"Kau dengar ke tidak aku cakap ni? Kau ni..."

"Sepatah lagi kau berbunyi, jangan harap aku nak tunggu dekat sini lagi." Kepala Emiir berpusing menghala Luthfan. Tangan naik memeluk tubuh. Seperti biasa, wajah maintain stoic. Kosong tidak berekspresi. Luthfan paksa dia datang untuk buat benda bodoh macam ini. Sepatutnya sekarang ini Emiir berada di bilik mesyuarat bersama penolong pengarah. Semua mesyuarat petang ini terpaksa dikorbankan kerana rancangan gila Luthfan.

Kononnya semua ini untuk Eshaq. Kau sebenarnya nak aku merana macam ini kan?

"Okey sayang. Esok teacher buat telur mata kobau yeee..."

Jelita dan Eshaq datang kembali, masih berpegangan tangan. Beg sekolah Eshaq dihulurkan kepada Luthfan. Hanya Luthfan yang Jelita berani pandang. Emiir tu...erk pandang orang macam nak makan. Kecut perut Jelita dibuatnya. Betullah kata Aliah, bapak Eshaq macam ais batu. Patutlah Eshaq dulu kejung, ikut Emiir rupanya.

Harap saja muka handsome!

"Awak balik kerja pukul berapa, Jelita?" soal Luthfan.

Kening berkerut. Hairan pula Jelita. Kenapa tiba-tiba tanya?

"Dah nak baliklah ni. Saya tunggu kawan sekejap."

Luthfan angguk. Sengih penuh makna. Lengan Emiir dicuitnya buat kali kedua. Gayanya dah seperti mak-mak yang ingin menjodohkan anak. Kita pulak yang kena bercakap. Dasar Emiir bengap percintaan!

"Offerlah dia, cakap kau nak hantar balik. Cepat! Jangan buat malu aku," bisik Luthfan tegas di telinga Emiir. Waktu macam inilah nak buli bos. Hahaha.

Emiir tarik dan hembus nafas panjang. Mata bundar Jelita dicari, menyabung pandangan. Rahang bergerak-gerak. "Aku hantar kau balik."

Luthfan tepuk dahi. Pinggang Emiir dicubit diam-diam. Orang suruh buat lain, lain yang dia buat. Suara mendatar aje. Tak ada nada. Muka tu pulak gaya macam kena kahwin paksa dalam drama Akasia TV3. Kemudian, mata beralih memandang Jelita. Tercengang gadis itu. Tertelan-telan liur sendiri.

"Apa..." Jelita garu kening.

"Aku hantar kau balik." Emiir ulang ayat yang sama. Nada pun sama. Kedengaran benar-benar terpaksa.

"Err tak apalah. I'm driving. Terima kasih." Jari telunjuk dihala ke arah Perodua Axia merah miliknya. Saja tunjuk bukti, walau Emiir tidak tanya. Demam ke apa duda yang seorang ni? Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba cakap nak hantar dia balik. Ke mabuk ketum? Kesian, handsome macam ini pun minum ketum.

Emiir jeling Luthfan. Isyarat mata diberikan kepada lelaki itu. Sempat dia kerling Jelita buat kali terakhir sebelum berlalu ke kereta. Tubuh kecil Eshaq turut didukung. Membawa anaknya bersama tanpa sepatah kata. Tapi Luthfan faham isyarat mata lelaki peti ais itu.

"Jelita!" Luthfan tahan langkah Jelita. Berdiri di hadapan gadis itu sambil mendepa tangan. Tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Sebenarnya Emiir nak sangat awak ikut. Dia merayu-rayu supaya pujuk awak, Jelita."

Aik? Tak ada pula Jelita nampak Emiir merayu tadi. Yang dia nampak, lelaki itu macam tak suka dia saja. Siap dijelingnya Jelita macam simpan dendam tujuh keturunan. Sudah itu, apa pasal pulak Emiir merayu-rayu supaya dia ikut. Ini mesti kerja Luthfan. Pandai sangat jual nama orang. Layak menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

"Awak jangan kelentong sayalah, Encik Luthfan. Sudahlah, saya masuk dulu. Bye..."

"Saya serius ni Jelita. Emiir nak berbincang sesuatu dengan awak."

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin