Menangis tak berlagu Jelita ketika itu. Hampir seminggu tidak hadir ke sekolah. Demam dan muntah-muntah. 

"Apa ni, teacher?"

"Maggi goreng dengan telur mata kobau!" Sengih, memaparkan barisan gigi putih ratanya. 

"Makanlah. Teacher nak Eshaq rasa. Teacher masak sendiri tau!" 

Eshaq angguk. Anak mata koko cairnya jatuh pada makanan di dalam bekas itu. Senyum nipis, Eshaq sambut garpu daripada Jelita. Memutar sedikit mi maggi tersebut mengelilingi garpu tersebut. Perlahan dibawa ke dalam mulut. Mata Eshaq terpejam, tak pernah makan makanan sesedap ini. Suapan pertama selesai. Menelan perlahan-lahan, mahu menikmati kelazatan. 

Pandangan beralih ke Jelita semula. "Boleh Eshaq makan lagi?" 

Aww! Jujurnya, Jelita sudah jatuh hati. Eshaq memang budak sopan. Mahu makan pun minta izin. 

"Makanlah sayang..."  Kepala Eshaq dibelai. Dari luaran Eshaq nampak 'keras' tetapi sebenarnya hati budak itu terlalu lembut. Mungkin cara dan persekitaran dia dibesarkan menjadikan Eshaq begitu. 

"Teacher..." 

Jelita jungkit kening. Tawa halus terletus dari bibir apabila Eshaq menyua maggi ke mulutnya. Tidak menunggu lama, Jelita menerima suapan tersebut. Ketawa senang hati dapat melayan kerenah Eshaq. Tambahan lagi, dia memang sukakan budak-budak. Kalau boleh, sudah kahwin nanti, dapat anak sedozen pun tak apa. Setidaknya dapat menjadi peneman hari tua. 

Ralit Jelita memerhatikan Eshaq makan. Sopan betul, penuh dengan tatatertib. Sesekali Eshaq suap dia. Sampai habislah makanan itu, barulah Eshaq hulurkan kembali bekas dengan senyuman lebar. Jarang sekali dapat lihat Eshaq senyum macam ini. Memang jarang! Setahun sekali pun payah. 

"Dah habislah teacher. Sorry...brughhhk," ucap Eshaq serba salah. Siap dengan pakej sendawa sekali. 

Jelita ketawa lepas. 

"Tak apa, teacher pun dah kenyang. Brughhhk!" Turut berpura-pura sendawa. Eshaq ketawa tetapi perlahan dan bertahan hanya untuk beberapa saat sahaja. 

Suasana kembali senyap selepas itu. Eshaq hanya memerhatikan Jelita yang sedang membasuh bekas makanan tadi tanpa suara. Wajah manis Jelita diperhatikan dari sisi, sampai terteleng kepalanya. Tangan ditompang ke bawah dagu. Tidak berkelip mata. 

Kalaulah cikgu cantik ini mummy Shaq...

"Teacher..." Panggil Eshaq perlahan. 

Jelita bawa langkah ke arah Eshaq. Berdiri tepat di hadapan budak kecil itu. Tubuh dicondongkan sedikit bagi menyamai paras Eshaq. Tangan ditahan ke lutut. 

"Ya?"

"Boleh Eshaq peluk teacher lagi?"

Detik itu, Jelita hanya mengangguk dan terus menarik Eshaq ke dalam pelukan hangat dan erat. Seakan tidak mahu dilepaskan lagi budak itu. Belakang tubuh Eshaq digosok lembut.

*****

AIK? Bukan juga? Tergaru-garu kening, tidak faham apa yang diinginkan oleh tuan muda itu. Ainun, wanita berusia pertengahan 30-an yang sudah berkhidmat di rumah agam ini sebagai pembantu rumah hampir 10 tahun lamanya. Kali ini kotak Koko Krunch dihulurkan kepada Eshaq. Hampir setengah jam melayan kerenah budak itu. Kata lapar tetapi bila dihidangkan makanan seperti kebiasaan, Eshaq menggeleng tidak mahu. 

"Tak nak..." Eshaq menolak lagi. 

Ainun mengeluh. Tidak tahu ingin menawar apa lagi kepada Eshaq. Selalunya Eshaq makan saja apa yang terhidang. Bukan tak sedap tetapi Eshaq sengaja buat perangai hari ini. Masakan lazat taraf hotel lima bintang itu ditolaknya mentah-mentah. 

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now