Bab 58

10.1K 329 3
                                    

Humaira pov.

Hampir 2 jam berpusing dalam mall semata-mata memborong baju baby, akhirnya aku melabuhkan punggung di atas kerusi juga.

Bayangkan dalam keadaan sarat dan sakit kaki mengikut setiap kehendak suami aku yang sakan membeli baju dan kelengkapan bayi. Aku tak mengeluh pun tapi bahagia pula tengok dia yang teruja memilih pakaian dan kelengkapan bayi dalam setiap kedai kami masuk.

"Sayang okey tak ni? " tanya Putra risau bila melihat aku yang keletihan.

" Okey je. Kita minum dulu lah, sayang haus lah. "

Nasib baik tak bawa Hayden seklai, kalau tak kesian anak lelaki aku tu terpaksa mengikut kerenah si ayahnya ini. Membeli mengalahkan perempuan.

Kalau tak berkenan di hati, selagi itu lah dia putar seluruh mall. Tingkat demi tingkat dia jelajah semata-mata nakkan baju cantik dan berkualiti katanya.

Putra sudah pun memesan air untuk kami. Aku mula melilau keadaan sekeliling yang sedikit lenggang kerana bukan hari minggu. Ni pun Putra ambil cuti sehari untuk membeli kelengkapan anak pertama aku.
Tapi anak kedua suami aku! Hayden tetap nombor satu di hati aku. Mana boleh lupa anak laki aku yang cerdik dan handsome tu.

" Lepas ni dah boleh balik. Kesian sayang kena layan kerenah abang kan. "

Tangan aku diusap lembut oleh Putra.
Aku mengukir senyuman manis.

Romantic as always. Hmmm.

"Dah settle ke?" bukan apa, aku tak nak sebab aku dia kecewa  sebab tak dapat membeli dengan tenang.

" Semua barang penting dah beli. Tinggal nak beli stroller dan pampers je sebab tak tahu saiz apa bakal baby kita akan pakai nanti. "

"Kan stroller Hayden ada, membazir lah beli banyak-banyak. "

Walaupun suami aku kaya-raya, aku tetap tak suka membazir. Itukan amalan syaitan.

Lagipun diluar sana masih ramai yang menginginkan apa yang kami miliki, takkan dengan senang je kami yang bermewah ni nak membazir begitu saja.

"Hati abang kuat mengatakan anak kita nanti girl. Takkan lah dia nak guna stroller boy. Tengok design dan warna pun dah membosankan sayang. "

"Habis tu, sebelum ni kenapa beli juga kalau membosankan. Pilihlah warna yang menyerlah sikit. Ni tak, warna kelabu dan hitam juga dibelinya. Macam dah tak ada warna lain pula. "

Aku menghirup air sedikit demi sedikit. Lega tekak yang kehausan ni bila air mengalir di kerongkong.

"Arwah Hani yang beli online. Ikutkan abang memang semua abang nak beli sendiri tapi masa tu abang sibuk sikit. Tak sempat nak teman dia shopping. Sebab tu abang nak tebus kesalahan abang tapi pada Ira pula. Abang takkan sia-siakan peluang kedua ini lagi. "

Dalam keadaan letih ni pun aku terharu lagi. Terlalu banyak masa yang dia luangkan dengan aku.

"Lepas ni kita balik. Stroller tu abang datang beli lain kali lah. Kesian pula tinggal Hayden dengan tokma, kang dibuatnya buas dan kuat jalan tak sempat 'mengutip' lah tokma nanti. "

"Okey lah. Sayang pun dah letih nak berjalan ni. Kalau boleh terbang terus terbang je keluar dari mall ni. "

Gelak tawa dari si suami aku pandang, jarang dia nak ketawa kalau kami di luar. Selalunya perangai annoying dan kuat menyakat dia akan keluar bila dirumah je.

✨✨✨✨

Aku terus meluru ke arah Hayden yang berdiri di tepi tokma menanti kepulangan kami. Aku mendakap tubuhnya dengan sedikit kepayahan.

"Banyaknya kamu berdua memborong, beli satu mall ke? " sindir halus tokma bila dia melihat suami aku yang sedang membimbit beg plastik di tangan dan membawanya masuk ke dalam rumah.

"Biasalah abang tu tokma. Sekali masuk habis dia putar satu mall. Tengok-tengok dah banyak dia beli. "

Nasib baik bawa anak buah Putra sekali untuk angkat dan bimbit beg plastik dalam mall tadi.
Kalau tak memang tersadai kami dalam mall.

Aku berjalan masuk ke dalam rumah dengan memimpin tangan Hayden.
Dah besar ni tak larat nak angkat budak comel ni. Berat.

" Hey Hayden." terus dia melonjak masuk ke dalam dukungan daddynya itu.

" Kamu berdua ni mesti penat. Pergilah rehat dulu. Tak payah balik lagi, tidur je kat sini. " arah tokma.

"Kaki Ira ni kebas semacam je tokma. Nak duduk dulu lah sebelum naik ke atas. " aku terua melabuhkan punggung di atas sofa dan tersandar keletihan disitu.

Putra datang ke arah aku dan mula menilik kakiku. Lega pula rasa kalau ada yang mengurut ni.

"Sayang, jom kita naik bersihkan badan dulu. Lepastu rehatkan badan. Nanti abang urut kaki sayang pula. "

Aku menghulurkan tanganku tanda untuk dia mengangkat aku. Biasalah kalau perut membesar susah sikit nak bangun. Nak tunduk pakai stoking dan kasut pun susah. Itu pun Putra yang sarungkan pada kaki.

Nasib baik dapat suami yang memahami macam ni, kalau tak meraung aku semua kena buat sendiri. Sakit dan kesusahan pun tempuh sendiri.

Masuk bilik je terus dia hulurkan aku tuala dan paksa aku mandi dulu.

"Abang nak pergi mana? " berkerut dahiku bila melihat dia membuka pakaian dan mula melilit tuala di pinggang.

Dia pula memalingkan badannya ke aku. Mulalah mata aku meneroka keindahan ciptaan Allah yang satu ini.

"Nak mandi sekali dengan sayang lah. "

Terus merona muka aku.

"Tak payahlah, sayang boleh mandi sendiri lah. Kalau abang nak mandi dulu, pergi je lah. "

"Laa sayang ni, abang takut sayang jatuh dalam bilik air ke sebab tu abang nak teman mandi sekali. "

Aku menjulingkan mataku, nampak sangat nak ambil kesempatan. Sebelum ini aku mandi sendiri tak ada pula jatuh bagai.

"Abang ni gatal. Selama ini sayang mandi seorang diri tak ada apa-apa berlaku pun."

"Alaaa sayang. Masa ini lah kita nak bermanja dalam bilik mandi. Jom mandi sekali jimat air."

Alasan betul!

Dah mula dah perangai miang dia tu. Dia menarik tangan aku dan tanpa bantahan aku ikut juga. Tak salah kan nak mandi sekali dengan suami, bukan orang lain pun.



























✨✨✨✨



(♥ω♥*)

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now