Bab 59

10.5K 346 9
                                    


Humaira Pov

Hari ini genap 9 bulan usia kandungan aku, dah mula rasa perut tak selesa, sakit je sekali-sekala. Kadang-kadang malam nak tidur ada tendangan dari si kecil.

Aku pandang suami aku yang sedang mengancingkan butang kemeja nya sehingga dia memakai tie di lehernya aku masih tak larikan pandangan aku.

Aku berat hati nak benarkan dia pergi kerja, risau juga kalau nak terberanak tak ada pula yang bawa pergi hospital. Lagi-lagi nak uruskan Hayden saat aku tengah sarat dan kaki pun sudah membengkak.

"Sayang kenapa pandang abang macam tu? "

Aku hanya diam sebentar. Sekejap muka aku berkerut menahan contraction.

"Sayang dah nak beranak ke? " gelabah dia bila melihat riak mukaku.

"Tak, rasa sakir sikit. " aku bangun dari katil untuk ke bilik air.

"Sayang... " teguran dari si suami buat aku terhenti langkah.

"Sayang kencing ke? "tanya dia dengan mata memandang ke bawah kakiku. Aku turut sama memandang ke bawah. Terkejut aku kerana kaki aku sudah hampir lencun dengan air ketuban.

"Ini bukan kencing abang. Baby nak keluar dah ni! " terus aku jerit lantang.

Kelam kabut Putra berlari ke bilik baby dan mengambil sedikit keperluan bayi. Terus dia menarik aku untuk turun ke bawah.

"slow sikit abang, terberanak kat sini kang naya je abang jadi bidan terjun. " teriak aku bila dia berlari dengan menarik tanganku. Tak beragak langsung tarik sedangkan aku tengah semput ni.

Dia meninggalkan aku di tepi tangga dan mengambil Hayden terus dimasukkan ke dalam kereta, lepastu dia baru mengangkat aku bawa ke kereta. Dah tak fikir berat badan aku dah, yang penting anak aku ni selamat dilahirkan.

Tangan aku sudah terketar-ketar menahan sakit.

"Cepat sikit. Sakit... " rengekku mengundang risau di wajahnya.

"Sabar sayang. Abang tak boleh drive laju, tengah bawa 4 nyawa ni sayang oiii. "

Nasib baik Hayden sengap je dalam car seat kat belakang tu, kalau tak memang kalut lah kami.

Begini lah jadinya kalau tak rancang awal-awal balik ke rumah tokma.

✨✨✨✨

Aku senyum kelegaan selepas mengharungi saat getir tadi. Bayangkan aku berada dalam labour room hampir 6 jam hanya kerana ingin melahirkan seorang umat nabi.

Putra yang sedang melaungkan iqamah di telinga bayi kami itu aku pandang dengan senyuman lemah.

Aku meletakkan kepala di atas bantal dan cuba memejamkan mata aku. Masih tersisa keletihan di segenap saraf tubuhku.

Kini aku baru faham,  betapa susah dan seksanya seorang ibu menanggung rasa kesakitan berjam-jam hanya untuk memastikan anaknya menjengah dunia ini.

Tanpa sedar aku sudah menjengah alam lena.

✨✨✨✨

Bunyi riuh dan bising sedikit memaksa aku membuka mata. Aku terus melihat ke tepi aku.

"Sayang dah bangun. Nak air tak? " aku menyambut huluran sebotol air dari suami aku.

"Ira okey? " tanya kak Aulia prihatin dengan keadaan aku.

Aku hanya tersenyum dan mengangguk lemah.

"Nak pegang baby. "

Terus tokma memberikan puteri ku yang dikendong olehnya tadi. Aku menguntum senyuman mekar melihat si kecil ini. Pipinya gebu dan rambutnya sedikit nipis.

Putra turut mengelus pipi si kecil itu. Hayden yang berada di riba Putra menjenguk sedikit ke arah adiknya ini.

"Comel anak mama. "

"Kamu berdua dah bagi nama ke pada anak kamu tu?"

Mendengar soalan dari tokpa terus aku memandang ke arah Putra. Aku langsung tak pilih nama untuk bayi kami, semua aku serahkan pada dia.

" Tuan Nur Hifza Malaika binti Tuan Noah Putra. Cantikkan nama tu. "

Aku mengangguk saja.

"Cantik bro. Pandai kau pilih. " pujian dari Haq buat aku tergelak kecil. Pantang kena pujia suami aku ni mesti kembang semangkuk, dah mula buat macho.

" Bidadari kecil mama, welcome to the world."
Ujarku perlahan berbisik di telinga bayiku.

Hidungnya yang sedikit mancung, kening yang tebal dan bibir mulut bawah sedikit tebal diwarisi dari Putra, tapi pipinya yang gebu mestilah diwarisi dari aku. Puji diri sendiri pula.

Hayden mula menguis-nguis sisi lututku, cemburu lah tu aku tak hiraukan dia dari tadi lagi.

"Eh hero mama ni,  hampir lupa mama pada hero mama yang handsome ni. Meh naik sini duduk kat mama. " ajak aku sambil mengelus lembut rambut Hayden.

"Ini adik Hayden. Tengok comel kan adik Hayden ni. "

Dia hanya terkebil-kebil melihat wajah si kecil. Tak berani kut nak sentuh.

Aku melihat pula mereka yang mengelilingi katilku yang sedang tersenyum melihat kebahagiaan kami.





























✨✨✨✨✨










1 bab lagi tamat!

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now