Kalau Emiir tak pesan begitu pun, sudah semestinya dia akan sentiasa pastikan Eshaq dalam keadaan baik. Bukan sekadar Eshaq, malah dengan murid-murid lain pun dia buat macam itu juga.

"Mestilah..." jawabnya bersahaja.

Emiir angguk. Berundur setapak ke belakang untuk pamit pergi. Tapi kali ini pergerakannya pula terhenti bila mendengar seruan Jelita. Toleh wajah ke arah gadis itu.

"Encik kerja elok-elok tau."

Erkk, perlu ke kau pesan macam tu, Jelita? Hati menyangkal tindakannya. Rasa ingin jahit bibir dan tukar wajahnya biar Emiir tak kenal dia lagi.

Emiir diam. Dia diam bak tahu apa yang bermain di fikiran Jelita saat ini. Bukan tidak nampak Jelita yang terkedu. Mungkin tidak menyangka dia akan titip pesan begitu. Malah, bukan setakat Jelita, Emiir pun terdiam sekali.

Tak tahu perlu respon bagaimana.

"Hm, you too. Kalau Eshaq buat perangai, call saja aku."

Jelita angguk sambil garu kening. Sekejap-sekejap pandang tempat lain, lalu curi kerling Emiir. Emiir masih berdiri di depannya. Tidak berganjak walau setapak. Lelaki itu memang tak mahu pergi ke macam mana ni?

Sikit-sikit Emiir berdehem. Tersedar waktu sudah bergerak ke jam lapan lima belas minit pagi. Jelita kemam bibir. Ada kalanya terpandangkan Aliah di sebalik pintu. Pandai betul Aliah curi-curi dengar.

Yang tak boleh tahannya, Eshaq turut jengul kepala di balik tubuh Aliah.

"Aku pergi dulu," beritahu Emiir senada. Cuma ingin memaklumkan Jelita walaupun tak ada sebab dia perlu buat begitu.

Kalau ikut personaliti sebenar Emiir, dia boleh saja terus berlalu tanpa hiraukan Jelita. Tapi bila bersama Jelita, ringan pula mulut dia beritahu perkara yang tidak penting.

Jelita angguk. Sehinggalah tubuh tegap Emiir lenyap dari pandangan, dia berpusing ke belakang. Siap-siap menghadap Aliah yang tersenyum nakal. Habislah! Terpaksa tadah telinga seharian ini dengar usikan Aliah.

"Encik kerja elok-elok tau..." ajuk Aliah dengan tawa.

Terketap-ketap bibir Jelita.

Nak marah tapi kena sabar.






TEMPOH berfikir sudah tamat. Seminggu berlalu sejak Emiir 'melamar' Jelita. Malam tadi dia sudah hubungi mak. Keputusan sudah diputuskan. Pinangan Aisar ditolak mentah-mentah.

Puas Jelita pujuk mak agar putuskan saja pinangan Aisar. Hampir menginjak jam dua belas malam barulah panggilan tamat. Itu pun sebab Jelita malas bergaduh mulut dengan mak.

Seminggu kebelakangan ini, Jelita sentiasa tidur dalam ragu-ragu. Walakin pinangan Aisar ditolak, perlukah dia terus menerima Emiir? Yang paling penting, apa perasaan Emiir terhadapnya, atau apa perasaan sebenar dia terhadap Emiir?

Dia sudah melakukan solat istikharah setiap hari selama seminggu ini. Tiap-tiap malam berdoa kepada Allah agar diberikan petunjuk. Namun, sehingga hari ini masih tiada 'jawapan' mampu dia putuskan.

Ragu-ragu. Was-was. Berbelah bahagi hatinya.

Hari ini penentu segalanya. Penentu sama ada Emiir dan Eshaq akan jadi sebahagian daripada hidup dia atau tidak. Sejujurnya Jelita masih takut. Takut dengan realiti.

Pengalaman masa lalu mengajar Jelita agar lebih berhati-hati tentang perbezaan taraf hidup. Layakkah enggang dan pipit terbang bersama? Layakkah Jelita, seorang gadis biasa ini hidup bersama Emiir yang mempunyai segala-galanya?

Yang paling penting, mampukah Emiir terima dia seikhlasnya andai rahsia terbesar yang dia simpan selama ini 'terbongkar'. Tidak dapat bayangkan rasanya andai Emiir 'buang' dia satu hari nanti hanya kerana punca itu.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora