"Bukalah. Tu semua album gambar keluarga ni."

Okey, tarik semula kata-kata tadi. Bonda memang nak cari seorang menantu.

Akur dengan arahan bonda, Jelita capai sebuah album gambar yang dirasakannya begitu menarik. Hiasan luarannya sangat antik. Nampak macam 'mahal' dan eksklusif.

"Yang tu banyak gambar Emiir."

Jelita tersengih-sengih dalam diam. Pandai betul dia pilih. Mana tahu ada gambar hodoh Emiir, boleh dia jadikan bahan untuk mengejek-ejek lelaki itu. Bukan selalu datang peluang begini. Dia akan gunakan dengan sebaiknya!

"Saya buka ya?" Minta izin dulu. Karang kalau bonda tak bagi tengok yang ini, mahu dipelangkungnya kepala dia.

"Bukalah." Bonda beri lampu hijau.

Hampir satu jam berlalu, Jelita tutup album gambar ketiga yang sudah dilihat. Masih ada beberapa buah lagi, tapi Jelita sudah hampir ingin 'muntah' melihat betapa gah dan mewahnya homo sapiens di dalam setiap gambar yang dilihatnya tadi.

Cuba bayangkan satu hari nanti, muka dia pula terpampang di dalam album gambar ini... bayangkan ajelah. Macam langit dengan bumi. Enggang dengan pipit. Harimau dengan kucing. Katak dengan berudu... eh bukan-bukan. Lain dah tu.

"Comelnya!" Jelita jadi teruja apabila melihat satu gambar Emiir. Tak sedar Wan Radea setia memerhati gelagatnya dari awal lagi.

"Itu waktu Emiir berusia enam tahun."

"Macam Eshaq... sejibik!" Itu yang dia suka sangat sebenarnya.

Pada awalnya, Jelita sangkakan si pemilik tubuh di dalam gambar tersebut ialah Eshaq, tenyata Emiir rupanya. Tersengih-sengih sendirian. Kali ni, dia tak nafikan, Emiir nampak betul-betul comel. Rasa nak cubit-cubit saja pipi dia.

"Aunty, boleh tak Jelita nak simpan gambar ni?"

"Hah?"

Tatkala itu, Jelita baru sedar atas keterlanjurannya. Dia tersengih-tersengih seperti kerang busuk. Tundukkan wajah, bibir ditepuk-tepuk perlahan. Terketap-ketap bibir sambil buat senaman nafas. Sedut dan hembus nafas berulang kali. Biar sampai rasa tenang.

'Ya Allah, kenapa tak tahu malu sangat kau ni, Jelita?!' Menemplak diri sendiri di dalam hati.













FUH! Akhirnya, Jelita mampu menarik nafas lega-lega. Di rumah keluarga Emiir tadi rasa seperti duduk dalam penjara. Habis makan bersama, berbual kosong, bonda ada berkongsi juga makanan kegemaran Emiir. Itu pun Jelita yang tak tahu malu bertanya. Ternyata, selera Emiir masih selera orang Melayu. Tak susah pun nak kenyangkan perut Emiir, kata bonda.

Untuk bonda, bagi Jelita wanita itu tidaklah seteruk seperti ibu-ibu anak pewaris Megah Holdings. Bonda itu ramah orangnya kalau kena tempat dan laku. Mungkin bonda masih perlu menyesuaikan diri dengan Jelita. Mujur Jelita bukan jenis cepat terasa hati.

Banyak juga yang bonda kongsikan dengan Jelita mengenai Emiir. Antaranya ialah... 'Emiir tak suka kucing'. Tatkala mendengarkan itu, panjang sengih jahat terukir senyap-senyap di bibir Jelita. Mengingatkan dua ekor kucing kesayangannya di rumah, lagilah buat dia merancang bermacam-macam akal.

Bunyi getaran pada telefon bimbit membuatkan bahu Jelita terhinggut sedikit. Terkejut jugalah apabila nama Mr. Cold Dictator terpampang di ruang notifikasi mesej Whatsapp. Satu perkara dia perasan, Emiir lebih suka menghantar mesej berbanding bercakap di talian.

Lelaki itu hanya akan menghubungi ketika ada perkara yang benar-benar penting sahaja.

Dah balik?

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now