Bab 43

9.7K 323 3
                                    

"Kak Ja! " jeritku apabila jejak je kaki ke tanah, kelibat wanita berumur 40-an itu menyapa pandanganku.

Dia kulihat sedang menyiram tanaman sayuran yang aku tanam, maklumlah aku menetap lama di rumah tokpa, jadinya suami aku panggil Kak Ja untuk mengemas rumah dan jaga tanaman aku ni.

Mati tanaman aku kang menangis pula, dah berapa banyak duit dan masa aku habiskan untuk taman kesayangan aku ni! Habis beli baja je pun! Tanaman sikit je aku tanam.

Kalau sebelum ini Kak Ja pernah tanam ladang kampung, lada burung...
Tapi sejak aku kahwin dengan Putra dan menjadi permaisuri di dalam rumah mewah ini, aku sendiri tanam pokok kacang panjang sehingga menjalar dan melilit pagar kayu yang aku suruh anak buah Putra pacakkan di tepi tembok pagar belakang rumah.

Sebelum ini memang jarang sekali Kak Ja datang ke sini untuk mengemas sejak mereka berkahwin kerana wanita itu perlu menjaga emaknya yang terlantar sakit di rumah. Tapi bila suami aku call dan suruh dia bekerja, memang dia datang juga.

"Eh tak tahu lah pula Datin Ira balik harini. "

Hok aloh lah... Kecek formal pulok doh. Orang Kelantan cakap!

"Eh Kak Ja ni, tak payahlah panggil macam tu! Panggil Ira dah lah. "

Aku memang segan bila orang panggil aku datin, nampak macam tua pula!

Aku berjalan ke tepi batas tanaman dan melihat tanaman aku yang tumbuh dengan subur. Bahagia pula tengok tanaman ini dijaga dengan baik.

"Ira tanam pokok kacang panjang ni? Dah elok menjalar ni, tak lama lagi berbuah lah hasilnya. " tangan Kak Ja mula membelai lembut daun pokok itu.

"Ya, Ira tengok pokok lada yang Kak Ja tanam ni, rasa nak menanam juga tapi itu lah, mampu tanam satu benih sayur je. " cebikku seraya membandingkan tanaman aku tanam dengan tanaman Kak Ja tanam.

"Tak apa lah untuk permulaan ni. Tengok ni pokok dah menjalar ni pun satu kejayaan dah. Tak semua orang menanam, benihnya dapat bertumbuh dengan baik macam ni. "

Aku mengangguk setuju. Sebenarnya aku pernah juga menanam kangkung yang aku beli kangkung kat pasar raya, ada akar sekali. Aku tanam akar tu tapi beberapa hari lepastu dah mati.

Sedih juga sebab tak berjaya, tapi biarlah. Anggap itu satu cabaran untuk aku lebih usaha menanam hingga dapat hasilnya nanti.

Dalam aku termenung melihat Kak Ja yang masih meletak baja di pokok lada, aku perasan kelibat seseorang di tepi pagar rumah.

Pada mulanya aku buat tak tahu, tapi memandangkan dia seperti melihat ke halaman rumah aku ni, aku mula rasa lain macam.

'Takkan lah musuh atuk terlepas?'

Gerak geri dia yang mencurigakan.

"Ira! " panggilan dari Kak Ja yang mengajak aku masuk ke rumah mengejutkan aku yang masih meliarkan mata aku ke tepi pagar itu.

Sebelum masuk ke dalam rumah aku berpaling dan tengok ke situ lagi tapi kelibat itu sudah menghilang. Pelik!

"Hari ini Kak Ja nak masak sambal special, memandangkan Ira dah balik boleh cuba resepi yang Kak Ja tengok kat tiktok."

"Amboi Kak Ja dah pandai main tiktok ye. " gurauku seraya mencuit lengannya.

Aku ingatkan budak muda je suka layam tiktok, tapi Kak Ja pun layan juga.

"Alah Kak Ja tengok resepi masakan je. Ramai yang duk kongsi masakan diorang. Kak Ja pun tengok dan cuba buat. Menjadi lah pula. "

"Kak Ja, sepanjang Kak Ja datang mengemas dan menyiram tanaman kat belakang tu,  ada rasa benda pelik tak berlaku sekeliling rumah ni? "

Aku bukan apa, serta-merta perasaan takut mucul dalam diri. Pelbagai benda terlintas di fikiran. Dia termenung sejenak...

"Tak ada pula, Ira. Setakat ini aman je rumah ni. "

Aku angguk perlahan. Tak nak lah cerita pada Kak Ja, nanti menggelabah pula dia. Lagipun dia tak tahu tentang musuh atuk, penangkapan musuh atuk dan kes pembunuhan arwah Kak Hani.

Aku tengok dia buka pintu peti dan keluarkan ikan bilis yang disimpan dalam peti, beberapa biji lada burung berwarna merah dan dia kupas pula beberapa biji bawang merah dan bawang putih.

Aku pandang pula ke arah rice cooker yang masih panas, mungkin baru saja masak nasi.

Aku buka tudung saji dan melihat ada sayur paku pakis goreng kicap dan ayam goreng berempah. Kecur air liur aku kalini.

Rajin pula Kak Ja memasak untuk makan tengahari kami. Tak menyesal juga aku balik sebelum lunch.

Bunyi desiran gorengan membuat aku kembali tertumpu ke dapur gas. Kak Ja sedang mengoreng semua bahan yang dia sediakan tadi, bila hampir garing ikan bilis tu, dia angkat dan masukkan ke dalam lesung batu.

Aku ralit melihat dia menumbuk bahan tadi sehingga lumat sedikit, dia kaut pula dan letak ke dalam pinggan. Secubit garam ditabur dan digaul bersama dengan cuka makan serta perahan air limau.

Bila siap dia letakkan depan aku, katanya suruh cuba masakan dia.

"Erm sedap walaupun pedas. " komen aku dengan senyuman ikhlas memuji.

"Senangnya. Sekali tengok Ira boleh ingat step by step Kak Ja buat tadi. "

Sambil bercakap aku makan sekali lagi.

"Inilah sambal ikan bilis. Tak sama dengan sambal ikan bilis nasi lemak tau.  Yang ini lagi simple. "

Cewah! Ni nak puji diri sendiri ke? Tapi serius sedap tak tipu.

"Eh lupa pula. " ujarnku seraya menepuk dahi.

"Ira tinggalkan suami dengan anak kat luar."
Aku terus keluar ke ruang tamu untuk melihat keberadaan mereka. Akibat teruja bersua muka dengan Kak Ja, terlupa pula dengan suami dan anak kesayangan tu.

Mesti masam muka suami aku kena tinggal kat depan rumah tadi. Menggeleng kepala aku bila teringat sikap pelupa aku ni.

Perempuan, dah jumpa kawan terus lupa suami dan anak atau orang yang ikut dia. Sudah biasa laaa...


















✨✨✨✨

Resepi tu memang author belajar kat tiktok pun 😂 sekali buat je keluarga puji. Terus kembang semangkuk 😂

Best sebenarnya layan tiktok, banyak resepi masakan, kecantikan dan ilmu agama kita dapat!

Benda berfaedah yang baik kita tengok, tak salah pun. Yang salah bila duk buat trend yang merendahkan maruah diri sendiri.  You know right?  Faham2 lah sebab banyak trend viral sekarang. Bergelek-gelek kat tiktok tapi berpurdah aihhh.

Berpurdah dah baik tapi yang menyembunyikan diri itu lebih baik. Maksudnya apa?
Berpurdah, tapi tak bergelek di media sosial. Sama lah tak berpurdah pun tapi tak bergelek di media sosial. Lebih baik! Elakkan diri dari fitnah.

✨✨✨✨

Realiti  terkini,   tarian  Tiktok Suling Sakti Sponge Bob sedang menjadi trend  ikutan masyarakat  rentetan video  TikTok mudah tersebar luas  di alam maya. Tarian tersebut melibatkan pergerakan tangan, dada dan punggung  yang  berlatar belakang muzik.  Bahkan, segelintir pemain TiKTok bercampur gaul antara  lelaki dan perempuan dalam merakam  tarian dengan gaya yang memberahikan tanpa rasa malu. Hal ini jelas telah  menimbulkan fitnah  dan syahwat bagi sesiapa  yang memandang. Ini bertentangan dengan syariat  Islam yang sangat menitikberatkan batas-batas pergaulan dan penjagaan aurat  sesama manusia dalam  kehidupan seharian.

✨✨✨✨

Elakkan!




Kalau nak follow akaun tiktok author pun boleh hehehe...

Taip je @Izzmadihah terus jumpa ehek!  Itu akaun utk story author jugak 😁😁

And satu lagi! Kalau kornag tak tahu nak baca cerita apa...

Korang boleh baca juga story best dari FarrineEira

Usyar-usyar now!!!

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now