Bab 55

10K 334 19
                                    

Haq masuk ke dalam sebuah bilik khas untuk perbincangan dengan client syarikat. Hari ini Putra wakilkan dia untuk jumpa Aidit kerana menghadiri sidang perbicaraan kes pembunuhan bekas isterinya dulu di mahkamah.

Dia berjabat tangan dengan Aidit sebaik nampak Aidit dan PA nya datang. Sikap profesional perlu ditunjukkan jika melibatkan urusan kerja.

Hampir satu jam mereka berbincang, nyata Aidit sangat komited dengan urusan kerja tapi tidak melibatkan perasaan.

" Mana Putra? " tanya Aidit setelah lama berdiam diri melihat Haq yang sedang mengemas dokumen dalam sebuah fail sulit.

"Dia ke mahkamah. Ada perbicaraan kes pembunuhan arwah bini dia dulu. " buat apa nak sembunyikan bila Aidit pun tahu hal sebenar.

Dia memberi isyarat pada Aiza untuk keluar dan menunggunya di luar bilik. Wanita itu mengangguk dan keluar.

Belum sempat Haq berjalan keluar dari bilik untuk tutup perbincangan mereka...

"Aku takkan ganggu Humaira lagi. "

"Sampaikan ucapan maaf aku pada Putra dan Humaira. Aku tahu apa yang aku dah buat melampau. Tapi aku tak nak hancurkan hidup aku sebab tu lagi. "

Haq kurang percaya tapi melihat riak muka Aidit seakan menyesal itu dia cuba untuk menelan semua permohonan maaf itu.

Aidit bangun dan berdiri di depan Haq.

" Jangan risau, aku maksudkan apa yang aku cakap. Humaira takkan jadi hak aku walaupun aku cuba banyak mana pun. Kalau Allah takdirkan dia dengan Putra takkan jadi milik aku. Cakap pada Putra, jaga Humaira baik-baik. "

Dia menepuk bahu milik Haq dan berlalu pergi. Aiza yang sudah menunggu di luar bilik terus mengikut langkah bosnya itu.

Dalam perjalanan dia tersenyum perit. Melepaskan bukan semudah itu. Tapi dia akui kekhilafan dia dulu. Bukan salah Humaira yang tak nak terima dia balik, tapi salah dia yang hancurkan kepercayaan Humaira dulu.

Dia akan mulakan hidup baru tanpa dendam! Dia masih waras. Buat apa kejar yang bukan milik dia?

✨✨✨✨

Buat pertama kalinya Aila melihat ruamg tamu rumah bersih dan tidak bersepah. Aidit pun tengah tidur je di sofa. Tengok gaya macam keletihan je. Tak sanggup pula nak bangunkan dia.

Dia berjalan kebiliknya untuk mandi dan menukar baju. Nak solat Zuhur pula.

Keluar dari biliknya dengan badan yang segar dan harum, dia menegur mamanya yang berada di dapur. Ni satu lahi dia pelik, jarang mama duduk rumah. Selalunya kalau hal butik tak siap memang tak balik lagi.

"Awal mama balik hari ni. "

Datin Seri Amena tersenyum sekilas dan sambung memasak.

"Tadi angah call mama, dia balik rumah awal sebab tak sedap badan katanya. Mama balik lah buat sup ketam dan bubur nasi ni untuk dia. Mama suruh dia berehat tadi dalam bilik. Tengok-tengok  dah terlelap atas sofa kat luar pula."

Betullah kata orang, seorang ibu ni sanggup tinggalkan semua kerja dia kalau anak mengadu sakit ke tak sedap badan ke. Yang penting, kesihatan anak.
Kerja tu tak penting sangat, bila-bila masa boleh buat.

"Habis tu butik mama macam mana? "

"Pekerja mama kan ada. Harini mama biar diorang handle urusan di butik tu. Lagipun bukan selalu mama tak sibuk dan masak di rumah macam ni. "

Aila tersenyum senang. Bolehlah dia bodek untuk mama masak nasi ayam kan?

"Kalau kamu nak makan nasi ayam, buat sendiri. Tak pun order je abang foodpanda. "

Usai memasak dia menyedok kuah sup ketam dan bubur nasi ke dalam mangkuk. Air susu turut dibancuh di dalam gelas.

Memuncung mulut Aila.

"Mama ni. Nak bermanja je pun. "

"Amboi kamu ni, kamu tak sakit kan? Masak je lah sendiri. Orang perempuan kena rajin masak sendiri baru orang nak buat menantu. Kalau pemalas usahkan menantu, nak buat jadi calon isteri pada anak dia berkira dulu berulangkali. "

Dia melihat langkah mamanya menjauh sambil menatang dulang makanan ke luar.

Dia membuka tudung saji pula dan... Wauuuu.

Ada nasi ayam lah. Mamanya tak pernah mengecewakan. Macam tahu-tahu dia nak nasi ayam, mama dah beli bawa balik.

Dia berjalan keluar dan melihat abangnya itu sedang makan bila kena paksa dengan mama.

"Mama beli juga nasi ayam untuk adik." terus dia peluk belakang badan mamanya.

Dia tahu anak kesayangan mesti dapat apa yang dia nak. Hehe

"Ye lah, kamu tu hantu nasi ayam. Kalau tak beli tak nak makan sup mama buat ni, kang merajuk susah pula nak pujuk."

Aidit dah tayang muka menyampah dengan rengekan Aila yang manja tu. Masa dia nak raih perhatian mama, adiknya itu sibuk datang nak menyendeng pada mama.

"Menyibuk kau ni. Mama sibuk bagi perhatian pada aku, nak perhatian juga. " cemuh Aidit seraya menjeling tajam kearah Aila.

"Angah cemburu lah tu. Nak manja-manja kahwinlah. Mama ni milik adik. "

"Mama tu milik papa. Bukan milik kau. "

"Kau ni kan! " hamburnya perlahan. Geram betul kalau bergaduh dengan Aidit pasti ada je benda dia nak sangkal.

"Dah lah adik, angah tengah tak sihat tu. Kalau kamu nak makan, pergi ambil sendiri. "

Aila masuk ke dapur dengan menghentak-hentak kakinya. Benci demgan Aidit yang senyum kemenangan di situ.

Kata anak jantan, tapi kalau sakit manja kalah anak dara!

✨✨✨✨

Masuk saja ke perkarangan rumah, Aidan tengok kereta milik Aidan sidah ada di garaj. Jarang nak tengok adiknya itu balik awal dan ada dirumah ni. Selalunya balik ke apartmennya.

"Eh kereta mama pun ada? Awalnya balik." gumamnya seraya mata tak berkelip melihat kereta mamanya di garaj.

Bagi salam je mama dah keluar menyambut dia di depan pintu rumah. Lagi terkejut dia sebab sebelum ni tak ada orang yang sambut dia balik tau.

"Awal mama balik. "

Kasut dibuka dan disusun dalam almari rak kasut.

"Aidit tak sihat harini, mama balik masak untuk dia. Kalau kamu nak makan, mama dah beli nasi ayam tu. Nanti panaskan je dalam microwave tu. "
Ujar Datin Seri Amena dan mengiringi langkah anak sulungnya itu ke dalam rumah.

"Mama tak pergi butik balik ke? "

"Tak, mama ambil cuti separuh hari harini. Mama nak berehat kejap. Kalau papa balik cakap mama dalam bilik je. "

Aidan mengangguk dalam keanehan. Pelik mamanya sanggup tinggalkan butik demi Aidan. Selama ini sibuk sangat sampai nak tengok keadaan anak pun tak sempat.

Dia naik ke bilik dan mengurungkan diri dalam bilik untuk berehat.






















✨✨✨✨

Cukup 100k view, author buat story untuk Aidan pula 🤣 author tak janji tau tapi akan buat!  Ehekkk

Satu lagi, setiap bab cerita saya under 1k word. Kalau lebih pun around 1.5 k maybe.

So memang pendek kann.

Enjoy!

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now