PROLOG

20K 405 19
                                    

"KAU dah lambat. Bak nama."

Besar kecil aje mata Muiz melirik gadis comel yang memakai pakaian pengawas sekolah itu. Budak ini pendek sahaja. Kalau dia lesing memang boleh sampai Israel.

"Suka hati aku la nak datang awal ke datang lambat. Kau siapa nak marah-marah aku? Ingat sikit, kau tu tingkatan tiga. Aku ni tingkatan lima." Laju Muiz membidas sambil menyilangkan tangannya ke dada.

"Kisah apa aku. Aku pengawas. Aku jalankan tugas. Bagi nama kau. Sekarang!" Herdik gadis itu. Sengaja dia menyebutkan perkataan 'sekarang' itu satu per satu.

Muiz panas hati tapi untuk memarahi gadis itu lebih-lebih dia tak sampai hati. Yalah, siapa aje yang berani marah crush sendiri, kan?

"Bagi ajelah Iz nama kau. Jangan kedekut dengan bakal isteri." Usik Afiq, iaitu rakan baik kepada Muiz. Merangkap orang kanan Muiz.

Gadis comel itu buat gaya ingin muntah. Bakal isteri? Sorry naik lorilah! Tak inginlah dia mempersuamikan gangster sekolah macam Si Muiz ni.

Muiz melorek sengih miang. Dia membongkokkan badannya untuk menyaingi ketinggian gadis itu. Semakin melebar senyumannya.

"Muhammad Muiz Aiman bin Kamil. Ingat nama aku baik-baik, okey?" Muiz mengenyitkan matanya.

Gadis itu memutarkan bebola matanya tanda menyampah dengan sengihan lelaki itu. Laju saja dia menulis nama Muiz di dalam buku nota Hello Kitty miliknya.

"By the way, mana name tag kau? Beria-ia catat nama Muiz tapi kau tak pakai name tag. Pengawas kena pakai name tag. Kau ni pengawas ke mawas?" Sindir Afiq. Tangan diselukkan ke dalam saku seluarnya.

"Cikgu tengah orderkan name tag baharu. Kau tak payah sibuk. Siapa nama kau? Cepat bagi!"

"Ahmad Afiq bin Ahmad." Usai memberitahu namanya, Afiq menarik tangan Muiz melintasi gadis itu.

Mereka perlu bergegas ke perhimpunan sebelum Cikgu Harun temui mereka. Gasak mereka nanti. Disebabkan tergopoh-gapah, badan Afiq terlanggar seseorang.

"Kau buta ke, hah!" Marah Afiq.

"Maaf, maaf." Ucap gadis itu.

Muiz memandang tunak ke raut wajah gadis itu. Dahinya berkerut. Nampak sama tapi tak serupa. Dia menoleh ke belakang. Memandang pujaan hatinya.

"Kau tengok apa, Iz?" soal Afiq kepada sahabatnya yang tiba-tiba jadi bingung.

"Muka dia orang..."

"Ini Mahairah. Kakak kepada Umairah. Kakak dia ni memang pelik sikit. Sebab tu tak ada kawan. Rehat pun belakang tandas. Dahlah comot." Kutuk Afiq bersahaja.

Mahairah menunduk. Dia malu kerana dikutuk oleh lelaki itu. Kena kutuk dengan perempuan tak apa lagi. Ini kena kutuk dengan lelaki, jatuh maruahnya.

Kembar seiras? Detik hati Muiz.

"Dahlah, kau fikir apa lagi? Sebelum Si Harun tu jumpa kita baik kita blah dulu. Kulit punggung aku dah nipis dah asyik kena rotan." Gerutu Afiq.

Muiz menggelengkan kepalanya. Dia memandang Mahairah sekilas. Gadis itu masih menunduk. Ah, abaikanlah!

"Lapan tahun lagi aku akan jadikan dia isteri aku." Beritahu Muiz kepada Afiq. Nama Umairah telah tersemat rapi dalam hatinya.

MUIZ mengukirkan senyuman ketika mengimbau kembali kenangan lapan tahun yang lalu. Walaupun dia sudah melupakan nama crush dia itu tapi dia masih ingat akan raut wajah gadis itu.

HIS MAFIA SIDE [C]Where stories live. Discover now