BAB 1

35.8K 1.3K 11
                                    

-izzdi-

Bunyi ketukan di pintu bilik memaksa Putra yang sedang tekun menghadap kertas kerja tadi mendongak.

Sorang lelaki masuk dan menghulurkan sebuah file sulit yang berwarna hitam kepada bosnya itu dan meminta diri untuk keluar.

Putra membuka dan melihat setiap maklumat yang di peroleh oleh anak buahnya. Mereka di suruh untuk menyiasat kes pembunuhan arwah isterinya beberapa bulan lalu.

Walaupun kes itu sudah di tutup oleh pihak polis kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh, tapi Putra ingin menyiasat sendiri.

Putra bangun dan keluar dari biliknya.

Sampai di tepi meja setiausahanya, kak Maria dia menitipkan pesanan.

"Kak Mar, saya balik awal harini. Batalkan semua appointment saya. Saya ada hal dan mungkin takkan masuk office."

Dia terus masuk ke dalam lif yang telah di khaskan oleh pihak atasan syarikat.

✨✨✨

Putra berteleku sebentar di mejanya.
Emosinya tak menentu apabila tahu motif pembunuhan ini melibatkan satu nyawa yang kini masih selamat tapi, menjadi target oleh seseorang yang tidak diketahui.

Pembunuhan ini melibatkan sebuah keluarga arwah isterinya. Tapi, selama dia berkahwin, tidak pula dia tahu tentang seorang sepupu isterinya yang belajar di Singapura.

Telefon bimbit di ambil dan tangan mula mendail nombor milik seseorang.

"Haq, kau masuk bilik aku sekarang. Ada benda aku nak kau siasat."

Haq merupakan kawan orang kanannya yang paling boleh di harap. Mungkin juga kerana telah bekerja terlalu lama menjadikan lelaki itu komited terhadap tugas yang di berikannya.

Tok tok tok

Haq masuk dengan langkah tegap dan duduk di kerusi hadapan bosnya itu.
Cermin mata hitam di letakkan di atas meja.

Putra meletakkan file hitam tadi di depannya. Dia mula membelek dan meneliti setiap muka surat dokumen di dalam file itu. Peka.

"Aku nak kau siasat kes ni. Dan aku nak kau sampaikan pada Dato' Khalid yang cucu kesayangannya itu dalam bahaya. Tunjukkan bukti tu kalau dia tak percaya."

Dingin saja dia bersuara. Namun dalam hatinya terbit sebuah azam dan tekad. Tekad untuk memastikan pembunuh itu terima balasan setimpal dan...

Memiliki gadis yang gambarnya berada di dalam file itu. Gadis itu adalah seorang yang selalu di cerita oleh arwah isterinya dulu.
Kerana gadis muda itu yang rapat dan memahami hati isterinya.

"Ok. Tapi ada satu perkara yang kau perlu tahu"

Putra menjongketkan keningnya.

"Aidit... Dia bekas kekasih Umaira dan aku rasa kau kena berwaspada dengan dia. Dia licik dan terdesak sekarang ni"

Macam mana Haq tahu?
Haq ni adalah kawan kepada Aidan iaitu abang Aidit.
(Nanti sis wujudkan watak ni dlm bab seterusnya)

"Semalam Aidan call aku, dia cakap Aidit balik ke Malaysia bila tahu Umaira balik sini sejak kematian isteri kau. Tujuan dia nak dapatkan Umaira balik"

Putra berkerut kening.
Tak tahu pulak yang Umaira pernah bercinta dengan Aidit.
Siapa yang tidak kenal Aidit, seorang Playboy terkenal tapi sayangnya otak sempit.

Buat sesuatu perkara tanpa berfikir. Kantoi lepas tu kejar balik.
So pathetic.

"Aku nak kau pantau keadaan Umaira. Aidit akan buat apa saja untuk dapatkan Umaira balik. Termasuk membunuh. Tapi aku yakin kau mampu lindungi dia."

Haq berdiri untuk keluar meneruskan kerjanya. Tapi belum berlalu sempat lagi dia berpesan.

"Putra, arwah Hani anggap Umaira seperti adiknya sendiri. Dia pernah bagitahu aku supaya kau kahwin dengan Umaira untuk lindungi dia. Aku tak tahu kenapa dia buat macam tu, tapi aku tahu kau pun tahu pasal tu kan?"
Putra memusatkan pandangan ke arah kertas kerja di atas mejanya.

"Aku harap kau fikirkan pasal ni. Fikirkan juga pasal Hayden. Dia perlukan seorang ibu. Dia perlukan kasih ibu dan ayah. Fikirkan lah"

Putra hanya kaku tapi sebaik saja pintu di tutup oleh Haq, dia melepaskan keluhan kasar. Badan di sandarkan sepenuhnya di kerusi dan matanya memandang ke arah siling.

Kepalanya sedang memikirkan sesuatu. Sesuatu yang memberi impak perubahan dalam hidupnya.
Tidak tahu impak itu positif atau tidak.

Tapi dia takut, takut jika dia tidak mampu menunaikan permintaan arwah isterinya.









Done!!!✨

Rajinkan tangan anda utk vote ye😁😁🙈



Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now