Ada udang di sebalik mi rupanya. Eh, udang di sebalik batu.

"Emiir, janganlah termenung aje. Mana baju-baju saya?" Jelita tampar perlahan bahu Emiir.

Fikirnya Emiir dapat membantu, malah lelaki itu sekadar angkat bahu. Terketap-ketap bibir Jelita apabila melihat suaminya terus melangkah ke arah katil. Melabuhkan punggung ke birai katil seperti tiada apa-apa.

"Tanya bonda. Semua tu bonda yang buat."

Dengar perkataan bonda disebut, Jelita baru teringat. Beg kertas yang dilempar ke atas meja tadi, dia capai kembali. Membukanya dan membawa keluar isi beg kertas tersebut. Jatuh rahang Jelita.

Sehelai gaun tidur nipis bertali halus... Warna merah terang. Ada sikit renda-renda di sekelilingnya. Jelita terngadah. Biar betul bonda ni?

"Emiir buatlah sesuatu. Takkan saya nak pakai benda ni kut?" Gaun tidur tersebut diangkat ke arah Emiir. Lelaki itu mengeluh.

"Pergi mandi dulu. Nanti aku cari baju aku. Kau pakai ajelah dulu mana-mana. Okey?"

Perlahan-lahan, Jelita angguk. Tak kesahlah baju Emiir ke apa. Asalkan bukan baju 'seksa mata melihat' macam ini.






PERLAHAN-LAHAN, kelopak mata dikoyak. Toleh ke sebelah, wajah tampan lelaki beku yang baru menjadi suaminya pagi semalam menyapa pandangan. Jelita mengedipkan mata banyak kali. Melihat Emiir diam tidak berkutik sambil merenung dia, darah terus menyerbu ke wajah.

"Ke... Kenapa pandang saya macam tu? Dah jatuh cinta ke?"

Emiir diam. Merenung dan terus merenung Jelita yang sedaya upaya menyorokkan muka ke bantal. Perlahan, wajah mereka dirapatkan. Rapat dan makin rapat sehingga buat Jelita pejam mata. Dari sinar samar-samar cahaya lampu tidur saja, sudah boleh nampak wajah kemerahan menahan malu isterinya.

"Awak nak buat apa ni?"

Jelita cuak. Matanya terbuka luas. Kalau Emiir berani buat macam-macam, memang dia bagi penerajang aje nanti. Suami tak suami. Tapi... Nanti jadi isteri derhaka pula.

"Jelita Elnara..." Suara serak-serak basah Emiir seperti berbisik.

"Hmm?"

"Turunkan kaki kau dari perut aku." Bulat mata Jelita. Melihat kakinya yang masih berlingkar di perut Emiir, dia cepat-cepat menjauh.

Okey, kali ini memang mukanya merah. Tapi merah tahan malu kerana telah melakukan benda yang memalukan diri sendiri. Macam mana kaki dia boleh ada di atas perut Emiir? Rasanya dia sudah letak bantal peluk panjang di tengah-tengah sebelum tidur semalam.

Kemudian, mata Jelita mencari-cari bantal peluk tersebut. Dia tepuk dahi. Bantal itu sudah tergolek di lantai. Elok berada di sisi katil sebelah dia.

"Bangun. Jangan termenung lama sangat. Nanti tak sempat solat subuh."

Jelita senyum kekok apabila melihat Emiir sudah turun dari katil. Kening yang tidak gatal digaru-garu. Kemudian, dia lihat tubuh sendiri. Sengih pula apabila membayangkan insiden malam tadi.

Emiir beri dia sehelai hoodie berwarna hitam. Seluar pula sudah tentu-tentulah dia tak muat. Seluar Emiir terlalu besar. Cukuplah hoodie Emiir menutup sehingga paras lututnya. Yang bawahnya lagi, Jelita lilit dengan tuala bersih.

Tapi waktu kaki dia di atas perut Emiir tadi, tuala itu sudah hilang. Jelita baru perasan! Dia lihat kakinya yang terdedah. Maknanya, Emiir nampaklah betis dia tadi, kan? Wajah Jelita berbahang malu. Buat penat-penat jelah dia tutup semalam kalau dia sendiri yang buka benda itu sendiri.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now