"Ni, nak tanya. Budak yang tu, dia memang tak banyak bercakap ke?"

"Budak mana?" Berdehem perlahan, anak mata Aliah mengikut arah bibir Jelita menjuih.

"Oh, Eshaq memang macam tu. Dari hari first masuk memang dia buat kejung macam tu ja. Orang tanya berpatah-patah, sepatah tu ja dia jawab. Biasalah, anak orang berada. Tak biasa bergaul kot. Dengar cerita, budak tu takda mak. Bapak dia yang besarkan dia. Mungkin tu sebab dia kejung macam tu. Bapak dia tu pulak dengar cerita tegas orangnya." Panjang pula Aliah bercerita. Aliah kalau bab-bab gosip memang nombor satu. Cari je minah tu, semua benda dia tahu.

"Oh ye ke. Patutlah. Nama penuh dia apa?"

"Kau ni semua benda tak tahu. Takkan tak kenal kot siapa bapak dia? Femes kot. Ramai gila perempuan terkejar-kejar nak jadi mak baru budak tu. Haa kau, apa kata kau cuba masuk jarum. Ambil hati anak dia dulu, baru bapak. Alih-alih hidup kau juga senang. Nanti dah senang, jangan lupa share dua dengan aku."

"Apa benda kau melalut ni minah? Aku tanya nama budak tu je kan."

Aliah ketawa besar. Suka mengusik si Jelita seorang ini. Bukan dia tidak tahu perangai Jelita jika bercerita pasal lelaki. Anti lelaki agaknya gadis itu. Nak kata tak cantik, tipulah. Jelita itu dah memang jelita seperti nama. Tapi sampai sekarang, dia tak pernah nampak Jelita rapat dengan mana-mana lelaki.

"Gurau pun tak boleh. Hm, Raja Eshaq Farran. Bapak dia—"

"Tak berminat ambil tahu pasal bapak dia. Dah-dah malas aku layan kau. Cau!"








*****







SUNYI sepi mengulit suasana. Begitu Eshaq yang hanya melempar pandangan ke luar tingkap, sang bapa turut tidak buka mulut. Hanya fokus memandu. Mata tidak lekang memandang hadapan, waspada. Begitulah mereka anak-beranak, sang bapa memang jenis ada emas dalam mulut, anak pula terpaksa ikut saja.

"Hari ni belajar okey?"

Eshaq angguk saja. Sejenak dia teringat seorang cikgu yang berani menegur dia waktu rehat tadi. Belum pernah lagi ada cikgu yang tanya dia pasal lapar atau tidak. Cikgu-cikgu yang lain semua tidak berani tegur dia. Entah cara dia berpakaian atau duduk salah, Eshaq sendiri tidak tahu. Diam-diam Eshaq simpul senyum.

Nissan GTR R35 yang dipandu Emiir berhenti di hadapan sebuah banglo tiga tingkat. Tanpa sepatah kata, Eshaq terlebih dahulu berlari keluar dari perut kereta bersama beg sandang dia. Berlarian anak Eshaq masuk ke dalam rumah. Emiir geleng kepala melihat tingkah Eshaq yang baginya agak kurang sopan itu. Entah di mana salahnya membesarkan Eshaq, budak itu tidak seperti kanak-kanak seusia yang lain. Eshaq lebih suka menyendiri.

Emiir turut melangkah masuk ke dalam rumah. Membuka kasut kulit miliknya lalu diletakkan ke tepi. Tali leher dilonggarkan. Menderam perlahan, punggung dilabuhkan ke atas sofa single di ruang tamu. Mata terpejam dengan bibir tidak henti-henti mengeluh perlahan. Kehidupan seorang bapa tunggal, mungkin agak mencabar. Nak melayan kerenah budak seorang itu, tak mudah untuk Emiir.

Tapi mujur dan bernasib baik, Eshaq tidak banyak kerenah yang tidak semenggah. Hanya sesekali budak itu akan sedikit membentak. Biasalah, budak-budak. Tak boleh nak kata apa. Meskipun begitu, Emiir tetap sentiasa mengingatkan Eshaq agar tidak mengundang amarah dia. Suka diingatkan, kesabaran Emiir hanya senipis kulit bawang.

"Tuan—"

"Not here, Luthfan Haris."

"Yalah. Aku gurau je." Seperti tahu baran Emiir, Luthfan mengalah cepat-cepat. Emiir cukup tidak suka Luthfan memanggil dia dengan gelaran itu. Terlalu formal. Jika di tempat kerja, tak apalah. Ini di rumah. Luthfan bukan kuli dia sepenuh masa.

"Tadi aku nampak Eshaq terus lari masuk bilik."

"Hm." Masih dengan mata terpejam.

Luthfan berdecit. Emiir ni memang tidak berperasaan langsung. Patutlah Eshaq membesar jadi kejung tak ada perasaan juga. Kalau dah bapak macam ini, hm. Lutfhan sandar tubuh ke belakang, tangan naik memeluk tubuh sendiri. Memandang Emiir tajam, seperti ingin mengorek sesuatu.

"Kau tak tanya Eshaq ke?"

"Tanya apa?" Emiir kerut kening.

"Lah kau! Tanyalah dia okey ke tidak hari ni. Makan cukup ke tidak. Takkan itu pun nak kena ajar. Dah berapa tahun kau jadi bapak dia?"

Wajah kurang senang ditayang. Rimas dengar suara kuat Luthfan. Bercakap tu, macam dia duduk 10 km jauh nun di sana. Tak boleh diam sikit agaknya. Tertelan mikrofon waktu kecil. Kerenah Luthfan tidak dilayan, sebaliknya dia menghidupkan iPad kerja miliknya.

"Ha tulah kau. Cakap sikit buat muka. Tak habis-habis dengan kerja kau. Patutlah Eshaq tak rapat dengan kau. Ada bapak pun dingin beku macam ais ketul! Kesian budak tu—"

"Anak aku, tahulah aku jaga dia," potong Emiir selamba.

Terherot-herot bibir Luthfan, pandang Emiir tidak puas hati. Memang menyakitkan hati jika bercakap dengan Emiir. Beku memanjang. Jika bercakap langsung tak ada perasaan. Kadang-kadang dia sendiri kasihan melihat Eshaq membesar dengan ayah yang macam ini. Tak terbayang dek akal Eshaq besar nanti jadi sebiji macam Emiir.

"Kau tak ada kerja ke? Kalau tak ada, aku adakan." Mata masih fokus pada skrin iPad. Emiir kerling sekilas Luthfan yang sudah tersengih kerang busuk. Mendengus kasar, anak mata hitam pekat miliknya menikam Luthfan dalam-dalam. Fahamlah dia jika Luthfan senyum macam itu.

"Balik office sekarang. Pergi siapkan kerja kau. Sebelum jam lima petang, pastikan hantar kerja kau atas meja aku."

"Lah kauuu! Bagilah aku chance nak rehat. Tahu tak aku penat!"

"Nak rehat? Okey." Emiir bangkit dari sofa. Berpeluk tubuh sambil mengangguk perlahan. Sempat dikerling jarum jam di pergelangan tangan kiri. Dia perlu pulang semula ke pejabat. Ada banyak urusan dia perlu selesaikan hari ini.

"Rehat selama mana kau mahu."

"Eh seriuslah? Jarang-jarang kau bagi rehat—"

"Esok pagi hantar surat berhenti kerja kau, aku tunggu." Sejurus menghabiskan kata-kata, Emiir terus berlalu pergi. Meninggalkan Luthfan yang sudah ternganga tidak percaya. Banyak alasan sangat kan, itu makan dia. Apa yang Emiir cakap, dia akan buat. Tak ada masa dia nak bergurau senda.

"Woi njirr! Ishhh! Fine! Aku siapkan kerja sekarang!" Menggerutu, Luthfan sempat menyumpah seranah Emiir. Kuat-kuat biar Emiir dengar. Memang itu tujuan dia pun. Nak lepaskan ketidakpuasan hati terhadap Emiir. Tetapi Emiir tetap menjadi diri sendiri. Mengabaikan makian Luthfan dan masuk ke dalam perut kereta. Belum sempat Luthfan ingin masuk sekali, dia terlebih dahulu lock pintu. Tingkap diturunkan sedikit.

"Pandu kereta sendiri, aku bukan kuli kau. Suka diingatkan, kalau kau tak sampai office sebelum aku sampai, aku potong gaji kau." Ada senyum sinis terukir di hujung bicara. Menaikkan kembali tingkap, pedal minyak terus ditekan. Menderum laju Nissan GT-R tersebut membelah jalan raya.

"Wehhhh!"

Luthfan hentak kaki ke tanah. Demi Tuhan, Luthfan tak tahu bagaimana dia masih ada kesabaran setinggi ini untuk berkawan dengan Emiir. Hembus nafas panjang, Luthfan gosok dada sendiri. Rambut yang sedikit kusut, dia kemaskan. Senyum penuh keterpaksaan.

"Sabar Luth sabar. Orang beriman memang selalu diuji."







Coldest Husband,27 Dec 2021

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Coldest Husband,
27 Dec 2021

Choose one,
Sweet or sour ?

Mr. Cold Dictator [ ON GOING ]Where stories live. Discover now