"Correction, mereka cuma mahukan harta aku," balas Emiir tanpa perasaan.

Sikit pun tidak berminat dengan topik itu. Tak pernah terfikir tentang perempuan di luar sana. Apa yang Emiir lihat, rasa, semuanya seakan-akan menarik dia ke masa lampau. Emiir benci untuk mengingatkan kenangan dulu. Benci. Tersangat benci.

"Semua ni terlalu cepat, Luthfan. Perempuan tu mesti terkejut kalau aku ajak dia kahwin tiba-tiba. Perempuan tu masih muda. Aku tak rasa dia akan setuju dengan rancangan merepek kau. Bernikah hanya kerana Eshaq. Kau rasa ada ke perempuan boleh terima semua tu dengan ikhlas?"

Luthfan akhirnya angguk. Mungkin ada benarnya kata Emiir. Masih ada ke perempuan ikhlas untuk menerima andai tiada agenda lain?

"Yalah, aku tak paksa. Tapi kau fikir dulu baik-baik. Eshaq rapat sangat dengan Jelita. Aku boleh nampak macam mana dia sayangkan Eshaq."

Bunyi kaki kerusi bergeser sedikit pun tidak membuat Emiir mengalih pandangan. Masih lurus memandang ke depan. Dengan maintain wajah stoic macam itu, orang pun tak tahu apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu.

"Kalau ada apa-apa yang mengubah fikiran kau, ni nombor Jelita. Jumpa dia, bincang elok-elok..." Luthfan meletakkan sekeping kertas kecil di atas meja. Ditolak kepada Emiir yang masih tidak bersuara.

Sejurus selepas itu, Luthfan bangkit dari kerusi. Meninggalkan Emiir sendirian di meja makan. Beri ruang kepada lelaki itu untuk buat keputusan terbaik. Luthfan tahu mungkin saat ini Emiir masih terhenyak dengan kilasan memori lama.

Luthfan sudah hilang dari pandangan. Barulah Emiir toleh ke sebelah. Anak mata hitam pekatnya jatuh pada kertas kecil di atas meja itu. Tertera nombor telefon di situ. Buang keluh kasar, punggung turut diangkat. Sebelum berlalu naik ke atas, kertas tersebut diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

*****

MALAM membuka tirai. Sesudah makan malam, Eshaq terus naik ke biliknya tanpa pamitan. Meninggalkan Emiir yang masih dengan wajah kosong dan stoic seperti selalu. Berdecit perlahan, Emiir urut tepi dahi.

Kunyahan terakhir disudahkan. Gelas berisi air kosong dibawa ke bibir, menjadi ubat lega tekak. Kerusi ditolak ke belakang. Emiir bangkit dan terus berlalu dari ruang makan. Sesampainya dia hadapan sebuah bilik, Emiir terus menapak ke dalam tanpa sebarang amaran. Kening tebalnya bertaut melihat Eshaq berselubung di dalam selimut.

Malam masih awal. Baru jam lapan dua puluh minit malam. Awal betul budak itu tidur. Lantaran rasa tertanya-tanya yang begitu tinggi, Emiir hayun kaki setapak demi setapak ke sisi kanan katil. Berdiri tanpa suara. Tangan disilang ke dada. Gumpalan comforter sedikit bergerak-gerak.

"Teacher buat apa tu..."

Berlapis-lapis dahi Emiir. Memanglah itu suara Eshaq. Tapi takkan budak itu bercakap sorang-sorang kut? Emiir berdehem, cuba menyedarkan Eshaq kewujudannya di situ. Namun, budak itu masih berada di dunia sendiri. Tak dengar agaknya? Emiir tarik comforter tersebut tanpa berfikir dua kali. Bulat mata Eshaq saat itu. Mata masih merenung skrin telefon tidak berkelip.

"What are you doing, Raja Eshaq Farran?"

Suara rendah nan berat itu kedengaran melantun tenang. Namun, saat ini hanya Tuhan saja yang tahu betapa Emiir cuba untuk menenangkan angin 'tornado' yang sudah terusik. Peranti elektronik di tangan Eshaq menjadi tempat sepasang mata helangnya melabuh pandangan.

"Shaq...Shaq cuma nak cakap dengan teacher..." Eshaq terpaksa jujur. Kalau dia tipu pasti daddy akan memarahinya lebih teruk lagi.

Emiir mendengus. Dari skrin telefon Eshaq, dia boleh nampak wajah serba salah Jelita. Gadis itu sempat melambai kepadanya sambil tersengih bersalah. Emiir pejam mata. Dia tak suka dengan tindakan Eshaq. Sebelah tangan diselukkan ke dalam poket seluar. Pandang kembali Eshaq yang menunduk.

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें