Bab 33

11.3K 462 20
                                    

Humaira POV.

Lepas je solat subuh berjemaah, aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan pagi. Rumah tokpa memang tak guna khidmat pembantu rumah, tokma sendiri yang tak nak ambil pembantu rumah sebab dia sebolehnya nak buat kerja rumah sendiri, masak sendiri, hias rumah dan halaman rumah dia bersihkan sendiri. Tapi sekali-sekala ada juga tokpa mengupah orang untuk bersihkan halaman rumah, mesin rumput dan sebagainya.

"Awal Ira turun harini"

Tokma yang berjalan menghampiri aku hanya senyuman saja aku ukirkan. Tanganku ligat mengacau sambal ikan bilis di atas dapur.

"Abang ada hal penting harini, kena keluar awal. Sebab tu Ira kena bangun awal sediakan sarapan untuk dia. "

"Harini dia ada urusan di mahkamah ke? "

Aku pula buat muka tertanya-tanya. Aku tak tahu urusan apa yang suami aku maksudkan semalam.

"Urusan apa tokma? "

"Kamu tak tahu ke, suspek utama kes bunuh arwah kak Hani kamu dah ditangkap. Kita hanya tunggu perbicaraan kes tu nanti."

Aku tak tahu pula pasal kes mahkamah, yang aku tahu hanya dia ditangkap je.

"Assalamualaikum, good morning tokma" sapa satu suara garau di belakangku.

Aku hanya diam menyelesaikan tugasku. Tidak pula aku berpaling ke arahnya kerana masih segan tentang hal semalam.

"Sayang... "
Sempat lagi dia memelukku bila tokma keluar dari ruang makan untuk mengajak tokpa bersarapan bersama. Saja nak ambil kesempatan.

"Abang duduk dulu lah"

Sejak pagi tadi kami menukar panggilan kerana tidak sesuai pula jika aku terus membahasakan 'saya', 'awak' sedangkan dia menggunakan panggilan romantis gituu.

Selesai memasak, aku menghidangkan nasi lemak di atas meja, aku tutup suis rice cooker dan meletakkannya di atas meja yang di lapik dengan kain alas panas.

"Abang nak uruskan kes arwah ke?"
Tanyaku seraya mengambil pinggan dan menyedok nasi ke dalam pinggan.

"Ya, abang nak selesaikan kes tu. Lagipun ada hal lain abang nak handle lepas ini. "

Dia tahu musuh tokpa semakin hampir dan dia tak mahu lelaki tua tak sedar diri tu menang sekali lagi.

Dan isteri kesayangannya tak perlu tahu soal yang satu itu.

Aku menyendok nasi dan menghidangkan untuk tokpa dam tokma juga. Melihat mereka turun berjalan beiringan ke meja makan, aku pamerkan sisi gembira dengan hubungan mereka.

Dah tua pun romantik, jelous aku!

"Makan lah sekali Ira, tokma dah jenguk Hayden tadi, dia tidur lagi."

Bukannya dia tak tahu, Ira akan dahulukan Hayden dulu untuk makan waktu pagi. Lepas Hayden sudah makan, menyusu baru lah cucunya itu makan dan rehat.

Kadang-kadang dia kasihan tengok Ira yang menjadi ibu muda. Orangblain habis belajar enjoy dulu, tapi Ira tak sempat nak enjoy, tak sempat nak buat apa yang dia suka. Dia habiskan masa mudanya dengan Hayden dan Putra.

Bertapa tabahnya cucunya itu.

Muda lagi mampu pikul tanggungjawab ibu segera dan isteri mithali.
Buktinya, Ira tak pernah mengeluh menjaga Hayden, tak pernah kata penat jaga Hayden. Sentiasa melayan kerenah Hayden dan di saat Putra sibuk tak sempat ambil tahu pasal Hayden pun, Ira yang bagi sepenuh perhatian kepada anak tirinya itu. Dijaga Hayden seperti anak sendiri.

Kagum dengan Ira.

Aku duduk di sebelah Putra. Aku menyimpan senyuman gembira kerana mereka berselera menikmati masakan aku pagi ini. Lebih-lebih lagi si sado tepi aku ni. Dari tadi senyap je fokus pada nasi lemak dalam pinggan.  Tengok orang makan aku pun kenyang, berbaloi aku penat-penat masak pagi ini untuk mereka.

"Kamu ni kenapa tak makan lagi? Kalau asyik tenung laki kamu tu tak luak nasi dalam pinggan kamu"

Teguran tokpa buat aku malu, mukaku mula menunduk ke arah pinggan nasi di depanku. Tangan yang sudah dibersihkan mula menggaul nasi dengan sambal ikan bilis.

Sebelah tangan suamiku mula menyinggah di atas paha aku, tersentak aku bila dia mengusap pahaku. Nampak sangat dia mengusik aku. Senyuman nakal dia halakan kepada aku. Aku kertap bibirku menahan marah.

Sengaja betul!

Aku cubit tangannya dan terus dia larikan tangan itu. Sabar je lah aku dengan perangai gatal dia. Kalau dah datang miang keladi dia memang macam ni lah.

"Korang tak payah duk bersweet depan tokma lah, nak terjeluak tahu tak" luahan tokma lagi buat aku mali, ni semua suami aku punya perangai!

"Kalau nak sweet masuk bilik, tak payah pergi kerja lah Putra. Mengulit bini kamu je"

Usikan dari tokma dan tokpa buat kau bertambah malu. Merah mukaku.
Suami aku pula tergelak macho, entah apa yang lucu aku tak tahu lah. Pelik dan aneh.

"Kalau Putra mengulit bini, lambat lah kerja nak siap, tokpa. Tunggu settle semua kerja baru tak terganggu sesi mengulit "

Eh dah kenapa semua pakat nak mengusik aku ni?

Dari bawah meja aku mencubit pula lengan dia. Mengaduh sebentar.

"Yang kamu mengaduh ni kenapa? "

"Entahlah tokma, ada semut besar menyengat tadi. Dia malu kut kena usik. "

Sakan mereka bergelak ketawa memandang ke arah aku yang tengah diam. Diam sebab malu dan nak marah pada seseorang ni.

Kang ada yang tidur luar bilik malam ni. Terlebih betul mengusiknya.
Tapi aku bahagia pula bila gelak tawa memenuhi ruang makan pagi ini. Terasa lengkap.














✨✨✨✨


Author nak gelakkkkkkk!!!

Jangan lupa vote kasi semangat nak update!

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now