Sejurus selepas itu, Emiir turut melangkah ke arah Nissan GTR R35 miliknya. Pintu di bahagian pemandu dibuka dan ditutup perlahan sambil menahan rasa. Besar kecil, besar kecil saja dia lihat Jelita sekarang ini.

"Kalau rosak kereta aku, kau nak ganti ke?"

"Kereta saya ke kereta encik? Encik kan? So enciklah ganti sendiri," balas Jelita selamba.

Pandangan lurus ke depan. Tayang wajah tidak bersalah. Sejujurnya Jelita takut juga tadi. Mana tahu betul-betul rosak. Memang terpaksa digadaikan sebelah buah pinggangnya untuk ganti rugi kereta berharga ratusan ribu ringgit ini.

Emiir hela nafas panjang. Tak ada guna pun berbalah dengan perempuan seperti Jelita ini. Banyak sangat mulut. Ada je benda nak menjawab. Mengabaikan Jelita, Emiir menghidupkan enjin kereta. Turut meluruskan pandangan ke arah jalan raya. Fokus memandu.

Langsung tiada sebarang perbualan antara mereka. Jelita sudah mula bosan. Sesekali dikerling Emiir di sebelah. Lelaki itu hanya senyap. Tidak betah berterusan berada dalam keadaan begitu, jemari Jelita cuba menyentuh butang radio.

"Don't touch anything."

Suara serak-serak basah Emiir menghentikan tindakan Jelita. Mematikan niat Jelita untuk menghidupkan radio. Jelita peluk tubuh. Memusingkan tubuh menghadap Emiir. Side profile Emiir nampak begitu 'mahal'. Berkarisma. Jelita berdehem.

"Kenapa Eshaq tak datang hari ni?"

Emiir terdiam buat beberapa saat.

"Tak sihat," jawabnya tenang.

Dan perbualan selama tidak lebih lima minit itu tamat di situ. Jelita buang pandang ke luar tingkap, memandang kota Kuala Lumpur yang kini dilimpahi bangunan gergasi setinggi mega putih. Emiir pula lemas dalam lamunan panjang. Kedua-duanya senyap dibawa hanyut arus kesepian suasana.



*****



KERUSI ditarik ke belakang. Melabuhkan punggung tanpa menghiraukan Emiir yang masih berdiri. Tidak lama selepas itu, Emiir turut melabuhkan punggung berhadapan Jelita. Sempat mengerling sekeliling ruang restoran bertaraf lima bintang itu.

Indera Jelita bergentayangan ke serata arah sambil tersenyum-senyum. Tak sangka dapat jejakkan kaki ke restoran bercirikan ala-ala Inggeris seperti ini. Bertaraf lima bintang pula itu. Asalkan mahu makan tengah hari saja. Tapi tidak lama kemudian, senyuman Jelita mati. Tersedar dari fantasi.

Apa motif Emiir bawa dia ke tempat macam ini? Jelita sempat berkira-kira di dalam hati jumlah keping wang kertas yang dia bawa. Buatnya tak cukup. Tak pasal dia kena tinggal di restoran ini untuk cuci pinggan.

"Two set of Grilled Spring Chicken Glazed and orange juice." Pesan Emiir kepada pelayan yang sudah berdiri di sisi meja. Bersedia untuk mengambil pesanan pelanggan. Dia tersangat kenal Emiir. Lelaki itu selalu muncul dalam iklan majalah antarabangsa. Tapi yang lagi terkejutnya apabila Emiir datang ke sini bersama seorang perempuan.

"Apa encik order tu? Nasi berlauk tak ada ke? Saya tak kenyang kalau tak makan nasi."

Tajam cerlungan Emiir buat Jelita. Buat hal betul perempuan ni. Apa kejadahnya cari nasi berlauk di restoran macam ini? Tanpa menghiraukan Jelita, Emiir berikan kembali buku menu kepada pelayan lelaki tadi. Sebaik figura pelayan tersebut hilang di sebalik pintu dapur, barulah Emiir pandang kembali Jelita.

"I have something to say."

"Go on." Jelita jungkit kening.

Emiir bersandar. Tangan memeluk tubuh sambil merenung indera polos Jelita yang berani menentang. Sejujurnya, hati Emiir masih berbelah bahagi. Takut untuk menerima dan takut untuk mendengar jawapan Jelita. Tapi Emiir kuatkan hati, semua ini demi Eshaq. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya itu.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz