"What makes you think that?"

Lain yang ditanya, lain yang dijawab. Sejujurnya, Jelita tak faham langsung apa maksud Emiir. Sudu diletakkan kembali ke dalam pinggan. Sempat meneguk segelas air kosong sebelum bertatapan dengan suaminya kembali.

"Maksud awak?" Bukan tak faham bahasa Inggeris. Tapi dia tak faham maksud tersirat di sebalik kata-kata yang kedengaran seperti sindiran itu.

"Kesalahan tetap kesalahan. You must face the consequences of your actions."

Dan lidah Jelita terus kelu mendengarkan itu. Aduh, masak aku!

"Tapi awak..."

"Habis makan tunggu aku dalam bilik. Eshaq, nanti terus naik atas." Selamba memotong percakapan Jelita.

Emiir melepas keluh panjang. Tak tahu apa benda yang dia sedang lakukan ini. Nasinya sudah habis. Dia menyudahkan suapan terakhir dan meneguk air. Lalu menolak kerusi ke belakang. Tanpa suara, dia hayun kaki ke arah singki. Meninggalkan Jelita dan Eshaq yang sedang saling berpandangan saat ini.

"Ayokkk.... Habislah mummy." Boleh dengar suara Eshaq mengusik Jelita. Siap terkekeh-kekeh selepas itu. Dia diamkan saja. Selesai basuh tangan, tubuh dipusing dan terus berlalu dari ruang makan.

Jelita hantar langkah pemergian suaminya dengan hujung mata. Diam-diam mengeluh panjang memikirkan dia perlu menghadap 'raja' diktator kuku besi seorang itu sebentar lagi. Harap-harap Emiir tak bertindak macam-macam. Gila. Boleh hilang akal Jelita jadinya kalau terlalu banyak berfikir tentang lelaki itu.

"Shaq temanlah mummy."

"Mana boleh. Kan daddy suruh Shaq terus masuk bilik." Eshaq seronok melihat wajah mencuka Jelita. Ketawa-ketawa budak itu.







SEPERTI arahan Emiir, habis saja makan dia terus bergegas naik ke bilik tidur mereka. Nafas ditarik panjang-panjang lalu dihembus dengan mata terpejam. Berharap tiada kejadian-kejadian aneh akan berlaku malam ini. Dia sudah berfikir macam-macam sejak sepuluh minit lepas tadi lagi.

Pintu sudah dibuka. Kaki pun sudah melangkah setapak demi setapak tanpa menghasilkan bunyi. Berjengket-jengket gaya seperti seorang pencuri. Emiir suruh tunggu lelaki itu dalam bilik. Bermakna, Emiir masih belum masuk lagilah, kan?

Mata meninjau-ninjau ke dalam bilik air dan balkoni. Tiada kelibat suaminya di sana. Lalu bibirnya merekah dengan senyum kecil. Lega. Jantung yang berdegup-degup tidak beritma tadi sudah kembali normal rentaknya. Emiir tak ada pun. Tipu aje. Saja nak takut-takutkan dia.

Tubuh dipusing untuk menuju ke katil. "Abahhhh!"

Jelita terundur dan hampir berlanggar dengan perabot di belakang. Mujur Emiir sempat memaut pinggang isterinya. Berkerut-kerut kening tebal itu melihat wajah pucat Jelita. Siap berpeluh-peluh. Macam orang baru lepas nampak hantu pun ada gayanya.

"Dah kenapa kau ni?" Tangan masih memaut kuat.

"Saya terkejut... Kenapa awak berdiri belakang saya tak bagi salam dulu? Kalau saya ada heart attack tadi macam mana?!" Bahu Emiir dipukul tiga kali. Geram punya pasal.

"Jadi duda lagilah..."

Jelita buang nafas kasar. Dijeling-jeling suaminya tajam. Rasa nak hempuk-hempuk je lagi muka lelaki itu. Selamba badak gila. Tangan masih kemas berlingkar di pinggangnya. Tak reti nak lepas agaknya.

"Lepaslah..."

Dan barulah Emiir lepaskan jemarinya dari pinggang cik isteri. Bukan salah dia pun. Jelita yang terkejut sangat seperti nampak hantu. Bukan gadis itu tidak sedia maklum, dia suruh tunggu. Maknanya, nanti dia akan datang.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now