Bab 22

13.8K 403 4
                                    

-Izzmadihah-

Aidit masuk ke dalam kafe dengan langkah tegap dan santai, sempat lagi dia bersiul kerana senang hati.

3 orang anak buah Rio yang berwajah ketat tanpa senyuman dikerlingnya sekilas. Setia betul berdiri tegak macam patung cendana. Tak penat ke?

*author pun tertanya-tanya juga 🤣*

"lewat"

Rio yang sedang menatap skrin iPhone  di kerlingnya dengan pandangan menyampah. Tak boleh lewat sikit.

Aidit mengangkat tangan kepada waiter dan memberi pesanan.

"ada apa kau nak jumpa aku ni?"

Rio meletak phonenya atas meja lalu tangannya mencapai secawan coffee yang dipesannya tadi. Dia menghirup coffee itu sedikit demi sedikit dan itu memang menyebalkan bagi Aidit.

Aidit sekali lagi menghela nafas, sabar dengan perangai Rio sekarang ini. Dia saja je nak provok Aidit.

"aku nak kau cari Miranda. "

"kau cakap nak handle benda ni seorang diri je. Tapi kenapa minta tolong aku pula?"

Rio meletakkan cawan tersebut. Tenang saja dia menjawab.

"kau lupa atau buat-buat lupa pula. Siapa yang mulakan semua ini? Siapa yang suka hancurkan plan aku? Jangan sampai aku bunuh perempuan kesayangan kau pula" saja je dia gertak, takkan nak kotorkan tangan bunuh orang tak bersalah.

"aku tak tahu dia kat mana. Dan kau pula, bukan ke adik perempuan tu ada kat tangan kau sekarang ni? Sampai bila kau nak kurung budak tu?"

Bukannya Aidit tak tahu yang Rio samggup buat apa saja demi dapatkan apa yang dia nak. Miranda. Perempuan tu memang cari pasal.

"sebab dia langsung tak ambil tahu tentang adik dia lah, aku suruh kau cari dia. Kalau tak, memang aku takkan jumpa kau"

"lagipun perempuan tu 'kamceng' dengan kau,kan. Guna apa saja cara untuk hadapkan dia depan aku" sambungnya.

Yes, Miranda ni lebih kurang kawan dengan Aidit dengan membawa agendanya tersendiri. Suka memanfaatkan orang lain untuk diri sendiri berjaya dan semestinya balas dendam.

Sebelum dia mengangkat punggung untuk berlalu pergi, sempat lagi dia mengugut Aidit.

"jangan sampai dua perempuan sekaligus  yang akan jadi mangsa aku nanti. "

"satu lagi, jangan lupa pula siapa yang Miranda bunuh. Kalau kakak sepupu perempuan tu dia boleh bunuh, tak mustahil perempuan idaman kau pun  akan jadi target dia" sengaja dia berkata begitu.

"sebab tu jangan terlampau baik sangat Aidit. Silap hari bulan, adik kau pula target seterusnya. Miranda buat apa-apa tak guna otak. Kalau dia cakap A, itu lah dia buat. So berhati-hati sikit. Aku tak nak lah kawan aku mati pula lepas ni."
Dengan sinis dia berkata. Bukan menyindir tapi pesanan.

Sejahat dia tidak ingin membunuh tapi kalau mencabar memang akan dibunuh.

Aidit hanya mendengus dan mengerling langkah Rio yang menghilang di sebalik pintu kafe.

Dia faham apa yang Rio cuba sampaikan. Dua nyawa. Nyawa kesayangannya.

Dia menyandarkan badan pada kerusi. Penat dan rimas.

'perempuan tu memang menyusahkan aku! Satu hal nak cari kau'

Air yang dipesan tadi diminumnya dengan hati sebal. Hati tengah panas tapi minum coffee latte yang panas pula. Haih lagi panas je rasanya.

✨✨✨✨✨

Spoil sejenakkk la la la la la......

*

btw imagine je. Atas tu Rio*
Yeah i know dia hensem. Tapi itu lah author duk fikir lagi ada tak story utk dia nanti. Hehehe....

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now