Bab 32

11.8K 390 9
                                    

Ada yang komen pasal Shaklee 😂 ya saya ahli Shaklee more kepada pengguna terutamanya vitamin utk kesihatan saya hahahaha... Sebab tu berani masukkan iklan sat dalam ni. Kalau tak consume tak tahu pasal vitamin 😆

Author baca komen setiap orang, semua lucu-lucu 😂 adoii korang buat author makin semangat nak habiskan cerita ni 😙

✨✨✨✨✨

Rio hanya memeluk kedua lengannya di dada sambil bersandar di dinding dengan kaki di silang. Itu menunjukkan lagi keterampilan dan kesegakan dia.

Aulia pula hanya kaku saja di atas kerusi meja makan. Tadi dia diarahkan oleh Rio untuk makan makanan yang dibeli lelaki itu. Katanya ada seseorang yang ingin dia setiasa sihat.

"Kau makan sampai habis, lepas ni jumpa aku dekat kerusi tepi kolam renang tu"

Aulia hanya mengangguk dan masih fokus mengunyah makanannya. Biasalah kita, perempuan kalau dah jumpa makanan memang tak tengok belakang depan dah. Makan je sampai habis, jangan membazir tak baik.

"Perempuan dan makanan tak dapat dipisahkan " komennya perlahan sambil berjalan ke kerusi di tepi kolam.

Punggung di labuhkan disitu dan matanya leka memandang kejernihan air kolam yang disinari dengan cahaya lampu pada waktu malam.

Seketika terbayang diruangan matanya tentang gadis yang menjadi pujaan hatinya dalam diam. Namun dia tahu gadis itu tidak mengenalinya.
Kali pertama dia bertemu gadis itu memang dia sudah jatuh hati tapi gadis itu langsung tidak menghiraukan kehadiran dia ketika itu.

Bunyi henyakan punggung seseorang di sisinya membuatkan dia menoleh ke situ.

"Aku ada benda nak bagitahu kau pasal kakak kau. "

"Kakak kau kena tangkap semalam atas tuduhan merancang pembunuhan dan membunuh sahabat baiknya. "

Terkejut Aulia.

"Encik tak tipu saya kan?"

Rio menggelengkan kepalanya. Buat apa dia nak tipu kalau itu kebenarannya.

"Kakak kau, Melynda memang diburu sebab tu haritu dia lari dari rumah tinggalkan kau seorang je dirumah. Aku culik kau sebab dia dah tipu aku.
Aku ingatkan dia akan menyerah diri pada aku bila tahu kau berada di tangan aku, tapi dia langsung tak pedulikan kau. Dia lebih pedulikan dendam dan apa yang dia kejar dari dulu. "

"Kau perlu tahu, kesalahan yang kakak kau dah buat sangat besar. Dia boleh dijatuhi hukuman mati kerana membunuh. Orang yang dia bunuh pula adalah kawan sendiri, bekas isteri kepada Ceo Syarikat Perkapalan terkenal. Kemungkinan suami kepada mangsa takkan lepaskan kakak kau sebab dia membunuh seorang ibu yang baru habis pantang masa tu. Anak dia pun perlukan perhatian dan kasih sayang dari ibu dia. Tapi kakak kau dah bunuh kasih sayang budak tu. "

Aulia sudah merah muka ingin menangis. Dia tak boleh terima kakak sendiri jadi pembunuh. Dia tak pernah sangka kakak dia boleh sampai ke tahap macam tu.

"Aku bagitahu ni sebab aku nak kau bersedia dengan apa yang akan berlaku. Aku tak nak kau terkejut pula bila aku bawa kau pergi mahkamah nanti untuk perbicaraan kes bunuh kakak kau. "

Aulia tidak pula mengangguk. Menggeleng juga tidak hanya diam dan kaku saja.

"Encik cakap tadi, encik ditipu kakak saya. Apa yang dia tipu? "

"Dia berkhidmat untuk atuk aku, atuk aku suruh Melynda balas dendam dengan cara tersendiri pada musuh dia iaitu atuk kepada kawan yang dia bunuh tu. Tapi Melynda suka pada suami perempuan tu, dia dengki dengan perempuan tu dan bunuh dia. Semua tu sebab dia terlampau obses dengan suami orang. Kalau kau nak tahu juga, kakak kau pernah hamil anak luar nikah tapi gugur. Lepas je keguguran dia terus susun plan sendiri. Aku marah sebab dia dah bunuh perempuan yang pernah aku cinta. Aku cari dia tapi aku baru tahu atuk aku lindungi dia."

Aulia pula kepeningan. Berbelit-belit cerita Rio.

"Maksud encik, encik kekasih gelap perempuan tu ke? "

Dia dah mula pandang Rio lain macam. Takut juga kalau Rio ni jenis buaya darat. Sampai bini orang pun nak rembat.

"Masa tu Melynda kenalkan perempuan tu pada aku, kononnya nak buat perempuan tu curang dengan suami dia. Tapi aku tahu perempuan tu bukannya mudah terikut. Akhirnya kami putus dan Melynda marah bila dia tahu dia takkan mampu miliki lelaki pujaan hati dia tu."

"Aku terpaksa jauhkan diri aku dan hormat keputusan perempuan tu. Aku pun tak nak jadi perampas dan pemusnah rumahtangga orang. Lebih-lebih lagi perempuan tu akan ada anak."

Baru lah Aulia boleh lega dan berfikiran positif.

"Selama ni juga, aku cuba kumpul bukti sebab aku tahu Melynda pembunuh sebenar perempuan kesayangan aku. "

"Aku tahu kakak kau bahaya, sebab tu aku terpaksa culik kau. Aku tak nak kau jadi sasaran sesiapa disebabkan perbuatan Melynda. Aku dah anggap kau seperti adik aku. Jadi kau jangan risau aku takkan apa-apakan kau sehingga dia datang ambil kau. "

"Siapa yang akan ambil saya? " Aulia bertanya. Dia sudah tiada sesiapa lagi selain kakaknya, tak mungkin saudara maranya sudi menjaga dia.

"Seseorang yang sangat sayangkan kau dan perhatikan kau dari jauh. Aku ni hanya menjaga kau sementara dia selesaikan urusan dia. "

Sejurus itu terus Rio bangun dan masuk ke dalam rumah meninggalkan Aulia yang masih kebingungan dan terkebil-kebil disitu.

Seriau pula dengar.













✨✨✨✨✨



Terpaksa unpublish sbb nampak komen pasal donut 😂😂

Duk uli donut tapi tergantung camtu je! 😆

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now