Emiir angguk sekali. Wajah serius masih maintain. Kekalkan auranya sama seperti ketika dalam majalah dan televisyen. Intimidating.

"Zara..." Tegur abah. Tidak mahu Jaizara melakukan sesuatu yang akan memalukan mereka sekeluarga di depan Emiir.

Jelita berdehem. Daripada terus membiarkan Jaizara melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, lebih baik dia 'selamatkan' Emiir dulu. Wajah abah dipandang. Tersenyum olok-olok. Lengan cinta pertamanya itu dipegang.

"Abah, esok pagi Jelita nak pusing-pusing kampung. Pinjam motor abah eh?" Tukar topik perbualan.

"Haa, alang-alang tu bolehlah Jelita bawa sekali Emiir ke rumah Pakcik Man ya. Emiir pun tak mahir dengan kawasan sini kan. Sekalilah Jelita bawa pusing-pusing." Cadang Pak Jusoh.

Abah! Kenapa pulak Jelita kena bawa mamat ni sekali? Tak pasal-pasal dia jadi tour guide kampung pula.

"Alaa, tapi abah..."

"Tapi apa? Apa salahnya bawa Emiir sekali."

"Tak manislah, bah. Apa pula kata orang-orang kampung nanti. Takkan berdua je..."

Pak Jusoh ketawa-ketawa. Sebab itu rupanya. Puncak kepala Jelita dibelai lembut seperti anak kucing. Hati tuanya kuat mengatakan Jelita hanya mencipta alasan. Sejak bila Jelita pandai fikir perspektif orang pula ni? Dulu bukan main...

"Ala bah, buat apa fikir sangat orang cakap. Orang tak tahu apa yang kita buat. Apa sebenarnya yang berlaku. Orang tahu bercakap, menjaja cerita tak betul aje."

Terngiang-ngiang suara Jelita satu tahun yang lepas setelah gadis itu buat keputusan untuk terus menetap di Kuala Lumpur atas komitmen kerja. Bibir tua Pak Jusoh merekah, senyum mengusik.

"Iyalah, bukan berdua. Esok pagi abah suruh Ecah teman."

Ecah, atau nama sebenarnya Aisyah, anak jiran rumah sebelah. Budak perempuan berumur sebelas tahun itu memang rapat dengan Jelita. Ketika Jelita masih remaja, Aisyah memang selalu datang bermain di rumah mereka. Jelita jadi babysitter tidak bergaji.








MUJUR tidak roboh. Penuh berhati-hati menutup pintu diperbuat daripada zink itu. Emiir bergerak setapak demi setapak ke depan. Jelita di sebelah senyap memegang lampu suluh. Bilik air kampung memang terletak di luar rumah.

Jelitalah yang terpaksa teman Emiir. Bukan lelaki itu minta, tetapi mak yang beria-ia suruh temankan. Kalau jadi apa-apa kepada anak dia yang cantik manis ni, memang semua salah mak! Percaya sangat Emiir ni. Kalau dah namanya lelaki, lelaki juga.

Bunyi cengkerik malam lagi sedap didengar. Sesekali bunyi dedaun kering dipijak. Haih, macam jauh sangatlah. Padahal tidak jauh mana pun. Kenapa terasa seperti sudah satu jam berjalan?

Jelita memang sengaja biar Emiir jalan di depan. Lagi rasa selamat. Tapi langkah Emiir pula makin perlahan dan berhenti di hadapan pintu. Lelaki itu tidak pusing ke belakang. Sekadar berdiri tegak di depan pintu. Jelita nak menyelit masuk pun tidak boleh.

Emiir ni kenapa? Kena sampuk ke apa?

"Jelita..." Seru suara serak-serak basah itu.

"Ya?"

"Tadi aku terdengar perbualan kau dengan mak kau dalam bilik. Maaf, terdengar."

Semerta, tubuh Jelita menegang. Kaki memasung di belakang Emiir. Masih ada jarak tiga inci jauh. Lampu suluh pula sudah dimatikan. Kawasan itu sudah cerah dengan lampu dapur rumah.

"Apa yang encik dengar?"

"Anak ketua kampung meminang kau."

Jelita angkat wajah. Saat itu, mata hitam pekat Emiir sudah sedia menikam. Entah bila lelaki itu berpusing pun dia tidak perasan. Itulah, kuat berangan lagi. Refleks, Jelita mengundur dua tapak lagi ke belakang.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now