melangkah dua tapak ke belakang dengan tangan memeluk tubuh.

"Aku lepaskan kesalahan kau kali ni. Buat lagi, pandai-pandailah tanggung." Usai itu, Emiir terus melangkah keluar dari bilik.

Jelita tak halang. Waktu-waktu macam ini Emiir memang suka berkurung di dalam ruang kerja lelaki itu. Biasanya Emiir akan masuk tidur pada jam sebelas atau jam dua belas tengah malam. Awal-awal macam ini, jangan harap boleh tengok batang hidung lelaki itu berbaring di atas katil.

Nanti kalau dah siap kerja, pandai-pandailah Emiir masuk tidur. Tapi kadang-kadang itu, Jelita ada juga jenguk Emiir di pejabat mini lelaki itu, selang dua buah bilik. Hantar air Nescafe dan kemudian masuk bilik tidur semula.

"Geramnya ishhh! Gigit karang!" Rungut Jelita sambil tumbuk bantal. Membayangkan muka Emiir di bantal itu.



 Membayangkan muka Emiir di bantal itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mr. Cold Dictator,
19  May 2022



A/N: Author tukar umur Jelita sikit.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now