SPECIAL CHAPTER

11.2K 331 6
                                    

Hari ku teruskan dengan rutin yang sama dalam bulan penuh berkah ini. Hayden pun hari ini asyik meminta air saja. Lepas main dia minum, lepas mandi pun dia minta air dan nasi. Aku pun dengan rajinnya masak nasi awal semata-mata nak buat bubur ayam untuk dia.

Telefon aku yang berdering minta diangkat aku pandang sekejap. Api dapur gas aku tutup.

"Hello tokma, kenapa call ni? "aku sudah teruja. Lama tak berbual dengan tokma ni.

"boleh je apa tak boleh pula. Ajak sekali Haq dengan Kak Lia tu. Mesti meriah nanti rumah Ira."

Aku sanggup masak banyak-banyak kalau tokma nak datang berbuka disini. Tak hairan dengan penat.

"ya, Ira tunggu tokma datang. Eh buat susah-susah pula tokma. Tak payah beli kat bazaar lah, Ira boleh masak je. "

"Okey lah sukahati tokma lah. Waalaikumusalam. "

Haih tokma ni, berkeras juga nak beli lauk kat bazaar. Suruh aku tanak nasi je. Katanya risau kalau aku penat nak masak banyak-banyak sebab ada anak kecil, kan.

"Kenapa sayang? Riuh je bunyinya cakap dengan siapa? " tegur Putra yang baru melangkah masuk ke dapur.

"Tokma cakap dia dan tokpa nak datang. Haq dan Kak Lia pun tokma ada ajak tadi."

"Habis tu sayang nak masak ke untuk berbuka nanti? "

"Kenapa? "saja tanya sebab nak dengar jawapan dari dia.

"Ye lah, kalau tak larat abang boleh pergi bazaar je beli lauk dan kuih kat sana. "

Hehe sayang juga dia, tak nak bagi aku penat.
Bini kut siapa tak sayang? Kadang-kadang aku pun tak faham kenapa ramai yang curang walhal si isteri dah banyak berkorban? Tak nampak ke waris,keturunan dia tu? Kalau bukan sebab isteri tak adanya keturunan dia nak berkembang. Takat tu je lah.

Nasib baik suami aku bukan macam tu! Kalau tak memang terpenggal.......kasut dia pakai. Tak sanggup nak bunuh sebab sayang. Tapi setakat tumbuk dan tampar dada dia okey kut!

Eh apa aku melalut ni?

"Tak payah lah, tokma cakap nanti dia nak singgah beli lauk dan kuih juga nak bawa ke sini. Sayang masak nasi dan bancuh air je lah. Tunggu je mereka sampai, baru sayang hidang. "

Dia mengangguk faham.

"Abang nak buat apa? Masak ke? "

Aku pelik sebab dia mendekati dapur gas siap pegang periuk pula tu. Nak buat apa? Jarang masuk dapur tetiba rajin pula petang ni.

"Abang nak masakkan bubur ayam untuk Hayden tu. Dari tadi lagi dia duk meminta makanan siap tepuk perut buncit dia dah. "

Ouh lupa pula!

"Biar sayang je lah buat. Abang pergi tengok anak kat luar tu. " arahku tegas.

"No. Sayang pula pergi rehat dan tengokkan mereka. Biar abang pula masak. Kesian sayang penat kemas rumah, masak, buat air dan nak kemas dapur pula. Alang-alang abang tak kerja harini abang buat je. " dia pula bertegas dengan aku. Cis!

Ringan beban aku. Tapi aku tak suka kalau orang lain kemas dapur. Sebab citarasa dia mengemas tak sama dengan citarasa aku. Aku simpan barang kat lain, dia simpan barang kat lain. Last-last aku nak guna kena mencari merata tempat dulu baru jumpa.

Ceh! Biarlah dia dah rajin nak bagi kau rehat tu Ira. Boleh lah kau lelap mata kejap sebelum tokma dan tokpa datang! Getus hati aku.

"Okey lah sayang duduk ruang tamu dulu. Nanti kalau tokma dan tokpa datang bagitahu Ira. Takut terlelap tak sedar pula diorang sampai. "

Sandaran Cinta DudaWhere stories live. Discover now