"Saya nak tidur katil lain."

Mendengar permintaan penuh dominasi itu, anak mata Emiir turun naik merenung tubuh Jelita. Yang dia agak, tinggi Jelita dalam 159 cm, seberat 52 kg. Bukan besar mana pun. Kalau dia angkat, siap boleh dilempar-lempar lagi.

"Katil tu dah cukup besar. Kenapa nak tidur katil lain? Kau besar kalah gergasi ke sampai tak cukup satu katil?"

"Hei mulut awak ni kan! Saya nak tidur katil lain sebab saya takut kaki saya naik lagi atas perut awak. Itu mujur kaki saya je. Kalau dengan saya satu badan naik atas awak, haaa..."

"Haaa, apa?" Emiir mula angkat sebelah kening tebalnya.

Melihat Jelita yang sudah terdiam tanpa diksi, Emiir berjalan lagi setapak demi setapak mendekati isterinya. Gadis itu langsung tidak bergerak walau seinci. Masih gagah berani berdiri di posisi asal. Tapi dari seraut wajah bujur sirih gadis itu, dia tahu ada butir gugup mula bercambah.

Makin rapat. Tinggal sejauh setapak lagi. Tapi Jelita masih tidak berganjak. Sudut bibir Emiir diam-diam ternaik sedikit. Hanya sedikit. Bahkan, tidak nampak pun yang sebenarnya lelaki itu sedang tahan diri untuk senyum sinis. Seolah-olah kosong renungan sang pemilik mata helang itu.

"Sambunglah apa yang kau nak cakap."

Jelita geleng kepala laju-laju sambil kemam bibir. Tangan diam di sisi tubuh. Dia ramas-ramas sisi blouse yang dipakainya. Jantung sudah mula melakukan senaman. Dup dap, dup dap lebih laju dua kali ganda dari biasa.

"Do you want to sleep together? I mean... sleep..." Suara rendah serak basah Emiir kedengaran mengintimidasi.

"Sleep...? Did you mean..."

Tangan Emiir sudah menyentuh pinggang Jelita. Sengaja menarik tubuh isterinya lebih rapat. Lebih erat. Lebih menambah-nambah debar di hati gadis itu. Boleh nampak dada Jelita sudah turun naik. Gelisah tidak semena-mena. Sedangkan Emiir masih bereaksi biasa.

"Emiir... I warn you. Jangan berani buat bukan-bukan. Kalau tak, saya..."

"Saya?" Emiir pantang dicabar.

"Nak jerit? Jeritlah. Kita tengok ada sesiapa ke yang peduli."

Dan bibir Jelita kembali terkatup rapat-rapat. Memang pun. Kalau dia jerit sekalipun, tak ada sesiapa akan peduli. Emiir pemilik rumah ini. Semua orang di dalam rumah ini bekerja di bawah lelaki itu. Bukan bekerja di bawahnya.

Tapi Emiir betul-betul serius ke? Gila. Sejak bila Emiir macam ini? Jelita benar-benar tak sangka Emiir sanggup buat macam ini kepadanya. Kalau dia tahu perangai sebenar Emiir, memang dia tak akan setuju untuk bernikah dengan lelaki itu.

Nasi sudah menjadi bubur. Nak menolak pun, Emiir sudah jadi suami dia. Hendak tidak hendak, terpaksa...

"Benda kotor apa yang kau fikir?"

"Aduh!" Terpejam mata Jelita apabila Emiir menjentik dahinya. Tidaklah kuat mana. Tapi tetap rasa pedihnya.

"Sakit?" soal Emiir beberapa saat selepas itu. Melihat Jelita masih tidak berhenti menggosok dahi, keningnya bertaut. Rasanya tak kuat mana pun dia jentik. Drama lebih perempuan ni.

"Gila tak sakit?! Jari awak tulah keras macam besi. Kalau berlekuk dahi saya esok, saya saman awak!"

Emiir tepis perlahan tangan Jelita. Yang tadinya menggosok dahi, kini keras tubuhnya apabila Emiir meniup di tempat yang telah dijentik itu. Jelita pegun dalam posisi itu. Kejung seperti tugu negara.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now