Bab 16

15.5K 452 2
                                    

Sepasang mata menatap tajam foto yang berada di tangannya. Sebelah tangan lagi digenggam kuat membentuk sebuah penumbuk. Rahangnya diketap hingga berbunyi lagaan gigi.

"Aku nak kau cari perempuan tak guna tu!"

"Kalau masih tak jumpa, kau culik je adik dia."
Dia memberi arahan kepada anak buahnya yang sedang setia berdiri di belakangnya.

"Aku tak nak kau bawa sini. Kurung dia dalam banglo atas bukit tu, jangan bagi dia lepas sekali lagi."

Sebaik saja dia menyuruh anak buahnya keluar dari bilik, dia berdiri dan menyalakan rokok. Asap di lepas ke udara.

Belum habis sepuntung rokok, dia membuang puntung rokok itu dan memijaknya dengan kuat.

"Perempuan tak guna. Kau dah ganggu plan asal aku. Jangan harap kau lepas dari aku!"

Dulu, dia pernah merancang untuk buat bekas kekasihnya menyesal kerana memutuskan hubungan mereka, tapi belum sempat dia jalankan segala perancangannya, bekas kekasihnya telah dibunuh wanita tak guna yang bernama Miranda. Tak tahu atas motif apa dia membunuh.

Sekarang ni mungkin dia perlu libatkan seorang gadis muda yang tak bersalah untuk dendamnya. Dan gadis tu ada kaitan dengan perempuan tak guna tu.

"Aku nak tengok apa reaksi kau bila tahu adik kesayangan kau sendiri berada dalam genggaman aku. Dan aku nak tengok apa kau boleh buat untuk dapatkan kesayangan kau ni."

"Itu pun kalau kau sayang adik kau...."

Dia takkan kotorkan tangan dia untuk membunuh, melainkan ada yang sanggup untuk menggantikannya. Tapi dia tetap tidak merancang pembunuhan. Perempuan itu je sengaja cari pasal demgannya. Ini masanya dia bagi sedikit pengajaran.

Ops, banyak pengajaran yang akan dia bagi.

...

Di suatu kediaman.

Tok! Tok!

Ketukan pintu yang kuat memaksa Aulia mencapai tudungnya yang disangkut di dinding untuk melihat siapa gerangan yang datang.

"Haih siapa pula yang kacau masa cuti aku ni." Rungutnya dengan langkah laju menunjuk ke pintu.

Sebaik saja pintu terbuka, dia disapa dengan seorang jejaka yang berwajah dingin dan beku.
Melihat kearahnya dengan tajam.

"Mana Miranda?"

"Dia tiada." Jawapan polos diberikan.

"Kau adik dia?"
Aulia hanya mengangguk.

Aulia mula cemas bila melihat jejaka itu sedang bercakap sesuatu dengan rakannya yang lain. Dia mula rasa tak sedap hati.
Mereka berbisik terlalu lama sehingga memaksa Aulia untuk menutup pintu dengan cepat namun belum sempat tertutup pintu sudah ditolak dari luar dengan kuat.

Tanpa amaran mereka terus menekup hidung dengan sehelai kain yang sedikit berbau sesuatu sehingga dia mula terlelap dan tidak sedarkan diri.

"Nah kau bawa dia, aku nak ambik semua dokumen penting dia. Nanti orang syak dia kena culik pula."

Rancangan mereka dari awal, menculik tapi tidak tinggalkan kesan. Biar orang lain anggap Aulia pergi bercuti sahaja bila melihat rumah kemas tanpa pergelutan.
Lagi senang kerja mereka bila Miranda mencari adiknya yang hilang tanpa dikesan.

Hanya Miranda sahaja yang tahu kehilangan itu nanti. Pihak polis tidak akan tahu. Itu yang perlu dielakkan.

Kata seorang lelaki berjaket koko sebelum masuk ke dalam rumah Aulia.














Bab ni memang susah nak dapat idea🥴 lepas ni akan masuk bab Putra eh🤣

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now